Cinta Gadis LRT
Kisah ini terjadi tidak lama dahulu , mungkin 3 tahun atau 2 yang tahun lalu .Entah aku sendiri tidak ingat bila tapi apa yang pasti aku masih mengingati dia. Masih jelas akan senyumannya, kelembutanya,keayuannya dan setiap langkahnya menuju ke LRT stesen . Mungkin ini yang di katakan "cinta padang pertama" walaupun dia bukanlah cinta pertama dalam hidup aku .
Kenaikan harga minyak membuatkan aku tekad untuk mengurangkan pembelanjaan petrol,perlulah berkorban sedikit demi ibu dan adik-adik yang masih bersekolah .Untungnya aku masih tinggal bersama keluarga jadi tidak perlulah risau mengenai duit sewa rumah,malah office aku juga berhadapan dengan LRT stesen .
Buat pertama kalinya aku menaiki LRT ke tempat kerja ,seawal 8.30 pagi aku sudah berada di LRT stesen .Penuh! Biarpun cepat dari memandu namun kemampatan manusia mengunakan kemudahan awam membuatkan aku terfikir untuk memandu semula.Turun saja dari tangga LRT ,aku bergegas menuju pejabat tetapi aku sempat singgah di kedai sebanika untuk membeli makanan dan ketika membayarnya secara tidak sengaja aku terpandang pada seorang gadis berbaju kurung biru ,berjalan menuju ke arah LRT stesen di seberang jalan sambil memegang bungkusan makanan dan aku memerhatikannya .Kemudian aku nampak dia meletakkan bungkusan makanan itu di tepi seorang peminta sedekah yang sedang tidur di tepi tangga LRT tersebut.Aku agak tertarik dengan perbuatannya ,siapakah gadis itu sungguh baik hati, bisik aku sendiri.
"Ikram!" Tegur Rudy.
"Eh Rudy "Aku menoleh
"Kau pandang siapa ?"Tanya Rudy sambil melihat kearah LRT stesen di seberang jalan.
"Tak ada apalah , tapi sebelum itu aku lupa nak ucap tahniah atas pernikahan kau ,sorrylah tak dapat datang sebab sepupu aku pun berkahwin hari tu "Aku menepuk bahu Rudy.
"Tak mengapa ,thanks for that wish "Rudy tersenyum
"Macaman hidup berumah tangga ni ?best tak dah ada orang sediakan pakai dan makan kau?"Aku tersengih .
"Aku masih dalam proses mengenali isteri aku sendiri ,iyalah kahwin atas pilihan orang tua tak sempat nak kenal lebih mendalam sebelum kahwin ."Suara Rudy bertukar perlahan.
"Dah jodoh Dy,doalah yang terbaik "Pujuk aku
Pukul 5.30 masa untuk pulang ke rumah tetapi sebelum itu aku duduk dan minum bersama rakan seperjabat .Tepat pukul 6.15 petang aku minta diri untuk pulang ,dan di saat aku menaiki eskolator aku ternampak lagi gadis yang sama pagi tadi sedang turun dari eskolator bertentangan .Aku memandangnya dari jauh dan terus memandangnya hingga dia hilang dari pandangan.
Sepert biasa
8.30 pagi- Aku sudah berada di LRT setesen ,
8.45 pagi - Aku sudah berada di kedai serbanika untuk membeli makanan
dan aku ternampak dia lagi bersama bungkusan makanan .Dia meletakkan
bungkusan makanan disebelah peminta sedekah yang sedang lena
tanpa menyedari akan tindakan gadis tersebut .Aku tersenyum
melihatnya .
5.30 petang- Aku keluar dari pejabat dan pergi minum bersama Rudy dan Suresh
" Rudy isteri kau tak marah ke balik lewat ?"Tanya Suresh .
"Tak lah dia pun biasanya pulang lewat juga ,jadi tak mahu tunggu seorang di rumah baik aku lepak dengan kalian "
"Dia kerja di mana ?"Aku pula bertanya
"Seksyen 6 "Jawap Rudy sambil menghirup kopi panas di hadapannya.
"Ooo..tak jauhlah dari tempat kerja kita "kata Suresh.
"Kalian...aku nak cerita sikit ni "Aku bersuara
"Ceritalah"
"Semenjak aku naik LRT ni aku sering ternampak seorang gadis yang membeli sebungkus makanan untuk peminta sedekah yang sedang tidur di tepi tangga LRT di seberang sana "Aku mula bercerita.
"Jadi...............?"Suresh bertanya
"Tak ada jadi apa-apa cuma......aku suka tengok dia "Aku memandang Suresh.
"Aku ingatkan kau dah jatuh cinta dengan perempuan tu " usik Rudy.
"Ish..tak kenallah macamana boleh jatuh cinta pula "aku menafikan
"Mana tau cinta pandang pertama "Suresh pula mengusik dan aku hanya mengeleng sambil ketawa.
"Eh... dah 6.18 aku pulang dulu ya "Aku menyeluk poket lalu mengeluarkan Rm 2 dan meletakkannya di atas meja.
"Cepatnya..lepaklah dulu orang yang dah kahwin ni pun masih nak lepak lama-lama "Kata Rudy
"Lain kalilah ,aku balik dulu "Aku terus mengalas beg dan berlari ke LRT stesen.
"Nak kejar gadis LRT tulah "kata Suresh pada Rudy yang hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan.
Aku mengeluarkan kad touch N go untuk di scan dan tiba-tiba kami berselisih ,jelas kelihatan wajahnya yang cukup mempersonakan.Dia memandang aku lalu tersenyum.Aku tergamam dan dia terus beredar.
"Excuse me ,are you want to go in?"Tanya perempuan mat salleh di belakangku.
"I’m ....sorry "aku bagaikan tersedar dah terus scan kad toun n go .
Malam tu aku tersenyum sendiri,cantik sungguh gadis itu.Ayu wajahnya,senyumnya sungguh mempersona.
"Kenapa abang senyum sorang-sorang?"tegur Nurul adik yang bongsu.
Aku memandangnya.
"Tak ada apalah ,kenapa masuk bilik abang ni ?"
"Mak panggil makan"
"Abang tak lapar,abang nak tidur "Aku memeluk bantal guling di sebelah dan pura-pura tidur bagi mengelak di kacau Nurul.
Sebaik sahaja Nurul keluar aku membuka mata dan aku tersenyum sendiri lagi .Tak sabar hendak menunggu pagi ,tak sabar hendak pergi ke LRT dan tak sabar untuk melihat senyumnya lagi.
Sebulan kemudian
8.30 pagi - Di LRT stesen ,
8.45 pagi - Di kedai sebanika dan melihat dia bersama sebungkus makanan,
5.30 petang -Keluar pejabat dan minum seorang diri sementara menunggu 6.15
petang.
6.15 petang - Naik ke LRT stesen dan melihat dia keluar dari arah bertentangan
aku terus mengeluarkan kad touch n go untuk di scan dan bila kad di
scan kami berselisih lagi.Seperti biasa satu senyuman yang indah
untuk aku di penghujung hari ,biarpun hampir sebulan rutin ini
berjalan aku tidak
pernah bosan dan inilah yang aku nanti-nantikan setiap malam
menunggu pagi cepat menjelang ,menunggu siang berlalu pulang hanya
untuk melihat dia
Hari yang pernah menjadi hari yang aku kegemaran aku dulu bertukar benci terasa cukup tersiksa menunggunya berlalu iaitu hari"Sabtu dan Ahad"Sepanjang hari aku menjadi tidak keruan,dari pergi menonton wayang hingga bermain boling bersama rakan sekolah dulu ,masih tidak mampu mengawal rasa rindu terhadapnya.
"Kenapa kau ni Ikram ,resah semacam je ingatkan gadis LRT tu ke ?"Tanya Rudy ketika aku sedang menunggu 6.15 petang menjelang.Aku cuma tersenyum.
"Aku rasa kau dah jatuh cinta dengan dia"Celah Suresh.
"Entah ....aku pun tak tahu apa yang aku rasa " Aku memandang ke arah LRT stesen.
"Kau pernah tegur dengan dia,tanya nama ke, nombor telefon ke?"Tanya Suresh
"Tak..aku tak tahu nak mula dari mana ?"
"Mulakan dengan salam,kemudian nama kau dan berterus-terang pada dia yang kau nak berkawan dengannya" Nasihat Rudy.
"Dia nak ke berkawan dengan aku ?"
"Ikram...kau belum cuba lagi, aku rasa tak ada masaalah sebab dia memang selalu nampak kau " Suresh cuba menyakinkan aku.
"Ik....apa yang boleh aku katakan selagi kau berpeluang memiliki gadis yang kau cinta ,teruskan berusaha. Jangan jadi macam aku,tak pernah kenal cinta bila kena kahwin baru nak belajar semua itu."Kata Rudy sambil memandang handhonenya.Aku terdiam.
"Mak..Ik nak kahwin" Kataku ketika bersarapan bersamanya
"Apa,kamu nak kahwin ?dengan siapa?"Mak bertanya dengan nada terkejut.
"Ik tak tahu namanya lagi mak"Aku berterus terang
"Kamu tak tahu namanya dan tiba-tiba kamu cakap kamu nak kahwin?Apa kena dengan kamu ni Ikram?
"Ik memang tak kenal lagi mak tapi Ik yakin dialah perempuan yang Ik nak kahwin suatu hari nanti "
"Mana kamu jumpa dia?"Tanya mak lagi.
"LRT "jawapku pendek.
"Dia konduktor LRT ke?"
"Mak ni..bila masa pulak LRT ada konduktor"
"Yang pakai baju uniform LRT tu bukan konduktor ke?"
"Itu kerja jual tiket kat kaunter mak ,dia penumpang saja .Ik nampak dia setiap pagi dan petang di LRT stesen tu.
"Kat LRT pun kamu sempat nak mengatal Ik "Perli mak aku lagi.
"Mak.....Ik serius ni"Aku cuba yakinkan mak.
"Habis kamu ingat mak main-main buat lawak?" Ikram....kamu boleh kahwin dengan sesiapa pun yang kamu suka tetapi..............."Ayat mak aku tergantung.
"Kamu kena tahu nama dia,anak siapa,umur dia dan tempat tinggal dia,ini takkan mak nak meminang dia kat LRT ?
Ada betulnya apa yang mak aku cakap,aku perlu tahu namanya .Esok aku akan tanya .
Tepat pukul 6.15 petang aku berjalan mundar-mandir,dengan debaran di hati aku tekad untuk memulakannya.Dia dah datang,aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan berjalan menuju kearahnya.Sebaik sahaja kad dia di scan aku terus menyapa.
"Assalamualaikum"Aku memberi salam.Dia menoleh dan tersenyum.
"Waalaikumsalam "jawapnya.
"Saya Ikram ,saya akauntan di pejabat itu dan saya selalu nampak awak "laju kata-kata aku tidak saringan,semuanya aku memberitahu. Nervous menguasai segala-galanya.Dia masih tersenyum lalu tunduk
"Maaf kalau cara saya kurang sopan."Kataku lagi.
"Saya Aisya" Tuturnya lembut,aku menarik nafas lega nasib .Ada balasan.
"Awak selalu nampak saya ?"Dia bertanya
"Saya selalu nampak awak setiap pagi dan petang,awak rajin beri pakcik yang tidur di situ makanan."Kata aku lagi dengan tergagap.
"Ooo..pakcik tu ,kesian dia tak ada rumah.Saya cuma nak mulakan harinya dengan rezeki yang halal,belum tentu seharian dia mengemis mampu dapat sesuap nasi ,sekurang-kurangnya setiap pagi perut dia tak kosong bila ada makanan."Katanya sambil matanya memandang ke arah tangga.
"Boleh saya tahu nombor telefon Cik Aisya?Jangan salah sangka saya cuma nak berkawan saja "
"Maaflah saya tak ada telefon ,telefon saya rosak . Masih belum dibaiki ,kebetulan saya saya baru datang dari kampung .Baru sebulan lebih tinggal di bandar .Maaf, saya kena pulang sekarang encik Ikram.Apa-apa pun saya senang berkenalan dengan Encik Ikram" Senyumnya mengakhiri perbualan permulaan persahabatan kami.Terasa indah sungguh hari ini ,akhirnya dapat juga aku mengetahui namanya ..Aisya....
"Selamat pagi Aisya"Ucapku ketika menunggu dia menaiki tangga.
"Selamat pagi Encik Ikram"balasnya sambil menghadiahkan senyumannya.
"Saya nak tanya kalau awak tak sibuk petang nanti boleh kita jumpa?"
"Bukan kita selalu jumpa ke?"Tanyanya sambil tersenyum
"Bukan ...maksud saya boleh tak kalau kita pergi minum lepas saya dan awak habis kerja ?"Aku bertanya lagi
"Maaflah encik Ikram saya kena pulang ,tak elok rasanya nak keluar waktu nak maghrib"
"Tapi bila awak free nak minum dengan saya ?"Rasa sedikit kecewa bila dia menolak perlawaan aku .
Aisya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dan kemudian dia terpaksa beredar untuk ke tempat kerja.Sudah hampir seminggu kami cuma bertegur sapa dan berbual selama 3-4 minit sahaja,namun itu semua sudah memandai bagi aku tetapi esok aku harus luahkan apa yang aku pendam selama ini .
"Apa!" Matanya memandang tepat kedalam mataku setelah aku luahkan apa yang tersirat didalam hati ini ,dia terpaku.
"Saya tahu kita baru berkenalan Aisya tapi percayalah yang saya benar-benar ikhlas dengan awak" Aku cuba yakinkannya.Aisya senyap lalu dia tunduk.
"Saya masih ingat pertama kali saya nampak awak berjalan dengan baju kurung biru,awak beri pakcik itu makanan dan itulah pertama kali saya sedar yang saya mula sukakan awak"
Aisya masih senyap.
"Kita tidak sepatutnya berkawan" Kata Aisya dengan perlahan dan dia terus berjalan dengan laju menuruni tangga.
"Aisya!!!" Aku memanggil namanya namun ,dia terus pergi dan meninggalkan aku dengan seribu pertanyaan .
Hari berikutnya
8.30 pagi - Aku sudah berada di LRT setesen ,
8.45 pagi - Aku sudah berada di kedai serbanika untuk membeli air
sambil menunggunya tetapi dia tak muncul pagi ini, pakcik peminta
sedekah pun masih lena, .
5.30 petang - Aku keluar dari pejabat dan menunggu dia keluar dari LRT,
7.30 petang - Dia masih tak muncul tiba dan akhirnya aku pulang
8.30 pagi - Aku sudah berada di LRT setesen
Keesokannya aku pergi kerja seperti biasa dan menunggu di kedai serbanika untuk melihatnya dari jauh,dia tiada.5.30 petang aku minum bersama Rudy .
"Ik...bulan depan office kita buat annual dinner ,kau bawalah dia sekali."Kata Rudy,aku senyap.Terasa hiba bila mengenangkan gadis idaman aku itu tak muncul tiba,mungkin silap aku terlalu cepat meluahkannya.
"Rasanya tak kot...dia tak datang kat LRT lagi ,lepas aku luahkan"Cerita aku pada rudy.
"Dia demam kot,terkejut kau cepat sangat berterus-terang"Usik Rudy.
"Dy..aku serius ni,,dia cakap kita tak sepatutnya berkawan"
"Ikram...dia perempuan,tentulah dia terkejut bila kau cakap macam tu.Mungkin niat dia memang nak berkawan dan perempuan ni ambil masa sikit nak jatuh cinta.Tengok aku dengan orang rumah aku,mula-mula kahwin aku memang dah suka kat dia sebab dia pandai masak dan mengemas,tetapi dia pula ambil masa untuk terima aku .Sekarang ni alhamdullilah dia dah mula sayang kat aku bila dia dah mengandung 2 minggu" Cerita Rudy pula.
"Isteri kau mengandung Dy?alhamdillilah...tahniah ya"Ucap aku .
"Terima kasih ,insyaallah kalau dia jodoh kau. Tak kemana tu "Ruddy menepuk-nepuk bahu aku .
Dua hari kemudian
8.30 pagi- Aku sudah berada di LRT setesen ,
8.45 pagi - Aku sudah berada di kedai serbanika untuk membeli roti dan
dia masih lagi tiada ,aku pergi membeli nasi lemak berlaukkan ayam
untuk pakcik pengemis itu, kasihan mungkin ketiadaan Aisya selama 2
hari ini pakcik pengemis itu tidak menjamah apa-apa lagi.
5.30 petang- Aku keluar dari pejabat dan menunggunya lagi
,dia masih lagi tiada .
8.00 malam- Aku pulang.
Lima hari kemudian.
8.30 pagi - Aku sudah berada di LRT setesen
8.45 pagi- Aku berada di kedai serbanika untuk membeli air dan
menunggunya namun dia masih
tiada ,seperti biasa aku pergi membeli nasi lemak untuk pakcik
itu.
5.30 petang -Aku keluar dari pejabat dan menunggunya lagi ,
8.05 malam- dia masih lagi tak muncul juga .Aku pulang.
"Ik....esok harga minyak dah turun ,bolehlah bawa kereta pergi kerja lepas ni "Mak memberitahu,bukanlah satu berita gembira untuk aku kerana aku masih mahu menaiki LRT ,untuk menunggu dia tiba biarpun untuk selama-lamanya.
Tiga minggu kemudian
8.30 pagi- Aku berada di LRT setesen ,
8.45 pagi - Aku sudah berada di kedai serbanika untuk membeli kopi dan
Aisya masih tak muncul tiba sudah jadi kebiasaan pula membeli nasi lemak untuk
pakcik tu .
5.30 petang- Aku keluar dari pejabat dan menunggunya lagi
.8.10 malam- Aku pulang.Biarpun sudah hampir 3 minggu rutin baru aku berlalu aku
masih setia menunggu.
Bawa bekal nampak "Tegur Suresh di suatu pagi yang suram.
Bukan bekal,aku biasanya beli nasi lemak ni untuk pakcik yang tidur di tepi tangga sana tetapi tak nampaklah pula dia hari ni "Kata aku dengan hairan.
"Pakcik pengemis tu? dia dah kena tangkap malam tadi,kak Kiah yang cakap tadi.Dia di bawa ke rumah kebajikan,eloklah ada orang jaga "Kata Suresh. Harap-harap begitu.
Pukul 8.20 malam aku berdiri di stesen seorang diri,tiada apapun disini kecuali harapan dapat melihat bayangan Aisya kembali,aku melihat tempat pakcik pengemis yang sentiasa tidur dari atas .Kosong.Laluan Aisya pergi dan pulang juga kosong,dan aku pulang tanpa membiarkan hati ini kosong lagi.
"Ikram...."Tegur Rudy di majlis annual dinner pejabat kami ,aku menoleh.
"Rudy"Aku bersalam dengannya lalu aku terpandang pada seorang wanita yang sedang berjalan kearah aku .Ya!....wanita yang aku rindukan senyumannya dan juga kehadirannya .Dia yang selama ini aku sabar menanti muncul di hadapan aku akhirnya tetapi....
"Ik..kenalkan ini isteri aku Nuraisyah,dia pun selalu naik LRT kat depan office kita , mungkin dia boleh tolong kau dengan gadis idaman kau tu " Kata Rudy.
Aku memandang wajah Aisya yang hanya tunduk dari tadi.
"Tak apa Dy ....aku dah tak tunggu dia lagi.Sebab aku dah memandu semula"Kata aku dengan perasaan
sebak....


Fuuu... Sekali silap target da
BalasPadam