Hanya disini
Julia berjalan kehulu kehilir ,keresahan bagaikan menunggu seseorang.Dia berjalan lagi hingga mencuri tumpuan Najwa yang sedang menjahit manik.
“Kau tunggu siapa Ju,bukan ke kau jadi pengapit si Ani ke hari ni kenapa tak pergi lagi?”tanya Najwa
“Nak pergi la ni tengah tunggu pengapit seorang lagi kata nak datang jemput”Jawap Julia sambil memerhati jam di tangan
“Dia tak tahu jalan kot ?”Najwa meneka
“Dia tak tahu jalan? Kak Wa dia tu ceruk Penang mana tak tahu tutup mata pun sampai tau “Julia membela kawanya.Najwa malas nak layan Julia , dia menerus kan jahitannya.
‘Ring..ring…”Handphone Julia berbunyi,tak sempat dia menjawap telefonnya mati
“ Ala …..hanphone ni matila pula… Kak Wa nak pinjam”Pinta Julia
“Nak pinjam apa boyfriend?Tak ada “Najwa melawak
“Pinjam handphonelah “Suara Julia serius
“Ambil atas meja tu “
Julia terus mencapai handphone diatas meja dan terus mendail .
“Hello…Kasha..hello…hello Akasha! “Suara Julia agak meninggi ,Najwa mendongak memandang Julia.
“ Ini Juliala ,awak kat mana? Saya kat Butik Singgahsana jalan 8 ,Ooo..awak nak sampai dah ok saya kat dalam ni bye “Suara Julia kedengaran ceria .
“Thanks Kak Wa ”Julia menghulurkan handphone dan disambut Najwa.
“Alamak dia nak sampai dah ,nak pergi touch up la “Ujar Julia lalu masuk kedalam bilik .
‘Ting…ting..”Bunyi pintu butik di buka ,Najwa bangun untuk melihat .
“Ye encik boleh saya tolong ?”Tanya Najwa lembut
“Saya cari Julia “Katanya
“Hai Kasha …”suara Julia dari menyapa dari belakang.
“Awak inilah sepupu saya Najwa ,kak Wa ini Akshah dia jadi pengapit lelaki hari ni “Julia memperkenalkan Akasha yang hanya tersenyum dari tadi.
Najwa hanya membalas senyuman tanpa berkata.
“Eh ..awak jomla, lambat dah nanti tak bersading pula penggatin ,bye kak Wa “Julia menarik lengan Akasha.Najwa hanya memandang Julia berlalu bersama Akasha ,ini mesti scandal Julia ,bisiknya dalam hati kerana Najwa sedia maklum yang boyfriend Julia hanya Kamal .Rasa tak berapa suka pada Akasha mula menyinggah di hati.
******
“Najwa….”panggil ibunya
“Ye mama “ sahut Najwa
“Ni nak tanya Wa tau tak kat mana alamat ni “Ibunya menunjukkan alamat di atas kertas kecil.
“Tak taulah memang alamat Penang tapi tak pernah taulah pulak kat mana tempat ni penting ke mama?”Najwa menoleh memandang ibunya
“Isy…pentinglah…kawan mama sakit , cuba tanya Julia “ibunya beri cadangan ,tanpa banya soal najwa mencapai handphonenya dan terus mendail
“Hello Najwa “
“Hai kak Wa…,awatnya call rindu ka???”Julia bergurau
“Nak rindu ke benda kau baru balik sana seminggu nak rindu-rindu pun tunggulah sebulan dua nanti ‘balas Najwa.
“So kalau tak rindu kenapa call?”Tanya Julia hairan.
“Ni akak nak tanya kau tau tak macamana nak ke lorong 2 jalan Bagan Serai “Najwa bertanya
“Tak taulah kak ,ni kalau akak nak cari alamat kat Penang ni cuba call kawan Ju Akasha.”
“Ooo..scandal hang tu ya “
“Hello …orang kawan je la tolonglah nak buat scandal lagipun dia bukan jenis macam tu ”terang Julia
“Ok mana no nya?”
“la…dalam hanphone kak wa kan ada…hari tu Ju callkan guna handphone akak .No dia mula dari 012565 tu nombor dialah “
“Dia tak marah ke menganggu ?” Najwa seakan-akan risau
“Tak lah dia tu jenis yang “sedia berkhimat untuk negara” ,tak kisah punya nak tolong orang “kata Julia dalam nada bergurau
“Ok thanks “selang beberapa minit Najwa mencari no dalam handphonenya dan akhirnya dia terjumpa no yang dimaksudkan Julia .Najwa menarik nafas panjang sebelum dia mula mendail.
“Assalamualaikum “Najwa memberi salam.
“Waalaikumsalam siapa ni ?”
“Saya Najwa sepupu Julia ingat? Saya yang ada butik kat jalan 8 tu “Najwa memcuba kembalikan memori Akasha.
“Ooo..ye saya ingat .”
“maaf menganggu tapi Julia kata awak tahu semua jalan di Penang ni jadi saya telefon nak tanya macam mana nak kejalan 2 Bagan serai “ Najwa dengn segera bertanya.
“Oh ye ke Julia cakap macam tu hahaha tak delah tau sangat tapi rasanya nak kejalan Bagan serai tu agak keliru ,tak pe saya hantar melalui sms sebentar lagi ok?”Dia memberi cadangan.
“Ok thanks ye menyusahkan “
“Tak delah ,tunggu saya sms ya “
“Ok bye “
“Bye”
Tak beberapa lama kemudian handphone Najwa berbunyi massage,dari Akasha .Najwa tersenyum .
*********
Petang yang memenatkan Najwa ,selesai menghabiskan seharian menyediakan perkakas untuk dibawa ke rumah pelanggannya esok.Dia menghela nafas ,pelik aku sibuk siapkan barang untuk orang kahwin tapi aku tak kahwin –kahwin juga.Dah berpuluh berkat orang kahwin aku ambil tapi satu pun tak melekat .Keluhnya dalam hati .Hidup sedirian hampir 3 tahun ,apalah sangat baginya tetapi setiap kali dia melihat atau menyediakan khimatnya untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dia terasa sedih .
“Ting..ting…”pintu butik berbunyi
“Hai “
“Eh hai Akasha “Najwa agak terkejut melihat Akasha muncul di butiknya..
“Sibuk ke?” Akasha bertanya
“Tengah siapkan barang untuk pelanggan esok”Terang Najwa
“Patutlah banyak barang “Dia memerhatikan longokan barang yang tersusun diatas meja dan lantai butik.
“Awak datang sini nak buat tempahan ke, bila harinya? “Najwa mengusik.
“Eh..taklah saya tak jumpa calonnya lagi ,saja je datang .Oh ya awak jumpa ke tempat yang awak cari hari tu melalui sms yang saya beri ?”
“ Ada ,thanks ya “ucap Najwa lagi dibalas senyuman dari Akasha sahaja.
“Emm….cantik butik awak “Pujinya.
“Iyer ker,biasa je “ Najwa merendah diri
“Senang la ye kalau awak nak kahwin ,semua dah tersedia”Akasha tersenyum sinis
“Memang senang bila nak kahwin masalahnya tak nampak pun bayang pengantin lelakinya lagi “Najwa berseloroh
“Saya memang dah lama nampak butik ni cuma tak berani nak masuk tanpa sebab ,lagipun tempat kerja saya kat depan tu je”Akasha menunjukan bangunan tempat dia bekerja.
“La kenapa tak singgah ?”
“Seganlah tak kenal awak tetiba nak masuk saja-saja”Dia malu.
“Awak dah kenal saya tak payahlah segan-segan lagi lepas ni “
“Dah kenal awak, singgah tiap-tiap harilah saya nampaknya “Akasha tersengih menampakkan tulang pipinya yang naik .Comel sangat.
Banyak persamaan antara Najwa dan Akasha dari hobi hingga ke makanan kegemaran semuanya menjadi mudah bila mereka bersama .Akasha sering kali datang berjumpa dengan Najwa bila pulang dari kerja, menemani Najwa diwaktu petang sehingga waktu butik ditutup .Najwa seakan-akan yakin Akasha untuknya .
*******
“Jom kita jalan-jalan tengok malam kat Butterworth “Ajak Akasha .
“Ok tapi tunggu saya siapkan barang ni dan lepas tu kita pergi ya “kata Najwa yang sibuk mengemas butiknya .Setelah puas berjalan-jalan mengeliling bandar Butterworth ,akhirnya kereta mereka berhenti diatas bukit yang menampakkan keindahan Butterworth yang hanya dihiasi neon-neon yang berwarna-warni.
“Awak ,cantikkan pemandangan town waktu malam?”Tanya Najwa yang seakan kagum dengan lampu-lampu yang bernyala menghiasi bandar yang bagaikan hilang nyawanya bila ditelan gelap malam.
“Awak suka ke,nanti bila kita ada masa saya bawa awak datang sini lagi “Akasha menoleh melihat Najwa yang sedang tersenyum.Bahagia rasanya dapat bersamanya ,biarpun hanya seketika Najwa sudah sebahagian dari dirinya .
“Emm awak ,kita dah nak masuk setahun berkawan dan mama ada tanya tadi “Najwa membuka cerita.
“Tanya apa ?”
‘Tanya sampai bila nak ajak anak orang keluar ,dia risau takut orang mengata .jadi dia beri pendapat kalau kita ada ikatan tak de lah dia risau sangat “Luah Najwa yang sudah muak dengan desakkan mama agar mereka bertunang.Akasha senyap ,mukanya berubah seketika .Najwa memandang Akasha,dia menanti jawapan .
“Jom kita balik ,dah malam “Akasha terus kedalam kereta .Najwa terpingga seketika, tanpa banyak kata dia mengekori Akasha ke kereta.Semenjak dua ni Akasha seakan berubah ,senyumnya makin berkurangan dan tawanya makin jauh kedengaran.Najwa terasa bagaikan ada ruang yang tidak di mintanya antara mereka.
********
“Hai sayang “Sapa Akasha sebaik sahaja masuk kedalam butik.
“Hai awal awak balik? “ Tanya Najwa yang tengah menjahit manik.
“Saja tak da kerja sangat “Kata Akasha lalu duduk di sebelahnya.
“Awak kita tengok wayang nak sabtu ni ?”Cadang Najwa
“Awak tak da orang kahwin ke?”
“Ish…takkan tiap-tiap minggu ada orang kahwin ,sebab tak adalah saya ajak awak tengok wayang “Najwa mencubit manja peha Akasha
“Saya tak boleh la minggu ni ,saya ada hal kena balik rumah mak “Akasha terus bangun .
“Awak ni …saya rasa semenjak kebelakangan ni tiap-tiap minggu awak balik rumah mak awak ,kenapa dia sakit ke?”Najwa cubamenunjukkan perihatinnya pada Akasha, bertapa dia bersedia menjadi sebahagian dari keluarga mahupun hidup Akasha.Dia memang dah bersedia.
“ Emm lebih kurang la”Jawap Akasha pendek.
“Saya nak pergi melawat boleh?”
Akasha senyap.
“Awak saya nak jumpa mak awak ,nak melawat dia boleh tak ,kita pergi sama-sama ?”Pinta najwa.
“Lain kalilah ,nak makan tak ?saya pergi beli nasi goreng ya “Akasha terus keluar .Najwa tak sempat berkata apa pun lagi .
“Aku nak makan mee goreng……”Keluh Najwa sendiri.
*******
Malam semakin kelam ,Akasha masih gagal melelapkan matanya biarpun esok dia perlu hadiri mesyuarat penting.Hatinya rasa berbagi .
“Tit..tit….tit….”Handphone Akasha berbunyi ,messange .
‘Hai sayang …..dah tidur ke?’
Akasha menarik nafas .Dia menaip ,membalas messange tersebut.
‘Baru nak lelap,kenapa tak tidur lagi ‘
“Rindulah kat abang hahaha ,mak cakap semalam mak abang ada datang hantar kain untuk buat baju bersading .Warna gold,cantik…’
“Suka?’
‘Mestilah’
‘Elokla tu ,oklah abang nak tidur esok nak bangun pagi ada meeting ,good nite sayang’
‘Goodnite abang ,jangan lupa mimpikan Ika ye “
Rasa bersalah mula berombak didadanya,kini dia semakin sukar melabuhkan mata.
***********
Najwa merasa hairan dengan Akasha yang semenjak dua ni kerap menghilangkan diri,dulu tak payah di jemput ,ada saja masa yang Akasha curi untuk bersamanya .Dari tadi dia menghantar message pada Akasha sampai sekarang belum lagi dibalas.
“Ting..ting…”Pintu butik dibuka,ini mesti Akasha bisik hatinya,lalu dia bangun dan terus berjalan menujuk ruang butik dihadapan.
“Awak….awak pergi mana ,lama saya tunggu .Nak pergi ma….”Ayat Najwa tergantung apabila yang muncul itu bukannya Akasha .
“Assalamualaikum ,kami datang nak tengok-tengok baju pengantin.Nak tanya juga pasal pakej yang disediakan boleh ?.”Tanya seorang wanita bertudung biru bersama pasangannya.
“Eh..sorry saya ingat kawan saya tadi ,boleh-boleh silakan”Pelawa Najwa dalam malu.
Akasha muncul bila butik sudah nak di tutup ,alsan yang di berikan .Mesyuarat tergempar .
Najwa cuba terima tanpa berfikir apa-apa meskipun dia tak rasa alasan yang tak masuk akal.Setahun mengenal Akasha dia tahu kerja Akasha bagaimana ,Mesyuarat tergempar atau tidak ,tak akan dibuat waktu malam ,syarikat Akasha tu ada polisi yang tertentu .Kerana makan hati dengan sikap Akasha yang sudah tidak seperti dulu ,sepanjang mereka makan tadi Najwa hanya senyap biarpun Akasha berulang kali memohon maaf.
Esoknya Akasha memberitahu Najwa yang dia terpaksa pulang kerumah ibunya lebih awal,bukan hari sabtu seperti biasa.Yang menghairankan Najwa ,Akasha minta cuti dari syarikatnya selama seminggu ,teruk sangat ke sakit mak dia pikir Najwa.Namun Akasha tetap tak lupa menghantar messange pada Najwa setiap hari ,bertanya khabar dan meluahkan rasa rindu.
“Ring….ring….”Handphone Najwa berdering
“Hello …”
“Hello kak wa ,sibuk ke?”Julia di talian.
“Tak da la sangat,kenapa “
“Tak la nak tanya ,akak dapat tak undangan dari Akasha ?”
“Undangan dari Akasha , siapa yang kahwin, adik dia ?”Tanya Najwa yang keliru ,dia tiba-tiba teringat yang Akasha pernah menceritakan padanya bahawa dia sedang menunggu adiknya Alia berkahwin dulu.Satu-satunya puteri yang belum berkahwin dan paling bongsu dalam keluarganya.
“Apa pula ,Aliakan masih belajar .tahun depan baru habisnya .Akasha la nak kahwin minggu ni “
Ayat Julia mencengkap jantung Najwa.Dia tergamam.
“Hello kak wa,hello……”
“Ya…akak kat sini ”Suara Najwa semakin tengelam.
“Nak pergi dengan Ju tak sabtu nanti ?”Tanya Julia
“Tengoklah macamana ,rasanya sabtu ni akak ada wedding nak kena siapkan” Najwa menahan sebak.
“Emmm ok bye “
Najwa terus mematikan handphonenya dan terus terduduk dan menangis.Sakit hatinya diperlakukan sebegini ,patutlah Akasha lain macam sebulan dua ni .Najwa menangis .
Seharian dia berendam airmata dia nekad menelefon Akasha,andai benar yang Akasha akan berkahwin minggu ini ,bermakna tamatlah hubungan mereka .Najwa mendail nombor Akasha.
“Hai awak….”Suara Akasha ceria kedengaran.Najwa senyap,sesekali dia menarik nafasnya dan kedengaran desikan tangis.
“Awak…..sayang….menangis ke?”tanya Akasha lagi.Najwa masih lagi senyap.
“Awak rindukan saya ya”teka Akasha.
“Saya nak ucapakan selamat pengantin baru”Perli Najwa .Akasha tiba-tiba senyap.
“Jadi betula awak yang nak kahwin minggu ni ?”Tanya Najwa ,kali ni suaranya semakin keras kedengaran.
“Najwa….saya…”Suara Akasha tersekat-sekat
“Memang selama ni awak cuma nak permainkan saya la, tak sangka awak sanggup buat saya macam ni.Saya sayangkan awak ,sangat sayangkan awak .Saya rasa kita tak payahlah jumpa lagi.Bye “Najwa terus mematikan handphonenya dan menangis..Dia tak mampu untuk meluahkah segala-galanya.Dadanya rasa sakit sangat ,sakit dikhianati .
Hari yang kelam,Najwa bersiap untuk tutup butik seperti biasa .Biarpun tak bayak perkara yang dibuat hari namun dia rasa penat .Penat menangis,penat merantap dan penat menunggu sesuatu yang dia inginkan .
**********
“Ting..ting” pintu butik dibuka.
“Maaf ye kedai dah tut…”ayat Najwa tergantung
“Hai awak”tegur Akasha
“Kenapa awak di sini ,bukan awak tengah sibuk nak kahwin ke ?”perli Najwa .
“Awak dengar dulu apa yang saya nak cakap ,biar saya terangkan semuanya “Pinta Akasha.Najwa hanya mendiamkan diri ,dia membiarkan Akasha menghuraikan segala-galanya kerana baginya ini adalah perjumpaan terakhir mereka.
“Saya tak tahu langsung yang saya akan berkahwin dengan Ika ,memang kami bercinta dari zaman sekolah dan terputus seketika sewaktu saya belajar di kolej .habis belajar saya bekerja dan kami bertemu kembali.Ketika itu saya tak ada sesiapa hinggalah ibu saya buat keputusan kami bertunang setahun yang lepas kerana memang keluarga kami saling kenal –mengenali semenjak dari kami masih bersekolah dulu .”Akasha menelan air liurnya.Najwa tetap berdiri membatu,cuma airmata sahaja yang deras mengalir.
“Saya setuju dengan ikatan ini kerana ketika itu saya belum mengenali awak.Tapi dah terlambat ,awak muncul dimana saya dan dia telah bertunang .Saya tak mampu nak putuskan, semuanya impian ibu saya nak kami di satukan dan….saya tak mampu nak pergi jauh dari awak Najwa”kata-kata Akashah tersekat-sekat.
“Jadi ,awak nak pasang dua ?jangan mimpi En.Akasha”Najwa mengangkat kotak yang perlu dia simpan di dalam kereta lalu dia melangkah untuk keluar .Namun Akashah sempat memegang lengan Najwa .
“Awak… saya berjanji takkan tinggalkan awak ,saya akan sentiasa dengan awak walaupun saya sudah berkahwin .Percayalah”Akashah berjanji .Najwa memandang muka Akashah dan menarik kasar lengannya dengan pantas dan keluar dari butik tanpa berkata apa.
Sesampai sahaja dirumah Najwa terus masuk ke dalam bilik dan menyembabkan mukanya di katil .Rasanya terlalu sukar untuk dia bernafas dan sakit dihati bagai ditusuk pisau yang tajam.Dia mengerang kesakitan dalam tangisan yang sudah tiada nadanya.
Najwa ibarat sesorang yang hilang jiwanya,apa saja yang dibuat hari tu semuanya dibuat tanpa sebarang rasa.Dia tidak menjamah makanan dari pagi tadi apatah lagi air yang semakin berkurangan didalam badannya.
***********
“Ring….ring…ring..”Handphone Najwa berdering,nombor tidak dikenali .Dengan rasa berat hati ,dia menjawap panggilan tersebut.
“Hello butik Singgahsana “suara Najwa kedengaran suram.
" Dari hari pertama saya melihat awak ...saya tak tahu kenapa saya masih ingin berjumpa dengan awak lagi , setiap kali saya lalu di depan kedai awak ,saya harap awak akan keluar dan senyum pada saya. Setiap kali kita berbual saya rasa tenang ,selesa.....dan percayalah seandainya ada cara lain untuk tidak menyakiti hati ibu saya dan menjadikan awak suri di dalam hidup saya buat selama-lamanya..percayalah saya sanggup biarpun nyawa menjadi ganti” Nadanya tersekat , menangis dan berhenti kerana tak mampu untuk meneruskannya. Najwa merasa serba salah ,sayangnya pada Akasha masih mengunung tinggi. Mungkin dia perlu beri peluang kepada Akasha untuk membuktikan kata-katanya .
" Dari hari pertama saya melihat awak ...saya tak tahu kenapa saya masih ingin berjumpa dengan awak lagi , setiap kali saya lalu di depan kedai awak ,saya harap awak akan keluar dan senyum pada saya. Setiap kali kita berbual saya rasa tenang ,selesa.....dan percayalah seandainya ada cara lain untuk tidak menyakiti hati ibu saya dan menjadikan awak suri di dalam hidup saya buat selama-lamanya..percayalah saya sanggup biarpun nyawa menjadi ganti” Nadanya tersekat , menangis dan berhenti kerana tak mampu untuk meneruskannya. Najwa merasa serba salah ,sayangnya pada Akasha masih mengunung tinggi. Mungkin dia perlu beri peluang kepada Akasha untuk membuktikan kata-katanya .
“Awak kalau tak sibuk hari ni datanglah makan tengahari dengan saya “Najwa memberi klu bahawa peluang telah dibuka untuknya.Akasha tersenyum dan mengesat airmatanya .Handphone dimatikan.
*************
“Hai awak saya ada bawakan ini “Akasha menunjukan bungkusan makanan di tangannya.
“Masuklah “pelawa Najwa .Akasha masuk ke dalam butik .Najwa ke dapur butik untuk mengambil air .
“Macamana semalam?”Tanya Najwa sambil menuangkan air the kedalam cawan Akasha.
“Ok je “jawap Akasha seperti tidak berminat.Najwa memandangnya lalu matanya jatuh melihat 3 jari kanan Akasha berinai.Najwa merasa hiba tiba-tiba.Akasha terperasan Najwa memandang jarinya dan dia cuba menyembunyikan dari pandangan Najwa .
“Pukul berapa awak bersanding nanti?Tanya Najwa,bukan perli lagi .
“Pukul 2”
“Pukul 2 nak bersanding ,awak masih sempat bawa sarapan untuk saya?”Najwa hampir tergelak.Akasha hanya tersenyum.Pelik tapi benar,mereka berbual mengenai perkahwinan Akasha yang telah pun berlangsung semalam dan hari ini.Najwa cuba berlagak seperti biasa begitu juga dengan Akasha.Pernikahan Akasha ibarat cerita pasangan lain yang datang kebutiknya.
“Nanti petang saya datang ya “Pesan Akasha sebelum dia pulang untuk ‘bersanding’.Najwa mengangguk.
Bukan mudah untuk berkongsi kasih apatah lagi dia bukan hak yang muktlak.Dia tak punya ‘hak’ rasmi terhadap Akasha ,apa yang dia ada cuma hak sebagai penuntut janji yang telah dimeterai oleh Akasha sendiri.Setiap hari Akasha tak pernah lepas singgah butik Najwa cuma Akasha tidak lagi menunggu hingga butik ditutup kerana ada seseorang yang sedang menunggunya dirumah.
“Ting..ting”Bunyi pintu butik di buka.
“Ya boleh saya bantu…”Tanya Najwa pada 2 orang wanita yang berdiri di hadapanya.
“Kami datang cuma nak melihat saja “Kata wanita yang sedang tingginya dengan sombong.
“Silakan” pelawa Najwa dengan sopan ,sudah prinsipnya bila dia mula menceburkan diri kedalam bidang ini ,pelanggan akan di layan dengan sebaik-baiknya biarpun ada yang dia tak suka.
“Butik ni macam tak de pilihan la “kata wanita yang sombong tadi dengan kawanya.
“Butik ni memang tak banyak baju sedia dipakai kerana kami menyediakan juga khimat mereka pakaian mengikut kehendak pelangan ”terang Najwa yang di sambut jelingan perempuan tadi.Najwa seakan-akan pernah melihat perempuan itu tapi …..dia tak ingat.Akhirnya mereka berdua beredar,sebaik sahaja pintu ditutup Najwa dengan tiba-tiba sedar yang datang tadi adalah isteri Akasha.Petang itu Akasha datang seperti biasa namun Najwa tidak bercerita apa-apa.
********
Esoknya ketika Najwa sedang mengemas kotak-kotak maniknya ,Akasha datang meluruh .
“Najwa !”Nada yang kurang enak di dengar.
“Iya saya disini “Sahut Najwa kehairanan.
“Najwa ,apa masalah awak?”tanya Akasha dengan kasar.
“Apa awak ni ,masuk dahla tak bagi salam tiba-tiba tanya apa masalah saya ni kenapa ?”Najwa terpingga.
“Ika datang semalam dengan kawan dia dan cakap awak tak layan mereka ,muka masam ,tak senyum.Kata buka butik kenalah professional !”Marah Akasha ,Najwa terkejut dengan tomahan yang di lemparkan,rasanya bukan dia yang ada masalah tapi bini Akasha yang punya masalah serius dengannya.
“Untuk pengetahuan awak En.Akasha ,saya layan semua yang datang butik saya sama sahaja.Tak kisahlah bini siapa pun.” Suara Najwa meninggi.
“Saya tak pernah layan buruk pada orang ,kalau saya ni memilih pelanggan takkan saya benarkan Mak Itam datang butik ni “Najwa merungkai kisah dendamnya bersama mak itam sepupu papanya yang agak dingin dengan keluarganya.Akasha senyap,ada betulnya juga fikirnya.
“Dah tu takkan Ika buat cerita ,dia bukannya kenal awak”
“Bini kesayangan awak tu ,bukan jenis ‘mesra alam’,tak rasa bini awak tu baik dengan semua orang “Najwa membalas.
“Awak balik la ,saya tak ada mood nak tengok muka awak “Najwa terus masuk kebilik stor.Merajuk,Akasha merasa bersalah terhadap Najwa .Tanpa bertanya dahulu dia terus menghamun Najwa.
“Najwa …..saya minta maaf,sepatutnya selidik dulu .Tapi bila Ika cerita saya tiba-tiba rasa marah.”Terang Akasha dengan kesal.
“Ooo….awak ingat saya ni tak ada perasan boleh marah sesuka hati ,sekarang bolehlah awak fokuskan pada isteri awak .”Najwa menghempaskan bakul yang berisi bunga .
“Najwa…….”Suara Akasha menjadi perlahan.Namun Najwa tidak mengedahkannya.
Petang itu Julia datang menemaninya selama 2 hari,Najwa sudah seminggu batuk dan demam .Pagi tadi Akasha masuk lambat ke pejabatnya kerana menemani Najwa ke klinik .Sebaik sahaja kereta di berhenti di depan rumah Najwa .Julia berdiri lalu menghampiri mereka,dia hairan semenjak bila pula mereka ni menjadi rapat .
“Kenapa ni ?” Tanya Julia ragu .
“Akak tak sihat”Jawap Najwa pendek .
“Akak ok ke?”
“Ok,Akasha dah bawa jumpa doctor tadi”
“Hai Kasha “Tegur Julia pada Akasha.
“Bila sampai “Tanya Akasha pula.
“Baru lagi,tak palah jom kak Wa kita masuk”Julia memapah lengan Najwa.
“Bye Kasha “
“Thanks ya temankan saya “ucap Najwa.
“Tak apa ,esok saya call ya”Akshah terus memasuki keretanya.
Najwa duduk di sofa dan Julia duduk berhadapan dengan Najwa.
“Akak dah berapa lama selalu keluar dengan dia”Julia mula bertanya dan suaranya serius. Najwa mula merasa tidak selesa.Dia tak tahu nak jawap apa.
“Akak taukan dia tu siapa?”
“Suami orang ?”Najwa memandang tepat ke muka Julia.
“Tahu pun …….akak dah tahu kenapa masih kacau dia lagi?”
“Akak tak kacau dia ,Dia tetap ada masa dia dengan isterinya .Akashah yang tak mahu lepaskan akak , dia tak sanggup nak hidup tanpa akak.” Kepala Najwa berdenyut sakit.
“Merepek !Lepaskan sahaja .Itu bukan hak akak.Mak long pun tak akan terima orang itu jadi menantunya .Mak long tahu dia tu dah kahwin ? “Julia berdiri di depannya.Najwa tunduk dan senyap.Julia mengangguk kepalanya perlahan,dia mengerti.
“Dia sayangkan akak... Julia “
“Dia sayang semua orang kak ,saya memang tak sangka Akasha yang saya kenal dulu seorang yang pemalu dan kini dia sudah berubah….”Nada Julia kesal.
“Akak nak masuk bilik dulu ,nak rehat”Najwa bangun dan terus berlalu.
‘Fikir baik-baik kak” Amaran Julia dalam tutur yang lembut.
**********
Akasha berjalan keluar dari pejabatnya ,dia ternampak Najwa sedang menunggu .Akasha berhenti .Dia memandang Najwa dari jauh,memang dia yang suruh Najwa datang .Dia nak bawa Najwa makan ketempat yang istimewa malam ini lagipun Najwa dah biasa di tempat kerja .Isterinya pula tak suka suasana di sini katanya ‘tak best ‘macam di tempat kerjanya.Dia melihat Najwa duduk dibangku sambil menaip sms .
“Kasha buat apa berdiri disin ,tak nak balik ke”Sapa kawannya Hairi
“Nak balikla ni ,sedang melihat Najwa dari jauh “tunjuk Akasha.
“Ooo..kekasih gelap kau ye”Perli Hairi.
“Apa gelap-gelap ,tak nampak dia duduk bawah lampu tu kan terang”Akasha berdengus lalu melangkah keluar.
“Hai awak ,jom kita pergi”Akasha menarik tangan Najwa yang terpinga sebentar.
Angin bertiup sempoi-sempoi bahasa malam itu sambil menikmati tomyam ,sayur masak belacan dan telur dadar.Akasha berselera menghirup tomyam ,Najwa tersenyum.
“Kenapa tengok saya macam tu “Tanya Akasha hairan.
“Saja suka tengok awak makan”
“Ika pula suka tengok saya tidur “Akasha tersasul menyebut nama isterinya ,selera Najwa mati tiba-tiba.Akasha terkelu sebentar.
“Rajin awak bawa saya keluar malam ni ,kenapa ,isteri awak tak masak ke?”Perli Najwa pedas,sudah dibilang beberapa kali jangan menyebut nama isterinya bila mereka berdua.Najwa tak suka.Taksuka mengingatkan dirinya yang Akasha telah berpunya.Tapi Akasha tetap menyebutnya biarpun secara tak sengaja.
”Ika dia kurang sihat ,ada kat rumah mak.Nanti pukul 9 malam kak long hantar dia pulang”
“Kenapa sakit nak balik rumah mak?”Najwa hairan,mengada sungguh demam sikit nak cari mak.Akasha menjadi serba salah .Lama dia memikirkan ayat yang sesuai untuk berterus terang dengan Najwa.
“Ika mengandung”Dengan pantas Akasha berkata.Najwa terkejut.
“Dia mengandung 3 bulan,sebenarnya saya bawa awak makan sebab nak raikan berita ni.Saya akan jadi bapa tak lama lagi”Kata Akasha lagi.Airmata Najwa tumpah,seandainya situasi ini terjadi atasnya pasti dia akan menangis gembira tapi ….
“Sayang …awak patutnya gembira saya akan jadi bapa “Akasha mengesat airmata Najwa.
“Saya nak balik “Najwa terus bangun dan terus menuju ke kereta.
Sampai sahaja dirumah Najwa terus keluar dari kereta dan meluru masuk ke rumah .Dia menyadar pada pintu biliknya lalu menangis.Dia tahu setiap kali dia pulang ke rumah tiada siapa akan menantinya,malamnya hanya bertemankan bantal peluk.Sedangkan Akasha bila dia pulang isterinya akan menyambutnya dan malamnya pasti isterinya berada didalam dakapan Akasha ,dan kini bertambah lagi sinar rumahtangga mereka, bakal di kurniakan cahaya mata.Najwa menangis merantapi kisah cintanya yang cukup mengelirukan dirinya.
Malam semakin ke penghujung ,mata Akasha masih lagi segar .Dia memandang isterinya yang tidur disebelahnya.Perlahan tangannya mengusap perut Ika,rasa bersyukur terbit dihati kerana zuriatlah yang dia tunggu selama ini.Dia terfikir sejenak jika keadaan itu bertukar ,yang sedang lena disebelahnya adalah Najwa.Sayangnya pada Najwa adalah yang paling jujur dari hatinya tapi apakan daya Ika yang dari dulu hadir didalam hidupnya.Perlahan dia mencium dahi Ika biarpun cintanya pada Najwa terlalu kuat namun Ika berhak mendapat kasihnya juga.
********
“Saya nak anak perempuan macam muka awak “seloroh Akasha tiba-tiba
“Kalau keluar dari perut saya “Balas Najwa sinis.
“Mana tahu kot berkenan…”
“Pergilah scan”
“Tak mahu saya yakin anak saya perempuan”
Najwa tersenyum mengelengkan kepala lalu dia memandang Akasha yang duduk dihadapanya.
“Awak….sampai bila saya nak macam ni ,?”Najwa mahukan kepastian.
“Perasan saya pada awak ihklas Najwa,saya tetap akan berkahwin dengan awak cuma saya tak tahu bila dan waktu yang sesuai”
“Saya tak mahu begini selamanya apatah lagi bila awak dah ada anak ,awak tentu sudah tak ada masa untuk saya.Saya tak mahu berebut masa awak dengan anak yang akan lahir nanti.Tak pun ……hubungan kita disini sahaja. ”Luah Najwa.
“Saya tak akan sia-siakan awak biarpun anak saya lahir nanti ,saya tetap punya masa untuk awak ,percayalah”Ikrar Akasha.
“Awak memang tak boleh tinggalkan saya bukan?”Tanya Najwa perlahan ,Akasha mengangguk.
*******
Najwa sedang sibuk menyolekkan pengantin.Dia tak sedar yang Akasha cuba menelefonnya berkali-kali.Akhirnya dia terdengar telefonnya berbunyi lalu dia menjawap.
“Sayang ,saya kat hospital ni Ika dah nak bersalin jadi nak beritahu awak yang saya tak jadi tengok wayang hari ni”Akasha berkata dengan tergesa-gesa.
“Ika macam mana “Najwa bertanya keadaan bakal ‘madunya’,biarpun tak suka namun risaunya tetap ada.
“Masih di wad nanti saya call ye bye “
Najwa segera menyiapkan solekkan pengantinya hari itu kerana dia mahu bergegas ke hospital,biarpun dia bukan sesiapa .Dia cuma mahu ke sana sekadar mengintip keadaan bayi yang dia dan Akasha tunggu selama ini.
Orang tak ramai dihospital memudahkan Najwa mencari bayang Akasha,akhirnya dia ternampak Akasha berdiri di depan cermin besar di mana semua bayi dilahirkan ditempatkan di situ.Akasha bersama keluarganya berlalu memasuki bilik Ika.Najwa berjalan perlahan-lahan menghampiri cermin tersebut dan dia mencari anak Akasha.Dan dia ternampak kad ditengah katil bayi dihadapannya.
‘Pasangan :Mohd Akasha & Zulaikha
Nama bayi :Mohd Aidil Syadit ‘
Akasha dapat anak lelaki ?!Najwa agak terkejut dan dia ketawa kecil .Tentu Akasha rasa kecewa .Najwa terus ketawa.Melihat bayi lelaki wajahnya tak tumpah seperti Akasha.Terutama tulang pipinya,cukup seiras .Untung Akasha punya anak yang sangat comel,bisik hati Najwa.
Esoknya Akasha datang ke butik Najwa dan terus duduk disebelahnya.Najwa sedang leka mengubah bunga ketika itu.Akasha kelihatan penat.
“Macamana dengan ‘Akasha junior ?”Najwa memberi klu.
“Mana awak tahu saya dapat anak lelaki ?”Akasha terkejut dan hairan
“Sayakan ‘ahli nujum negara’”Najwa bergurau.
‘Oklah …semalaman saya tak tidur menjaga dia”
“Habis Ika ?”
“Dia penat jadi saya jagalah”
“Best tak jadi bapa ?”
“Sukar untuk saya gambarkan ,terlalu indah”Akasha mencapai sekuntum bunga dihadapanya lalu dihidu.Najwa senyap.Tiba-tiba telefon Akasha berbunyi lalu dia menjawap.
“Sayang ,saya nak kena pergi ni .Nak pergi bawa Ika pulang ke rumah “
“Rumah mak awak”
“Ya,rumah mak saya .dia nak jaga Ika sepanjang berpantang ni.Oklah jumpa esok bye “Akasha memakai kasutnya dan terus keluar.Najwa senyap.
********
“Sudah 2 minggu Akasha tidak datang ke butiknya ,sebagai ganti Akasha akan menelefonnya setiap hari .Najwa semakin tertekan .Dia merasakan yang lambat laun Akasha tidak akan jadi seperti dulu.Perasaannya kuat mengatakan seperti itu.
“Kak wa ..”Julia meletakkan air kopi yang dibuat untuk Najwa.
“Rasanya sudah tiba akak keluar dari masalah ini,tak semestinya berkahwin dengan Kasha semua masalah selesai”Julia menjeling melihat Najwa menjahit manik.
“Apa yang akan perlu buat,Akasha memang tak boleh langsung tinggalkan akak “Suara Najwa semakin perlahan.
”Dia tak boleh tinggalkan akak tapi akak bolehkan tinggalkan dia ?”
Najwa senyap tiba-tiba.Betulkah dia mampu berjauhan dengan Akasha ?tanya najwa pada dirinya.
“Macam mana ?”Najwa bertanya.
“Ju rasa memang ini masa yang sesuai untuk akak keluar dari sini .Sedang Akasha leka dengan anaknya ,akak bersiap untuk tinggalkan tempat ini”
“Tinggalkan tempat ini ?”Najwa agak terkejut.
“Mak long cakap butik tu dah makin maju ,apa kata akak buka di tempat lain? Ubah angin.Jangan beritahu Kasha akak nak pindah .”Cadang Julia.
“Nanti dia tengok butik ni macam nak kosong ,tentu dia tanya”
“Cakaplah dalam proses mengubah suai ,lagipun saya tak akan beritahu Kasha akak dimana . Dia takkan berani nak tanya saya lebih-lebih sebab saya kenal isterinya”Julia menghirup air milo panas di cawanya.Najwa menghela nafasnya.
“Tengoklah macam mana nanti “
*********
‘Hai awak hari ni saya belajar mandikan Aidil ,seronok tengok dia mandi .Mula-mula kekok tapi lama-lama saya dah biasa’
‘Awak tahu hari ni saya lambat masuk pejabat kerana Aidil merengek nak saya tidurkan ,selepas mak dia susukan saya kena dodoikan pula .
“Hai awak minggu depan saya nak buat kenduri doa selamat untuk Aidil ,rasa besar sungguh kuasa tuhan kerana Aidil yang sekecil ini mampu membuatkan hidup saya cukup bermakna.Sorry tak dapat datang jengok awak.Insyallah kita jumpa minggu depan’
Itulah petikan kata-kata Akashah dala smsnya.Dia kedengaran ceria dan bahagia,Najwa menangis .Benar apa yang dia agak,Akasha sudah mula melupai janji –janjinya.
Akasha memang tak pernah melupakan Najwa biarpun dia sudah lama tidak bertemu ataupun keluar bersama,hanya sms dan telefon pengantinya.Dia mahu berkongsi kegembiraannya bersama Najwa, apa sahaja yang baru terjadi antara dia dan Aidil pasti Najwa yang dia akan tahu dahulu .Hari ini dia menghantar msm pada Najwa ,gambarnya dan Aidil .Selang beberapa hari Akasha mula perasan yang Najwa tidak membals sms mahupun panggilannya.Puas dia menghubungi Najwa namun hanya pesanan suara sahaja,Akasha mula rasa tidak sedap hati,petang itu habis sahaja kerja Akasha terus kebutik Najwa.
“Untuk di jual ?!”Akasha terkejut dengan papan tanda di butik Najwa,dengan segera dia kerumah Najwa.Sekali lagi Akasha terkejut ,pintu dan rumahnya berkunci tanpa berfikir panjang dia menghubungi Julia.
“Hello …”Suara Julia kedengaran
“Hello Ju ini Kasha ,nak tanya Kak Najwa di mana sekarang ,kenapa butiknya nak di jual dan rumahnya berkunci ?”Tanya Akasha dengan laju
“Ooo..kak wa dah pindah “Jawap Julia
“Pindah!?,pindah dimana ,bila ,kenapa dia tak jawap telefon ?”
“Tak tahu “Dengan malas Julia menjawap
“Julia please…”Rayu Akasha
“Kasha ….kau dah ada kehidupan yang baru,kenapa tak boleh beri peluang untuk Kak Wa pula?”Suara Julia meninggi.
“Aku tak boleh hidup tak ada Najwa “Suara Akasha yang sebak
“Boleh…kau cuma tak boleh hidup tanpa udara sahaja,lupakan Najwa dia sudah mula lupakan kau “Jelas Julia.
“Mana kau tahu dia lupakan aku ?”Akasha merasa ragu.
“Sebab dia boleh pergi dari situ….”Jawap Julia ringkas.
“Kenapa najwa tak datang cakap sendiri yang dia nak tinggalkan aku ?”
“Kasha ..kalau dia cakap , kau akan lepaskan ke?Biarlah Najwa bina semula hidup dia yang selama ini dah banyak dia korbankan dan biarlah dia pulihkan hati dia yang sakit itu.…”Suara Julia juga semakin sebak.
Akasha menangis…."Najwa"
Dan….telefon terus di matikan..............
Oleh :Kejora Mawaddah

Ulasan
Catat Ulasan