Bila purnama di puncak

   Hutan belantara diredah ,didalam cungap yang semakin pendek Daniel cuba mencari jalan keluar.Matanya meliar mencari arah yang telah hilang.
"Aduh!" Daniel terjatuh didalam sungai,dia bangun dan berjalan ketebing.Hari semakin kelam ,malam semakin menjelang .Telefon bimbitnya gagal berfungsi takkala pancarannya gagal menebusi puncak gunung.Daniel bersandar di pokok ,kesejukkan mula muncubit kulit .Dia lelah terasa mengah dan akhirnya dia terlena.
" Tuan hamba ...tuan hamba"Satu sentuhan lembut di bahunya.
Daniel membuka matanya dan didalam samar di terangi cahaya bulan dia bingkas bangun .
"Tuan hamba siapa? kenapa tidur disini ?" Tanya seorang gadis yang mulus kulitnya.
"Saya tersesat " Jawap Daniel pendek.
"Ooo..tuan hamba sesat  jadi tuan hamba mahu turun ke kaki bukit?"tanya gadis berbaju kurung pendek dan berkain batik .Daniel mengangguk.
"Tapi sudah malam tuan hamba , hamba boleh bawa tuan hamba turun apabila air embun jantan menitik kebumi."Terangnya lagi .Daniel senyap kesejukan gagal dikawal ,dia mengigil.
"Tuan hamba mungkin sudah sakit ,mata tuan hamba berwarna biru rambut tuan hamba sudah menjadi kuning.Begini sahaja biar hamba bawa berjumpa dengan bapa hamba,mungkin dia mampu mengubati penyakit tuan hamba" tuturnya lembut sekali ,penuh dengan kesopanan hingga mencuit hati Daniel biarpun berselubung dengan kecelaruan yang bersarang difikirannya.
"Mari tuan hamba ,teratak buruk hamba hanya diatas sana "Gadis tadi memperlawa.
   Daniel mengikut tanpa kata, hutan sekali lagi teroka tanda dirancang .Dengan harapan ingin pulang  dia membuntuti gadis itu .
 "Maaf saya ingin bertanya ,apa nama saudari?"Tanya Daniel sambil cuba menyamai  langkah gadis di hapadannya.
"Nama hamba Melor "Jawapnya ringkas sambil menoleh dan tersenyum.
" Saya Daniel .Melor? sedap nama itu "
"Itu nama kekasih bapa hamba "katanya tenang
"Kekasih?"Daniel agak terkejut                   
"Hamba cuma anak angkat "Dia menoleh lagi.
"Saya masih tak faham ,kenapa cara percakapan Melor seperti di zaman hitam putih?"
"Zaman hitam putih? wujudkah zaman begitu tuan hamba ?"Melor berhenti lalu menoleh.
"Maksud saya seperti zaman dahulu kala"Daniel berhenti seketika ,dia tercungkap .Melor mungkin sudah biasa di tempat ini ,jalannya laju seperti tiada ranting dan duri berlandasan ditanah ,berlingkar di pohon dan bertaut di atas sana  sini.
"Kita sudah sampai tuan hamba "Melor menunjukkan mulut gua dihadapannya.
"Gua? Melor tiada rumahkah? pondok sekurang-kurangnya "Daniel hairan.
"Itulah pondok dan rumah hamba ,janganlah tuah hamba adili dari pandangan.Asalkan selamat dari binatang buas dan juga panas  hujan itulah kediaman hamba" Melor tersenyum lalu melangkah memasuki mulut gua tersebut.
Daniel merasa ragu,masih wujud lagi manusia tinggal di situ biarpun dizaman yang serba canggih. Namun dia yakin Melor ikhlas menolongnnya ,dia mengekori Melor ke dalam.
"Bapak " Tegur Melor pada seorang lelaki tua yang duduk bersila diatas busut tanah .
"Melor ?"Tanyannya.
"Bapak ,Melor terserempak dengan pemuda ini ketika sedang mahu pulang tadi.Kasihan dia sesat juga kesejukan bapak "
Lelaki tua itu turun dari busut dan jalan menghampirinya.Mukanya sekelat peria agak mengerunkan Daniel.
"Maaf pakcik saya menganggu ,benar apa yang dikatakan oeleh Melor.Saya tersesat nama saya Daniel ."Kata Daniel didalam nada yang gemuruh.Namun orang tua itu terus meneliti mukanya,atas dan bawah di perhati,riak hairan mula jelas diwajahnya.
"Kamu sakitkan orang muda? matamu berwarna biru,rambutmu bertukar kuning .Apakah penyakit kamu ?"Soalan yang sama Melor ajukan padanya diawal pertemuan tadi.
"Ibubapa saya bukan orang sini ,mereka dari luar negara "
"Bukan orang sini? orang tua kamu bukan orang tempatan ?"
Daniel mengangguk .
"Cuma saya sahaja di besarkan di sini "
"Ooo begitu.....hamba Tua panggil sahaja hamba PakTua .Melor sediakan baju untuk orang muda ini dengan memberinya pakaian bapak dan jangan lupa hindangan sekali "Arah PakTua pada Melor.
"Terima kasih PakTua"Kata Daniel
PakTua hanya mengangguk.
"Tuan hamba ambilla baju ini "Melor menghulurkan baju yang sudah lusuh .
"Nanti hamba sediakan makanannya."Melor berlalu
Selesai menukarkan pakaian,Daniel keluar dan melihat PakTua memandang keluar gua.
"PakTua ..."Tegurnya lembut.
"Silakan menjamah anak muda "Pelawa Pak Tua.Daniel menurut .
"Minumlah tuan hamba air didalm batok itu "Kata Melor sambil menuangkanya.
Daniel menghirup sedikit.
"Air apakah ini ?"Tanya Daniel
"Madu "jawap Melor dalam tutur yang sungguh lembut.PakTua menoleh sedikit.
"Apa yang kamu cari wahai anak muda hingga kamu tersesat ?" PakTua mula bersuara disaat Daniel menjamah rebusan kayu ubi.
"Saya mengkaji tumbuh-tumbuhan di lereng bukit ,leka mengkaji saya terpisah dari rakan yang lain "Cerita Daniel sambil mengunyah ubi kayu.
“Mengkaji? Ya tumbuh-tumbuhan punya seribu satu rahsia.Ada yang boleh mengubati ,merancuni dan ada juga yang boleh buat kita lupa buat sementara “PakTua masih berdiri menghadap pintu gua.
“Ada ke PakTua tumbuhan yang boleh kita hilang ingatan  ?”Tanya Daniel ingin tahu. PakTua mengangguk perlahan
“Tapi ...biarlah menjadi rahsia,tiada baiknya .Hamba ingatkan anak muda ingin mencari tuan puteri disini“
“Betulkah PakTua ada puteri yang tinggal disini ?”Daniel berhenti mengunyah teringat akan kisah yang pernah cikgunya cerita semasa dia di dalam darjah dua.
PakTua berdengus.
“Cuma dongengan ,gara-gara seorang Adipati sering mendengar pujian tentang keindahan wajahnya hingga terbawa mimpi .Sanggup dia mengadai kepimpinannya demi bayangan yang tidak pernah ada."Getus PakTua
"Oh ya bagaimana keadaan wedana?Apakah perkembangan dibawah sana ?” PakTua menoleh memandang Daniel.
“Keadaan dibawah sana? Semakin maju dan pesat .PakTua tak pernah turun?”
“Tidak.....”
“Kenapa tidak ,PakTua sudah berapa lama disini ?”
PakTua seperti berfikir dan mengira.
“Entah...rasanya terlalu lama.....sangat lama...”PakTua memandang bulan yang bulat bercahaya.
“PakTua..lari dari seseorang ke? Atau PakTua pernah buat kesalahan hingga bersembunyi disini ?PakTua tidak teringinkah melihat dunia luar ?”Soalan Daniel bertalu.
“Hamba sudah puas melihat dunia ,dari negara yang punya dewa-dewa hingga ke negara yang punya maharaja kecil matanya.Hamba kenal saudagar terkenal dari Masai,hamba kenal Balaputradewa.Hamba menyaksikan kemasyuran perdagangan negara hamba.Kita sudah berada dibibir dunia.”PakTua merasa megah seketika.Daniel terdiam .Keliru masih bersilang-seli difikirannya.
“Seperti soalan anak muda tadi adakah hamba melarikan diri ?”PakTua terdiam sebentar.Daniel sabar menanti jawapan dari tadi.
“Mungkin ....hamba cuba lari dari perasaan bersalah,kerana cintakan negara dan sayangnya hamba pada bangsa.Takut bangsa hamba hilang didunia ,tak mahu bangsa hamba menjadi berangasan ,bertindak tanpa berfikir.Mengikut hati tanpa simpati hingga hamba sanggup mengorbankan saudara senama sendiri.”suara PakTua bersisa kesal.
“Jadi PakTua dan Melor  bawa diri  kesini ? Kenapa tidak pergi ke tempat lain?Kenapa mesti tempat  yang terpencil?” Daniel masih ingin tahu.
“Hamba terlalu masyghul,hamba ingin kembali ketempat dimana semua cita-cita tercipta bersama mereka.Mereka yang hamba cintai .”PakTua memusingkan badannya dan berhadapan dengan Daniel.
“Bila samsara bertapa di jiwa tiada yang lebih baik dari memulihkannya kembali dengan pulang keasal”
“Bapak ini airnya silakan pak”Melor masuk dan menghulurkan batok berisi air akar kayu.
“Melor adalah anak kepada saudara senama hamba.Sebagai menebus kesalahan,hamba menjaganya.”Mata PakTua masih memandang Melor di pinggir gua.Mata Daniel juga mengerling,tersimpul senyum dibibir.PakTua memandang Daniel .
“Embun jantan akan menitik tidak lama lagi ,anak muda perlu turun ke kaki bukit segera .Takut nanti anak muda tidak rela meninggalkan “puteri” didalam gua ini kerana edan kesmaran mula menerjah jiwa .” Perli PakTua sambil tersenyum dan berlalu kedalam. Melor yang duduk di pinggir gua hanya tersenyum sipu sambil mengipas bara dibawah periuk tanah.
Dingin terasa kini.
“Melor ...”Paktua memanggil.
“Sila hantar pemuda bermata biru itu turun “
“Baik pak”Melor menurut.
“Anak muda sila ikut Melor dan ....”PakTua menghulurkan satu bungkusan dibaluti kain kuning.
“Ambillah ini....hamba rasa sudah tiba masanya ianya dikembalikan ke kaki gunung.”PakTua menghulurkannya pada Daniel
“Apa ini PakTua ?”Tanya Daniel sambil menyambutnya perlahan.
“Lambang. Lambang kemegahan,lambang ketamakan dan lambang ketandusan ilmu didalam diri juga lambang cintakan duniawi.Hamba pernah membuangnya dahulu tapi selang beberapa hari kemudian hamba turun untuk mengambilnya kembali,gusar hati hamba apabila memikirkan jika ianya jatuh ketangan manusia yang tidak punya jiwa .Percayalah tiada sakti padanya,cuma bila berada di tangan yang salah kemegahan jadi bertepu didalam dada.”PakTua memandang kelangit.Bulan mula separa seri,mungkin tiba masanya untuk pergi,giliran mentari munculkan diri.
“Saya pergi dulu PakTua” Daniel bersalam dengan PakTua.
“Mari tuan hamba”Melor mendahului jalan.
“Terima kasih PakTua kerana sudi menjaga saya buat seketika “ ucap Daniel sebelum beredar.
PakTua hanya tersenyum.
Melor dan Daniel menyusuri lembah yang tiada nama ,tersembunyi didalam hutan belantara.
“Melor...bagaimana kehidupan Melor diatas sana ?” Tanya Daniel memecah sunyi .
“Biasa saja ,hamba suka .Tenang....”Melor menoleh .
“Kenapa tuan hamba ? gusar untuk berjauhan dengan hamba?”Melor menduga jiwa Daniel.
Daniel senyap.Terlalu sayang untuknya melepaskan gadis melayu yang begitu asli cantiknya,lembut ayat mengusik perasaan setiap kali Melor bersuara.
“Daniel! Daniel! “’Sayup suara kedengaran memanggilnya bertalu-talu.
“Kalian aku disini !!! “Jerit Daniel.
“Tuan hamba rasanya hamba perlu pergi,embun jantan sudah menitik kebumi.Hamba perlu pulang segera”Melor memusingkan belakangnya untuk pulang.
“Nanti dulu Melor ,bagaimana kita boleh bersua lagi “Dada Daniel merasa sungguh berat untuk melepaskan Melor .
Melor tersenyum lalu memandang ke langit.
“Tuan hamba hanya boleh bertemu dengan hamba bila purnama berada dipuncak “Melor terus berlalu.
“Melor..Melor”Daniel memanggil berulang kali.
“Daniel mana kau menghilang,aku dan yang lain puas mencari “Kata Zubir sambil menarik lega.
Daniel menoleh mencari Melor namun Melor dengan pantas menghilangkan diri .
“Daniel!”Khairul mengoncangkan badannya.
“Eh lain benar pakaian kau ,mana kau dapat?”
Soalan demi soalan yang ingin di ungkai oleh mereka membuatkan fikiran Daniel bercelaru ,mulutnya gagal berkata.Kelu. Semuanya seperti mimpi.
“Sudah-sudah mari kita bawa Daniel turun ,dia pasti penat kerana semalaman berada di puncak ini “Kata encik Lokman pensyarah mereka.
Daniel merenung ke luar jendela ,cahaya mentari tidak mengundang senyumnya. Mungkin dia rindukan hadirnya purnama akan tetapi hanya dipuncak,disini biarpun purnama bersinar terang namun masih belum mampu menjelmakan Melor.
“Daniel kamu bagaimana ?”Tanya encik Lokman sebaik saja  masuk ke bilik rawatan.
“Baik saja encik Lokman saya sihat saja ,bolehkah saya keluar hari ini ?”
“Boleh ..ibu kamu akan datang sebentar lagi ,tapi bolehkah saya bertanya sesuatu ?”Encik Lokman duduk di hujung katil Daniel sambil membetulkan cermin matanya.Daniel mengangguk perlahan.
“Ketika kamu di periksa oleh pihak hospital subuh tadi ,beg kamu terjatuh semasa Zubir mahu membawanya pulang ke asramah dan tiba-tiba satu bungkusan berwarna kuning terkeluar dari dalamnya.”Encik Lokman berhenti berkata seketika.Dia menarik nafas.Daniel mendengar dengan teliti.
“Setelah di buka ianya adalah sebilah keris”
“Keris?PakTua kata ianya adalah lambang”Daniel cuba mengingati kata-kata terakhir PakTua.
“Lambang?”Encik Lokman berdiri lalu berjalan menuju ke jendela.Daniel hanya memerhati encik Lokman memandang kejendela.
“Saya ada menghantar keris itu untuk di kaji dan benar apa yang saya fikirkan.Ianya bukan keris biasa.Hulu keris bercorak daun emas,pendokoknya lurus dan sampirnya dari kayu yang jati .Terlalu halus buatannya.”Ayat itu tergantung seketika.
“Maksud encik Lokman?”Daniel semakin tidak sabar hendak tahu.
“Itulah Keris Taming Sari yang asal”Encik Lokman menoleh memandang Daniel diatas katil.
“Keris Taming Sari?”Daniel terkejut.
“Saya benar-benar ingin tahu ,dimana awak menjumpainya?Encik Lokman menghampiri Daniel.
“Dari PakTua ,Melor anaknya yang menjumpai saya terlena dibawah pohon lalu mengajak saya untuk pulang berehat dirumahnya.Didalam gua di lereng gunung ,situlah saya berjumpa dengannya dan keris itu diberikan kepada saya.Katanya sudah tiba saatnya keris itu di kembalikan ke kaki gunung.”Daniel cuba merungkai satu-persatu ingatan yang masih segar .
“PakTua?Melor? Saya sudah pergi ke gua yang kamu ceritakan ,tapi tiada siapa.Bahkan Zubir dan Khairul tidak menemui apa-apa melainkan busut batu didalamnya.”Terang encik Lokman lagi.
“Tiada?”Daniel tercenggang.
“Tuan hamba hanya boleh bertemu dengan hamba bila purnama berada dipuncak “Kata-kata Melor terniyang-niyang ditelingannya.Oh tidak....bukan ditelinga tetapi didalam mindanya.
PakTua?
Melor?
Saudara senama?
Lambang?
Keris Taming Sari?
Daniel mengalihkan pandanganya keluar jendela

Ulasan

Catatan Popular