Berdamai dengan takdir
Nayla, seorang gadis yang begitu cantik dan menawan, memiliki tubuh yang langsing dan tinggi lampai. Hanya dengan berjalan, ramai yang akan terhenti melihatnya. Rambutnya yang panjang mengurai menjadikan ramai terpesona, itulah kecantikan sejati wanita dari Asia Tenggara. Namun, kisah hidupnya tidak seindah rupa. Dia terpaksa menggalas dua pekerjaan sebagai guru tadika dan tukang masak di kedai milik bapa saudaranya.
Pak cik Nayla seorang yang garang dan sering mengugut dia serta neneknya yang sudah tua. Sebuah tanah pusaka telah tergadai disebabkan hutang bapa saudaranya. Kerana itulah, Nayla berjanji kepada neneknya untuk menebus kembali tanah itu, lantas dia terpaksa bekerja keras.
Nayla mempunyai seorang kekasih yang amat disayanginya, Fendy. Dia sentiasa ada menemani Nayla saat gadis itu kesedihan dan kesusahan. Mereka sudah berkawan sejak kecil hinggalah dewasa. Fendy mempunyai kedai runcit milik keluarganya. Setiap hari, dia akan menemani Nayla ke tadika dan selepas Nayla pulang dari kerja di kedai pak ciknya pada sebelah malam.
"Fendy," tegur Nayla dengan lembut di hadapan pintu di atas rumah kayu . , bersedia untuk ke tadika.
Fendy menoleh dan hatinya riang melihat senyuman Nayla yang begitu manis.
"Dah siap?" tanya Fendy dan Nayla mengangguk perlahan.
Setelah menghantar Nayla ke tadika, Fendy terus ke kedainya.
"Baru hantar Kak Nayla ke, bang?" tegur Ivan, adik Fendy.
"Ya," jawab Fendy pendek sambil membuka laci dan mengeluarkan resit-resit untuk disemak.
"Kahwinlah abang dengan Kak Nayla tu, nak tunggu apa lagi? Masing-masing dah nak masuk umur 25," cadang Ivan.
"Bukan tak nak, kalau ikutkan hari ini juga abang ajak Kak Nayla kahwin, tapi dia nak kumpul duit dulu untuk tebus tanah pusaka," terang Fendy sambil membelek-belek resit di atas meja.
Malam semakin terasa dingin. Seperti biasa, Fendy setia menunggu Nayla di hadapan kedai makan. Nayla keluar dan tersenyum melihat Fendy menunggunya. Mereka berjalan beriringan sambil ditemani cahaya bulan. Kedua-duanya mendongak memandang langit yang indah.
"Nayla, saya nak beri sesuatu pada awak," kata Fendy sambil menghulurkan beg kertas di tangannya.
"Apa ni?" tanya Nayla lalu mengambilnya.
"Komputer riba?" Nayla terkejut apabila dia membuka beg tersebut.
"Secondhand. Komputer riba ini boleh buat ilustrasi juga. Awak kan nak tulis buku kanak-kanak," kata Fendy lagi.
Nayla tersenyum. "Terima kasih, Fendy. Awak sentiasa ingatkan saya tentang impian saya tu. Saya nak buat buku yang boleh menjadi bacaan tidur kanak-kanak." sambung Nayla.
"Dan bolehlah kita bacakan untuk anak kita sebelum tidur nanti," usik Fendy sambil menjeling manja pada Nayla, membuatkan Nayla tersipu malu.
"Nayla…" Fendy memanggil, lalu Nayla menoleh.
"Andai kata suatu hari nanti saya tiada, awak tengoklah bulan, saya ada di sana. Dan jangan sesekali lupakan impian awak, ya," kata Fendy sambil melihat bulan yang terang di awan yang gelap.
Nayla mengerutkan dahinya. "Kenapa cakap macam tu? Awak nak pergi mana?" tanya Nayla kehairanan.
Fendy tersenyum. "Manalah tahu andai saya pergi dulu." Suara Fendy semakin perlahan.
Nayla menjadi kebingungan, tetapi dia hanya mendiamkan diri.
Kehilangan
Nayla
membuka surat pajak tanah dan seutas gelang tangan emas. Semuanya peninggalan
neneknya.Kenangan dengan neneknya sebelum meninggal dunia, menjengah kembali.
"Nayla,
jika nenek sudah tiada, ini untuk kamu," kata neneknya sambil menyerahkan
sebuah kotak berisi surat tanah dan gelang tangan itu.
Nayla
menyambut perlahan lalu membukanya. "Apa ini, nenek?" tanya Nayla
kehairanan.
"Ini
surat tanah pusaka, milik keturunan kita. Dan ini gelang. Jika kamu kahwin
nanti, pakailah," terang neneknya.
"Ish,
nenek ni... Nayla belum mahu berkahwin lagi. Fendy pun belum bersedia,"
balas Nayla, dengan perasaan malu-malu
"Nayla...
ingat, dengan sesiapa pun kamu berkahwin, kamu wajib patuh pada suami. Jodoh
ini adakalanya bukan seperti yang kita rancang," kata neneknya lagi.
Air mata
Nayla bergenang. Kini surat tanah yang itu bertukar menjadi surat pajak kerana
bapa saudaranya. Nayla nekad untuk mendapatkan kembali tanah pusaka itu.
"Nayla
janji akan dapatkan kembali tanah kita, nenek," bisik Nayla kepada dirinya
sendiri.
Pagi itu,
suasana sepi. Fendy tiada. Nayla kehairanan. Selalunya, Fendy yang akan muncul
terlebih dahulu. Nayla tercari-cari Fendy. Dia terus duduk di serambi rumah,
memerhati sekeliling, mencari kelibat Fendy.
Hampir
Nayla terlewat ke tadika. Dia terus berjalan laju, mengejar waktu kelas
mengajarnya. Sudah hampir pukul 10 malam, Fendy masih tidak muncul. Hati Nayla
mula dilanda risau.
"Mana
Fendy ni?" bisik Nayla sambil sesekali melihat telefon di tangannya. Tiada
balasan untuk semua pesanan yang dihantar. "Mungkin dia ada urusan
keluarga," kata Nayla sendirian dan dia pun berjalan pulang tanpa ditemani
cahaya bulan.
"Nayla..."
Ivan memanggil Nayla dengan suara yang bergetar. Matanya bengkak dan merah.
Nayla
yang sedang mengemas tadika selepas tamat mengajar berasa bimbang.
"Ivan... kenapa ni?" tanya Nayla dengan hati yang berdebar.
"Fendy...
Fendy kritikal di hospital. Dia kemalangan," air mata Ivan jatuh.
Jantung
Nayla hampir berhenti. Dia terus bergegas ke hospital. Apabila sampai, semua
orang sedang menunggu Nayla. Kelihatan Fendy tidak bergerak dan badannya
dipenuhi luka.
"Nayla,
pergilah bercakap dengan Fendy buat kali terakhir," kata ibu Fendy sambil
menangis.
Perlahan-lahan
Nayla berjalan mendekati Fendy dan duduk di sisinya. "Fendy, Nayla datang.
Fendy, bangunlah," kata Nayla sambil air matanya jatuh. " Awak kata
nak bacakan buku yang saya hasilkan untuk anak-anak kita nanti,Fendy...
bangunlah," tangis Nayla.
Tiada
sebarang tindak balas dari Fendy, kecuali air matanya yang mengalir.
Langit
mendung, tiada hujan tiada matahari. Kelam, sekelam dunia Nayla kini. Fendy
sudah tiga bulan meninggal, tetapi Nayla masih tidak mampu menerima kenyataan
itu. Setiap malam, Nayla akan melihat langit, sambil menunggu bulan. Apabila
bulan mula menjelma, Nayla mula rasa gembira. Baginya, Fendy ada di situ.
"Ha,
muncul pun. Ingat dah tak nak teman Nayla pulang ke rumah," kata Nayla
sambil berjalan melihat bulan selepas pulang dari kedai makan bapa saudaranya.
Cahaya
bulan begitu terang, menerangi malam Nayla yang kian gelap.
"Nayla,
tolong. Pak cik kamu ditangkap samseng," mak cik Nayla muncul di hadapan
pintu rumah Nayla pada pagi Ahad.
"Samseng?"
Nayla terkejut.
"Samseng
tu kata pak cik kamu berhutang dengan mereka $8,000. Pak cik kamu ni mesti
kalah judi lagi. Tolonglah kami, Nayla. Dia satu-satunya pak cik kamu, dan
sepupu kamu masih kecil lagi jika mereka hilang ayah," pujuk mak cik Nayla
sambil menangis teresak-esak.
Nayla
terdiam. Dia hanya seorang gadis biasa. Bagaimana dia mahu berdepan dengan
samseng? Akhirnya, dia memutuskan untuk bertemu muka dengan samseng tersebut,
dengan harapan dapat berbincang.
"Baiklah,
beri Nayla alamatnya," kata Nayla.
Petang
itu, Nayla membawa kad banknya, terpaksa menggunakan duit simpanan yang ingin
digunakan untuk menebus tanah. Dia memasuki sebuah rumah kedai yang menjual
peralatan kereta mewah. Hati Nayla berdegup kencang. Dia mula takut.
Saat melangkah
masuk, Nayla melihat bapa saudaranya diikat dan terdapat luka di kepalanya.
"Pak cik!" jerit Nayla.
"Woi!"
sergah seorang lelaki yang kemas memakai baju kemeja dan jacket.
Nayla
berhenti melangkah. Dia kini dikelilingi sekumpulan lelaki yang bersenjatakan
kayu, besi dan pisau. Nayla mula panik.
"Kau
siapa?" tanya seorang lelaki yang berwajah tampan seperti pelakon hero
China, duduk di tengah-tengah antara lelaki-lelaki yang lain.
"Saya
Nayla, saya nak bawa pak cik saya pulang," jawab Nayla tergagap-gagap.
Lelaki
itu berjalan menghampiri Nayla, dan perlahan-lahan Nayla mengundur. Dia
ketakutan.
"Kau
tahu dia berhutang dengan kami?"
Nayla
mengangguk. Dia mengeluarkan kad banknya dan menghulurkan kepada lelaki
tersebut dengan kedua-dua tangannya.
"Saya
cuma ada $5,000, tapi saya janji saya akan bayar selebihnya nanti," kata
Nayla.
Tawanya
meledak. Semua orang ketawa.
"$5,000
nak buat apa? Aku nak semua duit yang dia pinjam. Kalau tidak, kami boleh ambil
organ dia dan jual, itu lebih untung," kata lelaki tersebut sambil
membelakangkan Nayla.
Nayla
terus melutut. "Tolonglah, lepaskan pak cik saya. Dia satu-satunya ahli
keluarga saya yang ada. Tolonglah lepaskan dia, saya sanggup buat apa
sahaja," rayu Nayla lagi.
Lelaki
yang membelakangkannya itu menoleh dan melihat Nayla sambil mengerutkan dahi,
seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Matanya memandang Nayla atas bawah,
berkali-kali.
"Kau
belajar sampai mana?" tanya lelaki itu.
Nayla
terkejut dengan soalan itu. Dia tergagap-gagap hendak menjawab. "Saya...
saya belajar hingga universiti," kata Nayla.
"Universiti?
Kursus apa?" tanya lelaki itu lagi.
"Pendidikan
Awal Kanak-kanak," sambung Nayla.
Tiba-tiba,
lelaki itu mendengus dan tersengih sinis. "Baiklah, kalau begitu. Aku nak
kau kahwin dengan aku."
Nayla
terus mengangkat kepala, terkejut. "Kahwin?"
"Ya,
kahwin. Jangan risau, perkahwinan kita cuma di atas kertas. Kau bukan taste aku pun, aku dah ada teman
wanita," katanya.
"Kenapa
tuan tak kahwin saja dengan dia?" soal Nayla, pelik. Sudah ada teman wanita,
mengapa tidak menikahinya?
"Keluarga
aku mahukan aku kahwin dengan pilihan mereka. Aku tak nak ikut, jadi syaratnya
mudah. Aku perlu bergelar suami orang selama setahun. Kalau tiada zuria hingga
tempoh tu , kita akan rasmi bercerai. Pada waktu itu, aku boleh kahwin dengan
perempuan yang aku pilih. Kau setuju?" Lelaki itu berjalan ke arah Nayla,
setapak demi setapak. Nayla mula rasa gerun.
Dia
menundukkan muka, tidak mahu bersetuju. Ia umpama mencari bahaya sendiri. Nayla
terus berfikir cara untuk melepaskan diri.
"Kalau
kau tak setuju, baiklah... Pukul lelaki tu!" ugut lelaki itu.
"Baiklah,
saya setuju!" Terpaksa, dia sudah tidak sempat berfikir apa-apa lagi.
"Baik,
esok kita ke pejabat pendaftaran dan menandatangani kontrak." Lelaki itu
membelakangkan Nayla sambil tersengih dan terus keluar bersama yang lain.
Nayla
terduduk. Air matanya jatuh sambil melihat pak ciknya yang pengsan dipukul.
Surat
perkahwinan dan kontrak berada di tangan Nayla. Mereka berdua berdiri di
hadapan pejabat pendaftaran. Nayla rasa sebak. Sepatutnya nama Fendy yang
tertera di situ sebagai pasangan, bukan nama Daniel.
"Mari
kita pergi ke rumah keluarga aku. Mereka mesti suka kau. Mereka ini suka yang orang
kampung yang tak ada style ni," perli Daniel.
Nayla
tidak berkata apa-apa, dia hanya menurut.
Sebuah
rumah agam tersergam indah. Beberapa orang pembantu rumah keluar menyambut
mereka. "Selamat pulang, tuan," kata salah seorang pembantu lelaki
yang memakai sut kemas.
"Mereka
semua di mana?" tanya Daniel.
"Semua
sedang menunggu tuan di ruang makan," jawabnya.
Daniel
mengangguk, mengerti, dan terus melangkah masuk, disusuli Nayla.
Di meja
makan, kelihatan semua ahli keluarga sedang duduk memandang mereka.
"Daniel
sudah balik?" tanya seorang wanita separuh usia yang berpenampilan menarik.
Di sebelahnya seorang lelaki yang sudah berusia dan gempal, tetapi wajahnya ada
iras Daniel.
"Kenapa
terkejut aku balik? Bukan kau suka pun aku balik," balas Daniel sinis.
"Daniel..."
Tiba-tiba lelaki separuh usia di sebelahnya bersuara.
"Ini
Nayla, isteri Daniel. Nayla, itu ayah aku.Sebelahnya perempuan simpanan ayah
aku dulu, sekarang dah upgrade jadi
isteri selepas mak aku tak ada," kata Daniel tanpa perasaan.
"Ehem..."
Bapa Daniel berdehem keras. Daniel tersenyum.
"Sebelah
tu mak cik-mak cik aku, Aunty Ira dan Aunty Mey. Adik-beradik ayah
aku," Nayla tersenyum dan menunduk tanda hormat.
"Cantik...
Duduk, Nayla," puji mak tiri Daniel sambil menjemput Nayla duduk.
"Kamu
bekerja sebagai apa, Nayla?" tanya mak cik Ira.
"Saya
cikgu tadika," jawab Nayla pendek dan lembut.
"Daniel,
mari ikut ayah. Ada perkara yang hendak dibincangkan." Bapa Daniel bangun
bersama tongkatnya. Daniel berdiri dengan malas, enggan mengikut ayahnya.
Di Sebalik Kehidupan Baharu
Di bilik
bacaan
"Daniel,
kamu berkahwin dengan cikgu tadika ini kerana kamu sudah mengalah dengan ayah?
Ayah takkan benarkan kamu berkahwin dengan Suzy," kata bapa Daniel.
"Tidak...
Saya tetap akan berkahwin dengan Suzy.
Ayah sendiri kata, jika perkahwinan pertama saya tidak menjadi dan tiada zuriat
dalam masa setahun, Ayah akan benarkan saya berkahwin dengan sesiapa sahaja
yang saya mahu," balas Daniel sambil duduk, matanya memandang bapanya yang
berdiri di hadapan tingkap.
"Degil!"
bisik bapa Daniel, mengalah.
Di ruang makan
Nayla
duduk berdiam diri, sementara mak cik-mak cik dan ibu tiri Daniel
berbisik-bisik sesama sendiri.
"Nayla,
nama kamu Nayla, bukan?" tanya Mak Cik Ira, memecah kesunyian. Nayla hanya
mengangguk perlahan.
"Kamu
kahwin dengan Daniel sebab dia bayar kamu, kan?" Mak Cik Mey pula
bertanya. Nayla hanya senyap.
Mata Mak
Cik Ira dan Mak Cik Mey mengerling ke arah ibu tiri Daniel.
"Nayla,
kamu perlu berikan zuriat kepada keluarga ini dalam masa setahun. Ingat, setiap
bulan kami akan adakan makan malam dan kamu wajib hadir, walaupun tanpa
Daniel," arah ibu tiri Daniel.
Nayla
mengangguk perlahan. Dia tahu perkara itu mustahil untuk berlaku.
Daniel
dan Nayla memasuki sebuah kondominium mewah. Nayla memegang beg pakaiannya.
Seorang wanita separuh usia menyambut mereka di hadapan pintu.
"Tuan
Daniel," sapanya.
"Mak
Cik Lin, ini Nayla, isteri saya," Daniel memperkenalkan Nayla.
"Hai,
saya Mak Cik Lin," kata Mak Cik Lin sambil tersenyum. Nayla menunduk
hormat.
"Ini
Mak Cik Lin. Dia pembantu rumah di rumah besar tapi aku suruh darang sini,
tetapi dia hanya akan datang dari pukul 9 pagi hingga 4 petang, kecuali Sabtu
dan Ahad. Kau duduk sahaja di rumah ini, dan setiap bulan aku akan beri kau
$3,000 sebagai upah menjadi isteri aku, faham?" kata Daniel dengan angkuh.
"Faham,
Tuan," jawab Nayla perlahan. Sebaik sahaja Nayla mengiyakan, Daniel terus
keluar meninggalkan Nayla dan Mak Cik Lin.
"Daniel
tu baik sebenarnya. Mak cik dah kerja dengannya sejak dia kecil," kata Mak
Cik Lin lembut. Nayla tidak membalas. Dia melihat keadaan rumah yang
serba-serbi lengkap.
"Mari
saya tunjukkan bilik puan," kata Mak Cik Lin.
"Panggil
Nayla sahaja, Mak Cik," lembut Nayla bersuara. Mak Cik Lin tersenyum lalu
mempelawa Nayla ke bilik yang disediakan.
"Ini
biliknya, Nayla," Mak Cik Lin membuka pintu.
"Terima
kasih," Nayla melangkah masuk. Bilik itu lengkap dengan perabot dan
dihiasi indah.Dia merasa sedih
“Apalah
nasib aku ni ?”Kata Nayla bersendirian seolah-olah cuba meniliti takdir
sendiri.
Nayla melangkah ke arah tingkap yang besar.
Dia menyelak langsir dan melihat bulan begitu terang di atas langit. Hati Nayla
bertukar ceria.
"Hai,
Fendy terima kasih ikut saya ke sini," kata Nayla sambil tersenyum.
Matanya mula bersinar.
Setiap
hari Nayla duduk di balkoni, menyiapkan ilustrasi dan menulis buku kanak-kanak.
Setiap petang, dia akan menyiapkan makan malam untuk Daniel, dan menunggunya.
Meskipun tiada perasaan, Nayla tetap ingat statusnya sebagai seorang isteri.
Tambahan pula, pesanan neneknya sentiasa terngiang-ngiang di telinga, "Dengan
siapa pun kita berkahwin, jadilah isteri yang baik."
Hampir
setiap malam, Nayla menunggu Daniel yang tidak pernah pulang. Nayla tidak
pernah merungut atau kecewa. Andai terlalu lewat Daniel tidak muncul, semua
makanan akan disimpannya untuk dijadikan makanan tengah hari keesokanya.
Setiap
malam juga Nayla akan tidur di tepi tingkap. Setiap malam juga , dia akan
melihat bulan dan berbual-bual dengannya. "Fendy, awak tahu saya rindu
kampung. Saya rindu nak mengajar seperti dulu, dan saya rindu nak berjalan
dengan awak setiap hari," kata Nayla sambil menongkat dagu dan melihat
bulan yang terang.
Sudah
enam bulan Nayla tidak melihat Daniel. Setiap kali makan malam bersama keluarga
Daniel, Nayla terpaksa menipu. Dia akan berkata Daniel sibuk. Memang benar Daniel
sibuk. Selain menguruskan perniagaan, dia juga sentiasa bersama Suzy, gadis
kelab malam yang Daniel rasa adalah gadis impiannya.
"Kamu
masih tidak mengandung!" marah Mak Cik Mey. Nayla hanya mendiamkan diri.
"Kamu
ni mandul ke? Atau kamu tidak berusaha untuk mengandung?" sambung Mak Cik
Mey dengan nada marah.
"Nayla,
kamu ada makan ubat perancang ke?" tanya ibu tiri Daniel. Nayla
menggeleng.
"Kamu
sengaja tak mahu mengandung?" Mak Cik Mey marah lagi.
"Daniel
sibuk," jawab Nayla pendek sambil menundukkan wajahnya.
"Nayla,
kalau bulan depan kamu masih belum ada tanda, kamu terpaksa menerima hukuman.
Kamu akan dirotan di belakang rumah dan perlu melutut di hadapan gambar
keluarga semalaman. Itu tradisi keluarga ini," ugut Mak Cik Ira.
Nayla
memejamkan matanya. Dia sudah sedia untuk menerima takdir yang menyakitkan.
Di sebuah kelab malam, Daniel sedang berpesta ria bersama rakan-rakan
dan Suzy. Fikirannya tidak sedikit pun terlintas pada Nayla, apatah lagi untuk
mengambil tahu.
Nayla
membungkus makanan di atas meja. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Seperti
biasa, Daniel tidak pulang. Dia menyimpan semua makanan dan terus ke biliknya.
Langsir diselak. Bulan terang memancar di langit yang sepi.
“Hai,
Fendy. Saya tak sabar nak balik kampung,” bisik Nayla perlahan. “Saya rasa
kosong di sini, tapi nasib baik awak ada. Hari lahir saya tak lama lagi. Setiap
tahun awak mesti beli sepotong kek untuk saya, dan kita tiup sama-sama. Tapi
tahun ni... mungkin tak ada.”
Suara
Nayla perlahan. Dia bersandar di tiang cermin tingkap sambil melihat bulan
sehingga terlelap.
“Tuan
Daniel,” suara Mak Cik Lin kedengaran di telefon.
“Ya, Mak
Cik Lin? Kenapa, ada masalah?” tanya Daniel, sibuk menandatangani dokumen di
hadapannya.
“Bulan
depan hari lahir Puan Nayla.”
“Kenapa dengan
dia?” Suara Daniel menjadi hambar bila mendengar nama Nayla.
“Tuan nak
raikan dengan dia? Sekali-sekala, Tuan. Puan Nayla tak pernah buat masalah,
malah setiap bulan dia tolong cover Tuan bila Tuan tak ada pada sesi makan malam
keluarga,” terang Mak Cik Lin.
Daniel
menarik nafas dalam, berfikir sejenak. “Baiklah, nanti saya ajak dia makan
malam di restoran,” katanya pendek.
“Baik,
Tuan!” Suara Mak Cik Lin kedengaran ceria. Dia menyukai Nayla, yang begitu
lembut dan baik hati. Namun, dia juga perasan Nayla sering sakit kepala dan
kelihatan lemah, walaupun Nayla sering sibuk melukis di balkoni dengan komputer
ribanya.
Bulan Saksi Penderitaan Nayla
"Kamu
masih tidak mengandung!" Suara Mak Cik Mey yang marah kedengaran. Nayla
tunduk. Dia sudah menjangka akan dihukum sebaik sahaja keluar dari kereta tadi.
“Mari!”
Mak Cik Ira menarik lengan Nayla, menuju ke taman belakang rumah lalu
menolaknya agar melutut di hadapan air pancut. Sebatang rotan di tangan Mak Cik
Mey, sementara ibu tiri Daniel hanya tersenyum sinis.
Pap! Pap!
Pap!
Beberapa
libasan di belakang Nayla. Dia hanya menahan kesakitan. Dia mendongak memandang
langit. "Jangan risau, Fendy, saya mampu bertahan," kata Nayla dalam
hati, matanya melihat bulan yang suram di hadapannya.
Semalaman
Nayla dipaksa melutut di hadapan potret ahli keluarga Daniel. Dia tidak
menangis dan tidak sedih kerana dia sudah bersedia menerima segala kekecewaan
daripada mak cik-mak cik Daniel. Pak Cik Sam masuk dan membantunya bangun.
Dialah orang yang bertanggungjawab membawa Nayla ke rumah keluarga Daniel dan
membawanya pulang selepas sesi makan malam keluarga.
“Nayla,
ingat! Kalau bulan depan kamu masih belum ada tanda-tanda mengandung, kamu akan
kena lagi,” Mak Cik Mey memberi amaran. Nayla bangun perlahan-lahan sambil menahan
sakit.
Di rumah, Mak Cik Lin terkejut melihat keadaan Nayla. Dia
berasa geram dan marah pada mak cik-mak cik Daniel.
“Ini satu
penganiayaan!” marah Mak Cik Lin sambil membuka kotak ubat.
Nayla
tersenyum nipis. “Tak apa, Mak Cik Lin, saya baik-baik sahaja,” pujuk Nayla.
Mak Cik
Lin terus mengambil telefon untuk mengadu kepada Daniel, tetapi dihalang oleh
Nayla.
“Jangan,
Mak Cik. Tak perlu mengadu pada Daniel,” kata Nayla lembut.
“Kenapa?
Kamu dilayan begini. Daniel perlu tahu!” Mak Cik Lin membantah.
“Tak apa.
Daniel sibuk tu. Biarkan, jangan risau, saya okey,” sekali lagi Nayla memujuk.
“Baiklah,
mari mak cik sapukan ubat ini. Ia boleh hilangkan luka-luka di badan kamu dan
tidak akan tinggalkan parut,” Mak Cik Lin mengambil sebotol ubat dari kotak itu.
Nayla
membuka bajunya dan membelakangkan Mak Cik Lin. Dia mengetap bibir menahan
sakit saat ubat mula disapu ke kulitnya.
Seperti
biasa, langsir dibuka. Bulan jelas kelihatan di matanya. "Awak risaukan
saya?" tanya Nayla sambil tersenyum. "Awak jangan risau. Selagi awak
ada, apa sahaja kesakitan saya sanggup hadapi," Nayla duduk menyandar di
tingkap sambil memandang bulan. "Dah tak lama saya di sini. Saya akan
pulang ke kampung. Jangan risau, okey?" Nayla tersenyum.
Malam Ulang Tahun yang Sepi
Tiba-tiba,
Daniel menghantar pesanan ringkas. Ini kali pertama dia menghubungi Nayla.
"Datang
ke Restoran Castle pukul 8 malam ini - Daniel."
Nayla
membaca pesanan tersebut. "Mak Cik Lin, Restoran Castle di mana?"
tanya Nayla.
“Oh,
restoran mewah tu. Kalau tak silap, dekat sahaja dari sini. Berdekatan dengan
tasik di simpang sana. Kenapa, kamu mahu ke sana?” tanya Mak Cik Lin.
Nayla menjawab ringkas, "Daniel suruh saya ke
sana."
"Oh...
dia nak sambut hari jadi kamu!" kata Mak Cik Lin dengan gembira. Nayla hanya
diam, tidak membalas.
Setibanya
Nayla di restoran, dia dibawa ke meja yang ditempah Daniel, betul-betul di tepi
tingkap. Tepat pukul 8 malam, Nayla menunggu Daniel.
Pada masa
yang sama, Suzy merajuk apabila
dia tahu Daniel ingin menyambut hari jadi Nayla, lalu dia berpura-pura sakit.
"Daniel,
I tak sihat..." rengek Suzy manja, meminta perhatian.
"You
nak I bawa jumpa doktor?" Daniel
duduk sambil memegang tangan Suzy.
"I
nak you temankan I malam ni," pinta
Suzy lagi. Daniel terdiam, kemudian dia bersetuju. Fikirnya, Nayla tidak
penting.
"Baiklah...
I temankan you," kata Daniel. Suzy terus memeluknya.
Hampir
pukul 9:30 malam, Daniel masih tidak muncul. Nayla tidak berganjak dari tempat
duduknya.
"Puan,
sudah 9:30 malam. Boleh kami sediakan makanan? Dapur kami akan mula tutup
operasi dalam masa satu jam," kata pelayan. Nayla hanya mengangguk.
Saat
hidangan pertama sampai, tiba-tiba Nayla nampak bayangan bulan muncul di
permukaan air dalam gelas di hadapannya. Nayla mendongak memandang ke tingkap.
"Fendy..." bisik hatinya girang. Malam ini, dia akan makan malam bersama
bulan yang indah.
"Puan,
Tuan Daniel ada menyediakan sepotong kek untuk hari jadi puan. Boleh kami
hidangkan sekarang?" tanya pelayan.
"Boleh
bungkuskan untuk saya, dan boleh berikan lilin serta mancis sekali?" tanya
Nayla lembut.
"Boleh,
puan," jawab pelayan tadi.
Makan
malam Nayla sudah pun dibayar oleh Daniel semasa dia membuat tempahan tengah
hari tadi. Nayla pulang berjalan kaki dan berhenti di tepi tasik. Dia duduk di
sebuah bangku di bawah sepohon pokok berbunga di situ. Dia mengeluarkan kek
tersebut lalu menyalakan lilin.
"Fendy,
jom kita tiup sama-sama," Nayla mengangkat kek itu, menghalakan ke arah
bulan di langit.
Tiba-tiba,
angin menghembus lembut bersama tiupan Nayla. Beberapa kuntum bunga jatuh gugur
dari atas. Nayla tersenyum gembira. Dia mengambil sekuntum bunga yang jatuh di
atas pehanya lalu menciumnya perlahan.
Penampilan yang Memukau
Pap! Pap!
Pap!
Beberapa
libasan rotan singgah di badan Nayla. Seperti biasa, Nayla hanya menahan sakit
tanpa tangisan. "Kamu ni mandul agaknya! Susah sangat nak
mengandung!" marah Mak Cik Ira. Ibu tiri Daniel hanya tersenyum mendengar.
Nayla bangun perlahan-lahan dan menuju ke ruang potret keluarga Daniel untuk
melutut.
Keesokan
harinya, ketika Pak Cik Sam datang untuk mengambil Nayla, ibu tiri Daniel
muncul.
"Ini
kad jemputan untuk majlis lelongan amal. Sebagai isteri Daniel, kamu harus
pergi." Ibu tiri Daniel menghulurkan sekeping kad.
Pak Cik
Sam membantu Nayla bangun, dan Nayla menyambut kad tersebut.
"Aku
dah beritahu Daniel yang kamu akan hadir dan ingat, pakai cantik sikit. Kamu
ahli keluarga ini, jangan nampak macam pengemis," katanya sinis.
Nayla
tidak berkata apa-apa. Dia hanya senyap dan berjalan terhincut-hincut kerana kakinya
begitu sakit akibat melutut semalaman.
"Saya
tak tahu nak pakai apa, Mak Cik Lin," kata Nayla saat Mak Cik Lin menyapu
ubat di belakangnya.
"Majlis
ini besar, ramai orang ternama hadir. Tak apa, biar Mak Cik uruskan dari hujung
rambut hingga hujung kaki," katanya sambil menyapu dan meniup ubat di
belakang Nayla.
Nayla
mengenakan baju lace hitam, berkorset di dalam, dan
berkain pario. Ia
menyerlahkan bentuk badan Nayla yang kurus dan tinggi. Rambutnya disanggul
rapi. Bulu matanya lentik panjang dan bibirnya dioles gincu pink gold.
"Cantiknya
kamu, Nayla... Kenapalah Daniel tidak nampak betapa cantiknya kamu," puji
Mak Cik Lin, kagum dengan transformasi Nayla hasil sentuhan tangannya.
"Mak
cik ni suka puji Nayla. Saya biasa-biasa saja orangnya," Nayla merendah
diri.
"Pak
Cik Sam dah sampai, Nayla," beritahu Mak Cik Lin apabila menerima
panggilan telefon dari Pak Cik Sam.
"Saya
pergi dulu, Mak Cik Lin," Nayla memohon diri.
"Baiklah,
hati-hati," pesan Mak Cik Lin sambil tersenyum.
Daniel
dan Suzy berada di majlis tersebut. Tangan Suzy memaut pada lengan Daniel, dan
mereka berbual-bual dengan tetamu yang hadir.
"I see a
love bird
here," kata Mark, kawan Daniel. Mereka berdua tersenyum.
"I
dengar hari jadi you hari ini. Daniel dah sediakan bunga api untuk you
nanti," kata Mark lagi.
"Ya
ke, sayang?" tanya Suzy manja.
"Of course, untuk you, i buat apa
saja," kata Daniel, disambut ketawa oleh yang lain.
Tiba-tiba,
suara ketawa bertukar senyap. Semua mata memandang Nayla yang turun dari
tangga. Daniel dan Suzy menoleh.
"Nayla..."
Daniel terpukau seketika.
"Well... i rasa jodoh i dah
sampai," kata Mark sambil melangkah terus mendekati Nayla.
Suzy mula
merasa cemburu apabila melihat mata Daniel tidak berkelip memandang Nayla.
"Daniel..."
lengan Daniel digoncang, dan Daniel memandang Suzy. "I nak ke sana
sekejap," kata Daniel lalu berjalan menuju ke arah Nayla apabila melihat
Mark cuba berbual dengan Nayla.
Tangan
kiri Nayla memegang gelas berisi air oren yang dihulurkan oleh pelayan.
"Hai,
saya Mark," tangan Mark dihulurkan untuk bersalaman.
"Saya
Nayla," Nayla tidak menyambut tangan Mark, sebaliknya hanya menunduk tanda
hormat sambil matanya memandang ke
lantai.
"Nayla..."
Suara Daniel kedengaran. Nayla memandang Daniel bersama Suzy.
"Tuan..."
tegur Nayla.
"You
kenal dia?" tanya Mark pada Daniel.
"She's
married,"
kata Daniel pendek.
"Eh... i tak nampak cincin di
jari," usik Mark lagi.
Baru
Daniel perasan dia tidak pernah memberikan cincin perkahwinan kepada Nayla.
Nayla hanya berdiam diri.
Ting!
Ting! Ting!
Loceng
berbunyi, menandakan dewan lelongan telah dibuka. Orang ramai mula menuju ke
dewan.
"Jalan
dekat sikit," kata Daniel sambil berjalan ke arah dewan.
Sebelum
memasuki dewan, mereka akan mengambil nombor bidaan.
"Daniel,
nanti kalau ada barangan kemas yang i nak, boleh?" tanya Suzy.
"Tentu
boleh," kata Daniel sambil menghulurkan nombor bidaan pada Suzy.
Dia
mengambil satu lagi kad bidaan dan memberinya pada Nayla yang berada di
belakangnya.
Kalau nak
apa-apa, angkat saja. Anggap ini hadiah hari jadi," kata Daniel.
Kerusi di
barisan tengah tempat duduk Daniel sudah penuh. Nayla duduk sendirian di
barisan depan sebelah kanan. Dia tidak kisah.
Sesi
bidaan bermula. Setiap kali ada barang kemas, Suzy pasti akan mengangkat kad
bidaannya. Daniel memerhati Nayla yang tidak berganjak dari tadi. Dia hanya
melihat, tanpa menunjukkan minat pada barangan yang dibida.
Suzy
berjaya membida seutas rantai yang bernilai ribuan, tetapi Nayla tidak langsung
mengangkat kadnya. Daniel menjadi pelik. Bukankah semua perempuan gilakan
barang kemas? Nayla benar-benar berbeza. Setelah itu, mereka berkumpul semula
di dewan utama. Nayla keluar ke balkoni untuk mencari udara segar.
Dia
melihat langit, dan tiba-tiba sehelai daun jatuh di bahunya. Nayla menoleh dan
melihat bulan terselit di antara bangunan. "Ingat kita tak nampak dia
menyorok di situ," seloroh Nayla dalam hati sambil tersenyum melihat bulan
yang seolah-olah cuba menyembunyikan diri.
Mata Mark
tidak berkelip memandang Nayla. Daniel mula berasa tidak senang hati. Dia
perasan Mark cuba berjalan ke arah Nayla dan terus memintasnya.
"Kenapa
duduk di luar?" tiba-tiba Daniel bertanya. Nayla terkejut dan terus
menunduk.
"Saya
nak ambil udara segar, tuan," jawab Nayla lembut.
"Kenapa
tak ikut bidaan tadi?" tanya Daniel lagi.
"Tak
ada yang hendak dibeli," jawab Nayla ringkas.
Daniel
memandang Nayla dengan lebih dekat. Nayla mengundur sedikit ke belakang sambil
matanya memandang kaki Daniel.
"Daniel,
I rasa sudah tiba masanya untuk acara bunga api buat Suzy," suara Mark
kedengaran dari belakang. Pintu dibuka untuk orang ramai keluar ke balkoni.
Suzy di belakang Mark terus memaut lengan Daniel. Nayla tidak berasa cemburu,
walaupun Daniel adalah suaminya. Tiada perasaan.
"Nayla,
awak tahu mereka berdua ni kekasih sejati? Tak boleh berpisah," kata Mark
kepada Nayla, sementara Daniel berada di hadapannya.
Pommm...
Pommm... Pommm!
Bunga api
memercik di langit.
"Wah...
cantiknya! Terima kasih, sayang," kata Suzy. Semua orang bertepuk tangan
meraikannya. Daniel hanya tersenyum dan menjeling ke arah Nayla yang hanya
melihat bunga api tanpa sebarang reaksi.
"Dia
isteri kau?!" Mark terkejut ketika datang melawat Daniel dua hari
kemudian.
Daniel
hanya mengangguk perlahan.
"Kau
kahwin dengannya hanya untuk setahun supaya beri ruang kepada Suzy selepas itu?
Kau kahwin hanya untuk memenuhi syarat ayah kau?" tanya Mark bertalu-talu.
Daniel
sekali lagi mengangguk.
"Kau
tiada perasaan pada Nayla? Dia cantik, pinggangnya kecil, matanya besar,
hidungnya mancung," kata Mark sambil mengimbas pertemuannya dengan Nayla
tempoh hari.
Daniel
menjeling dan tiba-tiba berdehem, membuatkan Mark berhenti dari lamunannya.
"Daniel,
selepas setahun saja kau dan Nayla, kan? Selepas itu, aku nak berkenalan
dengannya Boleh? " pujuk Mark lagi.
Daniel
hanya berdiam diri.
Kehadiran tidak diduga
Kepala
Nayla semakin sakit. Dia asyik terbaring dan kerap menangguhkan projek buku
kanak-kanaknya. "Nayla, mari makan bubur," Mak Cik Lin membantu Nayla
untuk bangun dan bersandar.
"Saya
ingat esok nak pergi klinik. Makin kerap pula sakit kepala ni," kata Nayla
dalam keadaan lemah.
"Baguslah,
tetapi esok Mak Cik Lin tiada. Hari Sabtu. Kalau kamu perlukan apa-apa, telefon
saja, ya?" kata Mak Cik Lin sambil mengacau bubur di tangannya lalu
menghulurkan kepada Nayla.
Seperti
biasa, Nayla duduk di meja makan, menunggu Daniel walaupun dia tahu Daniel
tidak akan muncul. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Nayla melihat jam itu, lalu
bangun untuk membungkus semua makanan dan menyimpannya ke dalam peti sejuk.
Tiba-tiba,
pintu dibuka. Nayla memanjangkan lehernya untuk melihat siapa yang datang.
Fikirnya, pasti Mak Cik Lin.
Daniel!
Nayla
terkejut, Daniel pulang.
"Tuan?"
Nayla berdiri tegak memandang Daniel, separuh tidak percaya.
"Kenapa,
aku tak boleh balik rumah sendiri?" tanya Daniel sinis. Nayla tidak
berkata apa-apa. Dia terus mengambil jaket dari tangan Daniel.
"Tuan
nak makan? Saya sediakan," tanya Nayla lembut.
"Boleh
juga," Daniel terus berjalan ke meja makan dan melihat empat jenis lauk
sudah terhidang. Nayla mengambil nasi, lalu meletakkan sudu dan garpu di tepi
pinggan. Daniel terus duduk, dan Nayla berdiri di sebelahnya.
"Duduk
sekali," arah Daniel ketika dia mula menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Nayla
mengambil udang dan mengopekkannya untuk Daniel. Air dituang ke dalam cawan dan
tulang ikan dibuang sebelum diberikan kepada Daniel. Itulah cara neneknya
melayani datuknya dulu, dan Nayla masih ingat hingga hari ini. Daniel hanya
memerhati tingkah laku Nayla terhadapnya.
Selesai
makan, Daniel mandi. Nayla menyediakan tempat tidur untuk Daniel dan dia sudah
pun mengambil bantal serta selimutnya untuk tidur di ruang tamu. Selesai mandi,
Daniel terus baring dan tertidur.
Nayla
berjalan menuju ke balkoni. Dia mengambil selimut dan menyelimuti badannya. Dia
duduk dan memandang langit. Bulan terang bercahaya.
"Fendy,
kenapa awak pergi dulu?" tiba-tiba Nayla bertanya, dia merasa sedih dan
rindu.
Nayla
sedang menyediakan sarapan pagi, dan Daniel telah pun bersiap untuk bermain
golf sebentar nanti..
"Silakan
makan, tuan," pelawa Nayla. Daniel terus duduk.
Nayla
menuangkan air teh dan mengopekkan telur rebus untuk Daniel. Roti bakar, salad,
dan sosej sudah tersedia di atas meja. Ini kali pertama Daniel bersarapan di
rumah, kerana Suzy pada waktu ini pasti masih lena diulit mimpi.
Selesai
makan, Nayla menghantar Daniel ke hadapan pintu. Dia hanya menundukkan kepala
tanpa berkata apa-apa.
"Malam
nanti aku balik," kata Daniel pendek sambil memakai kasut. Nayla mengangguk
perlahan.
Sepanjang
bermain golf, Daniel tidak dapat menumpukan perhatian pada targetnya. Dia asyik
teringatkan Nayla. Dia baru perasan, wajah manis Nayla cukup mempesonakan.
Tangannya yang halus mengopek udang dan menuangkan air untuknya sambil tersenyum
manis. Suzy tidak pernah mengopek udang untuknya, apatah lagi menyediakan makan
malam. Semuanya mesti di restoran mewah. Jika tidak, Suzy pasti akan merajuk
dan mahu tidak mahu, Daniel terpaksa mengikut kehendaknya.
"Kau
dari tadi tidak fokus, kenapa? Ada masalah?" tanya Ben, rakan perniagaan
Daniel.
"Nayla.
Aku tiba-tiba teringat padanya," kata Daniel sambil memegang bola golf di
tangannya.
"Aku
ada dengar daripada Mark tentang Nayla. Aku rasa kawan kita tu dah jumpa soulmate dia," kata Ben sambil
ketawa kecil.
“Dia
isteri orang” Kata Daniel sambil memukul bola golf.
"Isteri?
Dia cuma isteri atas kertas. Kau tak pernah balik tengok dia pun selama
hampir..." Ayat Ben tergantung sambil mengira usia perkahwinan Daniel.
"Tujuh
bulan," jawab Daniel.
"Ha...
tujuh bulan. Kau tak pernah ambil tahu pasal dia. Yang kau tahu, Cuma kerja dan
Suzy. Kau tak cuba kenal dia? Mungkin dia berbeza daripada perempuan
lain," sambung Ben.
"Semalam
aku balik, dia masak. Pertama kali ada orang masak untuk aku selain orang gaji
dan ibu aku," kata Daniel sambil melambung-lambung bola golf di tangannya.
"Sedap
dia masak?" tanya Ben.
Daniel
mengangguk. Ben berdiri di sebelah Daniel.
"Aku
faham hati kau pada Suzy, dan semua orang tahu. Sekurang-kurangnya Nayla cuba
memainkan peranan sebagai seorang isteri, biarpun dia ditinggalkan bersendirian
hampir setiap malam. Kau ada cuba menjadi seorang suami?" tanya Ben sambil
memukul bola golf.
Daniel
terdiam.
Perjuangan Nayla
"Dia
ni dah ada orang lain ke?" fikir Suzy sendirian. Rumah penthouse
yang dibeli Daniel seolah-olah tidak terusik. Daniel tidak pulang ke rumah
sudah dua hari. Perkara ini tidak pernah berlaku. Jika Daniel ke luar negara,
pasti diajaknya Suzy bersama.
Suzy
bukanlah seorang yang jahat, walaupun dia bekerja sebagai perempuan kelab
malam. Dia bekerja menanggung kos rawatan ibunya dan Daniel banyak membantunya.
Kekayaan Daniel adalah bonus buatnya agar dia tidak lagi perlu berusaha keras
di kelab malam. Jika dahulu dia ke sana untuk bekerja, kini dia ke sana untuk
berhibur. Daniel, walaupun dikenali sebagai salah seorang ketua kongsi gelap,
tetapi dia juga seorang lelaki yang baik. Melepaskan Daniel adalah sesuatu yang
mustahil bagi Suzy.
"Puan
Nayla, saya rasa puan perlu beritahu suami puan dan mendapatkan
kebenarannya," kata doktor sambil menghulurkan surat kepada Nayla.
"Teruk
ke, doktor?" tanya Nayla dengan tenang.
"Ketumbuhan
dalam kepala perlu dibuang, walaupun peluang untuk pulih 50-50, tetapi kita
boleh ikhtiar," terang doktor.
Nayla
mengambil surat dan membacanya. Di bawah tertera kos pembedahan $30,000. Nayla
tetap tenang.
"Terima
kasih, doktor, saya pulang dulu," Nayla meminta diri. Dia tidak berasa
sedih dan kecewa, sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka.
Pintu
dibuka, Nayla berdiri menyambut Daniel.
"Tuan,"
sapa Nayla sambil mengambil jaket dari Daniel.
Wajah
manis Nayla menyejukkan hati Daniel. Nayla mempelawa Daniel ke meja makan.
Makanan sudah tersedia di atas meja. Daniel duduk dan Nayla terus mengambil
nasi dan lauk untuk Daniel.
"Mmm...
sedap kau masak," puji Daniel sambil mengunyah makanan. Nayla cuma
tersenyum nipis. Dia kan tukang masak di kedai bapa saudaranya dahulu, tentulah
dia pandai memasak. Fendy pun suka semua masakannya, terutama ikan masak stim.
Fendy sanggup memancing seharian hanya untuk meminta Nayla memasak makanan
kegemarannya itu.
Selesai
makan, Daniel ke bilik tidur untuk mandi. Nayla mengemas dan mencuci pinggan
mangkuk di dapur. Dia kemudian berjalan ke bilik untuk menjenguk jika Daniel
sudah selesai mandi. Daniel sedang bersandar di katil. Dia berasa tidak sihat
lalu terlelap. Nayla mengambil selimut dan menyelimuti Daniel. Dia perasan dahi
Daniel berpeluh, lalu dia menyentuhnya dengan belakang tangan.
"Panasnya..."
bisik Nayla. Dia terus bergegas ke dapur mencari ubat.
“Tuan… tuan… makan ubat dulu, tuan,” kejut
Nayla lembut.
Daniel
membuka mata, mengambil ubat dari tangan Nayla dan meneguk air perlahan.
Sejurus kemudian, dia berbaring dan kembali tidur.
Nayla
mengambil tuala lembap lalu meletakkannya di dahi Daniel. Setiap sejam, dia
akan membasahkan kembali tuala itu. Daniel demam seharian, dan Nayla menjaganya
tanpa jemu; daripada menyediakan makanan hingga mengelap badannya.
“Hirup
perlahan-lahan, tuan,” kata Nayla sambil menyuapkan bubur kepada Daniel.
Selepas makan, Daniel berbaring semula dan Nayla menyelimutinya.
Keesokan
petangnya, demam Daniel semakin pulih. Dia terus ke gim untuk bersenam, salah
satu hobinya empat kali seminggu. Sepanjang di gim, fikiran Daniel sering
melayang kepada Nayla. Dia sendiri tidak ingat bila kali terakhir dia dijaga
sebegitu rupa selepas ibunya meninggal dunia. Lazimnya, jika dia sakit, dia
akan tidur di rumah, hanya dijaga oleh pembantu. Suzy pula tidak pernah
menjaganya kerana sibuk dengan aktiviti sendiri. Tiba-tiba, Daniel rasa
terharu.
Di rumah,
Nayla mengemas tempat tidur dan mencuci semua cadar dan sarung bantal. Dia
risau dia pula terkena demam Daniel. Dia yakin Daniel tidak akan pulang malam
ini. Nayla ke dapur untuk membersihkan ruang di situ, tiba-tiba, pintu dibuka.
"Tuan?"
Nayla mengangkat kening. Dia melihat Daniel pulang dengan beg gimnya lalu dia
menyambut Daniel. Dia rasa pelik.
Daniel
menghulurkan beg gimnya. "I nak mandi," kata Daniel pendek tetapi
lembut.
“Baik, saya
akan sediakan makan malam,” kata Nayla sambil mengambil beg yang dihulur
Daniel.
Selesai
makan malam, Daniel ke ruang tamu dan membuka komputer ribanya. Nayla datang
dan menghulurkan air teh herba kepadanya.
"Duduk,"
pelawa Daniel sambil tangannya menepuk sofa di sebelahnya. Nayla duduk perlahan
sambil memegang cawan teh herba.
“Air apa
ni? Baunya wangi,” tanya Daniel sambil menghirup air di dalam cawannya.
“Air
bunga herba. Elok untuk hilangkan stres dan penat bekerja,” terang Nayla.
“Mmm...
sedap,” puji Daniel selepas menghirupnya. Nayla hanya tersenyum biasa.
Mata
Nayla masih tercari-cari bulan. Kenapa malam ini bulan tidak timbul? Hati Nayla
menjadi sayu.
“Mana
Fendy ni, kenapa dia tak muncul?” bisik hati Nayla. Tiba-tiba, Daniel
memeluknya dari belakang. Nayla terkejut.
"Tuan…"
Nayla cuba melepaskan diri, tetapi Daniel memeluknya erat.
"Dah
malam. Saya rasa kita perlu tidur," bisik Daniel di telinga Nayla,
membuatkan Nayla berdiri tegak, kaku.
Daniel
menarik langsir menutupi tingkap. Nayla menarik nafas sedalam-dalamnya sambil
memejamkan mata.
Keesokannya,
Nayla menyiapkan sarapan untuk Daniel. Tiba-tiba Daniel muncul dengan bathrobe-nya.
Dia baru selesai mandi.
“Tuan,
silakan sarapan,” pelawa Nayla. Daniel menarik kerusi dan duduk memandang Nayla.
“You
didn’t tell me, yesterday night it was your first time,” tiba-tiba Daniel
bersuara. Nayla hanya berdiam diri, tidak ada sebarang kenyataan yang ingin
diberikan kepada Daniel tentang hal itu. Tangannya menuangkan teh.
"Ini
kad. Dalamnya ada $10,000. You beli apa yang you nak beli,"
Daniel menghulurkan kad bank kepada Nayla, tetapi tidak disambut.
“Tak
mengapa, tuan. Duit bulanan yang tuan beri masih ada,” kata Nayla.
Daniel
mengerutkan dahi. Jika Suzy, pasti dia sudah melompat-lompat gembira dan akan
menghabiskan duit itu dalam satu hari.
“Sila
makan, tuan,” sekali lagi Nayla mempelawa, dan Daniel menghirup sup cendawan
yang panas berkrim.
Nayla
mengemas bilik sebaik sahaja Daniel keluar. Dia mengutip paket kondom yang
Daniel koyakkan malam tadi. Dia duduk di tepi katil dan menghela nafas dengan
rasa berat. Namun, dia memujuk hatinya, tidak lama lagi ini semuanya akan
berakhir.
"Daniel
pulang ke rumah?" Suara Mak Cik Lin kedengaran begitu ceria. Nayla
mengangguk.
"Agak-agaknya,
malam ni dia pulang lagi?" tanya Mak Cik Lin dengan rasa ingin tahu. Dia
gembira bila mendengar Daniel pulang. Mak Cik Lin sangat berharap Daniel dapat
mengenali Nayla dengan lebih dekat, kerana baginya Nayla seorang yang cukup
baik.
"Entah,
mak cik. Saya tak tanya," jawab Nayla pendek sambil meneliti ilustrasi
hasil kerjanya. Nayla lebih suka jika Daniel tidak pulang hingga tarikh matang
tiba untuk mereka bercerai secara rasmi.
Cinta Pandang Pertama Daniel
Mark
berasa begitu menyampah mendengar cerita daripada Daniel tentang Nayla. Mereka
berkumpul sambil bermain pool. Daniel tidak berhenti bercerita mengenai
Nayla, manakala Mark dan Ben hanya mendengar.
“Kau ni,
aku rasa dah jatuh cinta dengan Nayla,” kata Ben sambil menjeling ke arah Mark
yang dari tadi bermasam muka.Dia tahu Mark terlebih dahulu,menaruh minat pada
Nayla.
“Bukan
kau nak Suzy? Habis, Suzy tu teman tidur saja ke?” perli Mark.
Teman
tidur? Tidak juga. Mereka jarang tidur bersama. Tambahan pula, ketika Daniel
pulang ke rumah, Suzy sedang bersiap untuk keluar bersama kawan-kawannya. Bila
Daniel bangun pagi, dia akan nampak Suzy terbaring di ruang tamu, dengan bau
alkohol dan muntah. Dia tidak pernah menghalang Suzy kerana itu adalah
kebebasannya, dan Daniel sudah biasa bersendirian setiap malam kecuali malam minggu.Fikirnya
sendiri.
“Jadi kau
di layan seperti raja oleh Nayla?” Kata
Ben sambil tersengih.
"Apa
yang kau suka pada Nayla selain daripada dia cantik dan pandai masak?"
tanya Ben lagi.
"Dia
layan aku dengan rasa hormat,bukan seperti anak raja.Apa yang aku Nampak dia seorang yang lembut, sentiasa mendengar,
sentiasa tersenyum dan dia wangi," Daniel tersenyum bila bercakap tentang
Nayla.
Memang
betul, dia tidak pernah merasa begini saat bersama Suzy. Dahulu, dia memilih
Suzy kerana Suzy adalah satu-satunya orang yang sentiasa menemaninya di kelab
malam.
"Apa
kata kau teruskan hubungan dengan Suzy saja? Lagipun, lagi dua bulan kamu
berdua akan bercerai. Nayla bukannya mengandung pun untuk membatalkan kontrak tersebut,"
kata Mark sambil menolak bola merah dengan kayu pool-nya. Daniel
terdiam.
Kini,
hampir setiap malam Daniel pulang ke rumah. Jika dahulu Daniel muncul pada
lewat malam, sekarang pukul 8:30 malam dia sudah ada di depan pintu. Seperti
biasa, Nayla akan menyambutnya dan menyediakan makanan.
Mereka
mula berbual kosong. Adakalanya Nayla menemani Daniel yang sedang menyiapkan
kerjanya di sofa, sambil menghirup teh herba wangi yang disediakan Nayla.
Pukul
2:30 pagi, Nayla terjaga. Dia mendapati tangan Daniel memeluk pinggangnya. Dengan
perlahan, dia mengalihkan tangan Daniel. Dia mencapai jubah mandinya di lantai
lalu berjalan menuju ke balkoni. Nayla duduk di kerusi sambil melihat bulan.
Dia tidak berkata apa-apa, hanya merenungnya. Itulah rutin Nayla; bangun pukul
2 atau 3 pagi bila Daniel ada di rumah. Nayla berasa tenang bila bulan muncul
setiap malam.
Sarapan
pagi sudah tersedia. Daniel muncul dengan tali leher. Tanpa disuruh, Nayla
terus mencapai tali leher itu dan memakaikannya pada leher Daniel. Senyuman
terukir di wajah Daniel. Tangannya memegang pinggang Nayla.
"I
rasa you kurus sangat. Makan banyak sikit," kata Daniel saat dia merasakan
pinggang Nayla yang terlalu kecil.
"Sarapan,
tuan," pelawa Nayla. Daniel menarik kerusi lalu duduk.
Pintu
dibuka dan Mak Cik Lin muncul. "Tuan..." sapa Mak Cik Lin.
"Mak
Cik Lin, banyaknya barang," tanya Daniel apabila melihat Mak Cik Lin
membawa banyak beg.
"Baru
pulang dari pasar, tuan. Beli barang dapur. Lagipun, tuan dah balik setiap
malam, jadi makanan kenalah dipelbagaikan," kata Mak Cik Lin melawak,
disambut ketawa oleh Daniel dan Nayla.
"Okey,
I kena pergi dulu," Daniel bangun dan menuju ke pintu, diikuti Nayla yang
menghantarnya.
"Hati-hati,
tuan," pesan Nayla lembut.
Satu
ciuman singgah di dahi Nayla. Dia sedikit terkejut.
"Okey,"
balas Daniel pendek. Mak Cik Lin hanya tersenyum dari dapur.
Sejak
semalam, Suzy cuba menghubungi Daniel, tetapi gagal. Sudah lama Daniel tidak
pulang, apatah lagi muncul di kelab menemaninya minum. Dia mesti mencari
Daniel, mencari jawapan mengapa Daniel menghilangkan diri.
Nayla
mencapai botol ubat di dalam begnya. Kepalanya semakin sakit. Dia menelan ubat
dan terus mencapai gelas lalu meneguknya dengan laju. Dia terduduk di tepi
almari. Dahinya berpeluh. Sedikit demi sedikit, kesakitannya berkurangan. Dia
melihat jam di dinding. Hampir pukul 8 malam. Daniel mesti sudah dalam
perjalanan pulang. Dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke dapur untuk
menyediakan makan malam.
Selesai
makan malam, Daniel ke bilik untuk mandi. Nayla melihat telefon Daniel yang dari
tadi berbunyi. Dia berjalan menuju ke meja di tepi katil.
"Suzy..."
Nama itu tertera di skrin telefon Daniel. Nayla tidak berani untuk mengangkat
dan hanya membiarkannya.
Daniel
keluar dari bilik mandi hanya dengan bertuala. Nayla menoleh.
"Tuan,
telefon tuan berbunyi," beritahu Nayla.
Daniel
mencapai telefonnya dan melihat seketika. Raut wajahnya tiada reaksi, lalu dia
mematikan telefonnya. Nayla mahu menyangkut baju kot dan tiba-tiba Daniel
memeluknya dari belakang.
"Nayla...
let's have a baby," bisik Daniel di telinganya lalu mencium tengkuk
Nayla. Nayla tergamam.
Esoknya,
selepas Daniel keluar ke pejabat, Nayla turun ke farmasi. Dia membeli pil
perancang. Nayla tidak mahu mempunyai anak atas beberapa faktor. Salah satunya,
dia mahu pulang ke kampung dan terus menetap di sana, selain daripada sakitnya
yang belum tentu akan sembuh.
Tanda Cinta
"Bagaimana
nak buat Nayla tu mengandung?" tanya Mak Cik Mey kepada Mak Cik Ira dan
ibu tiri Daniel.
"Saya
tak nak perempuan murahan tu masuk dalam keluarga kita," kata ibu tiri
Daniel pula, merujuk kepada Suzy.
"Saya
tak rasa dia mandul. Tengok, macam sihat saja. Apa kata kita paksa dia ke
hospital untuk buat pemeriksaan?" cadang Mak Cik Ira. Ibu tiri Daniel
hanya mengangguk perlahan sambil berfikir.
"Nayla,
Daniel telefon tadi masa kamu mandi. Dia minta kamu hantarkan makan tengah hari
ke pejabatnya. Nanti Pak Cik Sam akan jemput kamu," kata Mak Cik Lin
sambil menyiapkan bekal untuk Daniel.
"Makan
tengah hari?" tanya Nayla, meminta kepastian.
"Ya,
dia minta hantarkan," ulang Mak Cik Lin sekali lagi. Nayla berasa pelik
dengan Daniel.
Mata
Nayla membulat melihat bangunan pejabat Daniel yang besar dan tinggi.
"Inilah
pejabat Tuan Daniel, Puan Nayla," kata Pak Cik Sam.
"Gangster
ada pejabat besar dan cantik macam ni?
Pandai dia pilih tempat," kata Nayla, disambut ketawa Pak Cik Sam. Fikir
Nayla, pejabat gangster adalah gudang terbiar dan rumah kedai yang kelam.
"Pejabat
Tuan Daniel di tingkat 8. Nanti orang di sana akan bawa puan ke bilik Tuan
Daniel," kata Pak Cik Sam lagi.
"Baik,
Pak Cik," balas Nayla. Dia keluar dari kereta lalu masuk ke dalam
bangunan, berjalan menuju ke kaunter informasi di tengah bangunan.
Pintu di
ketuk
"Masuk,"
arah Daniel, matanya sibuk melihat komputer di hadapannya.
"Tuan,"
sapa Nayla. Daniel mendongak dan tersenyum. Hatinya begitu gembira melihat
Nayla ada di hadapannya.
"Mari
sini, Nayla," kata Daniel sambil menghulurkan tangannya.
Nayla
meletakkan bekal makanan di atas meja terlebih dahulu. Kemudian dia berjalan
mendekati Daniel.
Nayla
berdiri di sebelah Daniel. Tiba-tiba tangannya ditarik Daniel menyebabkan Nayla
terduduk di atas pehanya. Nayla terkejut dan cuba bangun, tetapi Daniel
memegang kedua-dua lututnya. Daniel merangkul pinggang Nayla dan memegang
tangannya. Wajah Nayla menjadi merah.
"Tuan,
nanti orang nampak," kata Nayla, cuba melepaskan diri.
"Semua
pergi makan tengah hari. Lagipun, tak salah i peluk isteri sendiri," kata
Daniel sambil tersenyum. Tangannya membuka laci lalu mengeluarkan sebuah kotak
kecil. Daniel memberikannya kepada Nayla, yang disambut perlahan.
"Cincin?"
kata Nayla apabila kotak dibuka. Sebentuk cincin bertahtakan berlian. Daniel
mengambilnya lalu menyarungkan ke jari manis Nayla. Ia agak longgar sedikit,
tetapi masih boleh dipakai.
"I
nak orang tahu, you dah kahwin,” kata Daniel sambil menepuk-nepuk peha Nayla.
Nayla hanya berdiam diri sambil matanya melihat cincin di jari.
“Dan
tolong makan banyak sikit. Jari tu kecil sangat. Pinggang pun dah macam
kerengga,” komen Daniel lembut sambil tangannya menggosok-gosok belakang Nayla.
Confrontasi
Pintu lif
A dan B dibuka serentak. Nayla keluar dari lif A dan Suzy masuk ke dalam lif B.
Nayla berjalan menuju ke kereta Pak Cik Sam yang sudah menunggunya. Dia baru
selesai menemani Daniel makan tengah hari, manakala Suzy berjalan laju mencari
Daniel.
“Sayang...”
suara Suzy merengek, sebaik sahaja pintu bilik Daniel dibuka terburu-buru.
Daniel terkejut. Suzy terus memegang tangan Daniel.
“Sayang,
kenapa you dah lama tak balik rumah? You
dah ada orang lain ke?” rengek Suzy lagi. Daniel menghela nafasnya perlahan.
“I sibuk.
You tengok ni, fail berlambak," kata Daniel dengan nada mendatar.
"You
dah lama tak ke kelab, teman I,"
kata Suzy sambil duduk di atas peha Daniel, tetapi tiada sebarang reaksi
darinya.
"I
sibuk. Lain kali I temankan you," Daniel memberi alasan lagi.
"You
temankan I malam ni, boleh?" Tangan Suzy memaut leher Daniel dan Daniel
hanya membiarkannya.
"Malam
ni I kena pergi makan malam keluarga," sekali lagi Daniel memberi alasan.
"Jadi,
bila you nak luangkan masa dengan I seperti dulu?" tanya Suzy manja.
"Bila
I lapang, I will contact you," jawab Daniel tanpa minat.
Daniel baru sahaja tiba, lewat satu jam kerana mesyuarat. Dia memang berniat untuk singgah makan malam. Dia datang tanpa memberitahu sesiapa, termasuk Nayla. Baginya, mengapa perlu meminta izin untuk pulang ke rumah sendiri?
"Mana semua orang?" tanya Daniel sebaik sahaja keluar dari kereta.
"Ada di belakang, tuan," jawab salah seorang pembantu yang menyambutnya.
"Belakang? Buat apa?" fikir Daniel. Sepatutnya mereka semua berkumpul di meja makan. Dia berjalan menuju ke taman di belakang rumah.
"Berhenti! Berhenti!" jerit Daniel, terkejut melihat Nayla sedang dipukul. Semua orang terkejut, termasuk ibu tiri Daniel yang wajahnya bertukar pucat. Daniel terus berlari mendapatkan Nayla.
"Eh... Daniel, baru pulang?" tanya ibu tiri Daniel dengan suara lembut dan gagap.
"Kenapa pukul Nayla?!" Daniel memegang bahu Nayla lalu merapatkannya ke dada. Nayla kelihatan lemah.
"Ini hukuman. Dia tiada usaha untuk mengandung," kata Mak Cik Ira.
"Betul. Ini tradisi keluarga kita, jika gagal mengandung dalam tempoh yang ditetapkan," sambung Mak Cik Mey pula.
Daniel terus mendukung Nayla. Mukanya merah, jelas menunjukkan dia sangat marah.
"Sepatutnya, hukuman itu pada perempuan tu dulu! Dia tak pernah pun mengandung, tapi tidak pula ikut tradisi keluarga!" marah Daniel sambil menjeling muka ibu tirinya.
Daniel terus berjalan menuju ke kereta, membawa Nayla pulang. Mak cik-mak cik dan ibu tiri Daniel menjadi risau, jika Daniel memberitahu ayahnya.
Sesampai sahaja di rumah, Mak Cik Lin membuka pintu. Dia terkejut melihat Daniel mendukung Nayla. Daniel tidak berkata apa-apa, wajahnya jelas marah.
"Mak Cik Lin, tolong sediakan ubat," arah Daniel dengan suara serius.
"Baik, tuan," balas Mak Cik Lin. Nayla tidak berani bersuara. Dia sendiri gerun melihat wajah Daniel.
Nayla diletakkan di atas katil. Daniel terus keluar mencari Mak Cik Lin.
"Tuan, ini ubatnya," Mak Cik Lin menghulurkan dua botol ubat dan kapas.
"Kenapa mak cik tak pulang lagi?" tanya Daniel sambil mengambil ubat dari tangan Mak Cik Lin. Mak Cik Lin terdiam, dia tidak tahu ingin berkata apa-apa selain menundukkan wajahnya dengan rasa bersalah.
"Sejak bila Nayla kena pukul?" tanya Daniel lagi.
"Sudah hampir lima bulan, tuan. Dia bukan setakat kena pukul. Dia juga terpaksa melutut di hadapan potret keluarga tuan semalaman. Itu yang diceritakan oleh Pak Cik Sam pada saya," Mak Cik Lin berterus-terang.
"Apa?!" Suara Daniel semakin tinggi, amarahnya semakin meluap.
"Sebab itu bila Nayla ke rumah keluarga tuan, saya akan bermalam di sini untuk bantu dia," terang Mak Cik Lin lagi.
"Kenapa tak beritahu saya?" Sekali lagi Daniel bertanya.
"Puan Nayla tak izinkan," suara Mak Cik Lin semakin perlahan.
Daniel masuk ke dalam bilik. Dia melihat Nayla meniarap sambil memeluk bantal. Ubat diletakkan di sisi meja katil, dan dia cuba menyelak baju Nayla. Nayla terkejut dan terus menghalang.
"I nak sapu ubat!" Suara Daniel keras berkata. Nayla tiada pilihan selain membiarkan Daniel menyelak bajunya sedikit.
Berbirat belakang Nayla kesan libasan tadi. Hati Daniel menjadi pilu.
"Kenapa tak beritahu I yang you dipukul?" tanya Daniel sambil menyapu ubat di belakang Nayla.
"Tak apa, tuan. Saya okey," kata Nayla perlahan.
"Ini okey?! Badan you dahlah kurus!" Suara Daniel semakin meninggi.
"Tuan, mereka marah kerana mengharapkan saya mengandung. Jika kekecewaan mereka boleh diredakan dengan hukuman ini, saya rela," kata Nayla lembut sambil memusingkan badan menghadap Daniel lalu membetulkan bajunya.
Daniel berasa sungguh sedih dan menyalahkan dirinya. Jika dia ambil tahu tentang Nayla sejak dulu, tentu Nayla tidak disakiti seperti ini. Perlahan-lahan, Daniel memeluk bahu Nayla. Rasa bersalah masih menyelubungi dirinya.
Nayla membuka komputer ribanya. Dia meneliti semua ilustrasi dan penulisannya sebelum menghantarnya kepada syarikat penerbitan. Dia menoleh melihat Daniel yang dari tadi kelihatan begitu marah sambil bercakap dengan telefon. Nayla tidak dapat mendengar dengan jelas kerana berada di balkoni luar.
"Apa masalah mereka hingga perlu menyakiti Nayla begitu?" tanya Daniel kepada ayahnya di telefon.
"Ayah tak tahu mereka buat begitu," kata ayahnya pula. Dia pun terkejut apabila mendengar Nayla diperlakukan sedemikian
“Hanya kerana dia tidak mengandung. Trust me, dad, we are trying," kata Daniel lagi.
Ayah Daniel berasa malu dengan tindakan mereka bertiga. Dengan itu, ayah Daniel memutuskan untuk melakukan perkara yang sama. "Rotan mereka semua dan mereka kena melutut di hadapan potret keluarga selama tiga bulan!" bentak ayah Daniel.
"Sayang, I'm sorry. I cuma nak jaga nama keluarga kita. I tak nak Suzy masuk dalam keluarga ni, dia bukan perempuan yang baik," rayu ibu tiri Daniel yang sedang menangis sambil melutut dan memegang tangan suaminya.
“Perempuan
baik? You tu pun I kutip dari belakang lorong," kata ayah
Daniel dengan sinis.
Daniel
meletakkan telefonnya. Nayla melihat Daniel selesai dengan telefonnya terus dia
menutup komputer ribanya. Daniel duduk di sofa. Nayla ke dapur mengambil air
jus lalu dihidangkan kepada Daniel.
"You
okey?" tanya Daniel sambil menggosok-gosok belakang Nayla yang sedang
duduk di sisinya.
"Saya
baik-baik saja, tuan," jawab Nayla pendek.
"Berhenti
panggil i tuan," tangan Daniel memegang dagu Nayla. "Apa kata you panggil i... hubby?" sambung
Daniel lagi.
"Hubby?"
"Yes, hubby. Dulu my mom called my dad hubby," Daniel mengimbau kenangan bersama ibunya.
"Ibu awak... bagaimana orangnya?" tanya Nayla ingin tahu. Nayla hanya mengenali ibu Daniel melalui potret gambar dan foto-foto di rumah agam itu.
"Dia macam you. Suka memasak. Mudah ketawa dan lembut orangnya," tangan Daniel mencapai gelas air di hadapannya lalu meneguk sedikit.
"Selepas dia meninggal, ayah I kahwin dengan perempuan tu. Walaupun ayah sudah ada pengganti, semua gambar ibu dan barangnya tidak boleh dialihkan atau dibuang. Ayah tak benarkan," cerita Daniel lagi. Nayla mendengar sambil matanya memandang ke lantai. Daniel menoleh melihat Nayla.
Dia mesti seorang yang baik," kata Nayla. Daniel tersenyum.
"Satu hari nanti, jika kita ada anak, i nak anak perempuan," kata Daniel. Nayla memandang Daniel tanpa sebarang reaksi.
"I nak namakannya sempena nama ibu I, Elina. Dan dia mesti cantik macam you ," tangan Daniel mencuit hidung Nayla yang dari tadi hanya mendengar.
“Hari ni hari Sabtu. Jom kita beli barang dapur dan I nak bawa you pergi window shopping," ajak Daniel sambil menepuk-nepuk lutut Nayla. Nayla hanya tersenyum nipis lalu mengangguk.
Mereka berjalan berpimpinan tangan. Daniel membawa Nayla ke semua butik mahal untuk membelinya. Daripada beg, kasut dan barangan kemas, semuanya ditolak Nayla.
"You ni peliklah. Kenapa tak nak semua barang yang I nak belikan? Bukankah semua perempuan suka pada barangan mewah?" tanya Daniel sambil menggaru kepalanya.
"Berapa ramai perempuan yang awak pernah bercinta sampai boleh katakan semua?" tanya Nayla sambil tersenyum. Daniel menjadi malu lalu mengambil tangan Nayla dan menciumnya.
Kelakuan mereka diperhatikan oleh sepasang mata yang berselindung di sebalik cermin mata hitam. Hatinya begitu membara cemburu.
"Aku
takkan lepaskan Daniel. Tidak akan terjadi," getus hati Suzy.
"Puan
Nayla, ketumbuhan puan semakin membesar. Lagi lama kita biarkan, lagi berisiko
untuk pulih," pujuk doktor lagi.
Nayla
menelan air liurnya. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Nayla tetap dengan
keputusannya, untuk tidak menjalani sebarang pembedahan
“Nanti saya fikirkan, doktor.
Terima kasih, saya pulang dulu,” Nayla memberi alasan. Dia bingkas bangun dan
meminta diri.
Malam
itu, Daniel terpaksa menemani Suzy ke kelab selepas didesak berkali-kali.
Akhirnya Daniel mengalah.
Mereka
riang gembira bersama rakan-rakan yang lain. Daniel melihat jam di tangannya.
Sudah hampir pukul 10 malam. Dia bingkas bangun untuk pulang.
"You
nak ke mana?" tanya Suzy sambil
memegang tangan Daniel.
"I
nak pulang, nak siapkan kerja sikit," kata Daniel memberi alasan. Suzy
tahu itu satu pembohongan.
Dia
menarik tangan Daniel dan memaksa lelaki itu duduk semula bersama yang lain.
"Okey,
kita main game. Siapa kalah kena minum semua ni, dan you boleh balik selepas ni," kata Suzy sambil
menuang air alkohol ke dalam cawan-cawan kecil di hadapannya
Janji yang Dimungkiri
Nayla
menunggu Daniel di meja makan. Dia menoleh melihat jam di dinding. Sudah pukul
12 malam. "Daniel tak pulang malam ni, mungkin," bisik Nayla sendiri.
Dia bangun dan membungkus semua makanan di atas meja lalu menyimpannya ke dalam
peti sejuk.
Dia
berjalan menuju ke balkoni. Hujan renyai mula membasahi bumi. Bulan sudah tidak
kelihatan sejak beberapa hari yang lalu. Nayla resah.
Keesokannya,
di dalam bilik hotel, Daniel bangun. Kepalanya terasa berat. Dia mencapai
telefonnya dan melihat waktu. 7:45 pagi. Dia cuba bangun perlahan-lahan kerana
masih pening. Dia menoleh dan melihat seseorang di sebelahnya.
Suzy!
Daniel
terkejut. Dia melihat Suzy lena tidur. Dia segera bangun untuk pulang ke rumah.
Nayla mesti sedang menunggunya. Hati Daniel menjadi gusar.dia pernah berjanji
tidak akan meninggalkan Nayla bersendirian lagi.
Nayla
sedang menyiram bunga di balkoni. Tiba-tiba, Daniel masuk meluru sambil
memanggil Nayla.
"Nayla...
Nayla," Daniel memanggil dan mencari-cari bayangan Nayla sambil memegang
sejambak bunga
"Saya
di sini," Nayla menyahut sambil meletakkan bekas air siraman ke tepi. Dia
berjalan ke arah Daniel.
Tiba-tiba,
Daniel terus memeluknya dengan erat. Nayla kehairanan, dan Mak Cik Lin juga
mengerutkan dahi melihat kelakuan Daniel.
"Awak okey?" tanya Nayla, menolak sedikit badan Daniel dan memandangnya.
"I rindukan you ... I rindu sangat pada you, dan i minta maaf tak pulang malam tadi," kata Daniel dengan segunung rasa bersalah sambil memberi sejambak bunga. Nayla hanya tersenyum.
Selepas mandi dan sarapan ringkas, Daniel terus ke pejabat. Nayla mengambil baju Daniel untuk dicuci. Dia menghidu sedikit. Bau alkohol masih tersisa pada baju Daniel. Nayla juga perasan ada kesan gincu pada baju itu.
"Patutlah tak pulang malam tadi," bisik Nayla sendiri tanpa rasa marah atau cemburu.
Malamnya, seperti biasa, Daniel pulang. Selepas makan dan mandi, Daniel ke ruang tamu untuk menyiapkan sedikit kerja. Nayla datang dengan segelas teh herba yang wangi menusuk ke rongga hidung . Daniel melihat Nayla menghampirinya.
"Kenapa you tak telefon atau hantar mesej pada i malam tadi?" tanya Daniel sambil jarinya laju menaip.
"Awak baru sehari tak balik. Sebelum ini berbulan-bulan awak tak balik pun saya tak telefon dan tak mesej," kata Nayla lembut sambil meletakkan air teh di atas meja di hadapan Daniel.
"Kenapa?" Daniel berhenti menaip dan memandang Nayla di sebelahnya.
"Siapalah saya untuk mengganggu? Awak pasti ada kehidupan sendiri sebelum kita berkahwin," kata Nayla dengan rendah diri.
"Selepas ini, I izinkan awak telefon I , hantar mesej, dan boleh datang ke pejabat atau periksa semua jadual I. You isteri I. You ada hak untuk masuk dalam kehidupan I sekarang," kata Daniel sambil memegang tangan dan mengoles pipi Nayla
Dua bulan kemudian, Nayla mendapat e-mel yang mengatakan bukunya sedang dicetak dan memintanya datang untuk mengambil salinan pertama. Nayla begitu gembira. Kebetulan, lagi tiga hari, tempoh menjadi isteri Daniel akan tamat.
Dia memandang ke arah langit yang cerah. Dia terfikir jika Fendy masih ada, pasti dialah orang pertama yang akan bersorak gembira. Matanya jatuh memandang komputer riba di hadapannya. Dia mengambil laptop itu dengan air mata yang bergenang.
"Terima kasih, Fendy," kata Nayla sambil memeluk komputer riba tersebut.
Hujan renyai membasahi bumi. Nayla terjaga dan menoleh melihat Daniel yang sedang tidur sambil memeluk lengannya. Dia bangun perlahan-lahan dan menuju ke tingkap. Langsir diselak. Bulan masih lagi tidak muncul. Dia tercari-cari di sebalik awan yang gelap.
Tiba-tiba, Daniel memeluknya dari belakang dan meletakkan kepalanya di bahu Nayla dalam keadaan mamai.
"Awak terjaga?" tanya Nayla.Dengan mata yang masih tertutup mengantuk,Daniel mengangguk perlahan.
"Saya buat awak terjaga ke?" tanya Nayla lagi.
“You tak ada, I tak boleh tidur," jawab Daniel separuh sedar.
"Dia ni gangster tapi manja," bisik Nayla sendiri.
Detik
terakhir
Esoknya
Nayla
sedang bersiap-siap untuk ke pejabat penerbitan. Tiba-tiba dia mendapat mesej.
"Hai
Nayla, saya Suzy. Boleh kita berjumpa petang nanti dalam pukul 2?"
Nayla
membaca, lalu membalas ringkas, "Baik, nanti hantarkan alamatnya dan
tempatnya."
Selesai
di pejabat penerbitan, Nayla menahan teksi untuk berjumpa Suzy. Setibanya di
sebuah kafe, Nayla melihat Suzy yang bercermin mata hitam sedang duduk
menunggunya.
"Hai
Suzy," tegur Nayla dengan lembut.
"Hai,
duduklah," pelawa Suzy dengan nada biasa.
"Nak
minum?" tanya Suzy sambil cuba mengangkat tangan untuk memanggil pelayan.
"Eh,
tak apa. Saya datang sekejap saja," balas Nayla.
Suzy
bersandar dan menundukkan mukanya, menarik nafas dalam.
"Ada apa nak jumpa saya?" tanya
Nayla.
"Saya
mengandung, anak Daniel," ayat yang keluar dari mulut Suzy tidak sedikit
pun membuatkan Nayla terkejut atau marah.
"Tahniah,"
kata Nayla sambil tersenyum.
"Awak
tak marah?" soal Suzy, hairan. Nayla hanya menggeleng.
"Saya
sayang Daniel, percayalah. Saya nak anak ni ada keluarga yang sempurna,"
suara Suzy semakin tersekat-sekat menahan tangis.
"Kalau
begitu, cubalah berubah untuk kebaikan kalian berdua," cadang Nayla.
"Berubah?
Kenapa? Saya tak cantik ke?" tanya Suzy sambil membuka cermin mata dan
duduk menegak.
"Awak
cantik. Maksud saya, berubah dari segi keperibadian. Daniel suka wanita seperti
ibunya, dia suka orang yang sentiasa ada untuknya," kata Nayla lagi.
"Dia
suka orang memasak sebab ibunya suka masakkan makanan kegemarannya. Dia juga
suka orang mendengar cerita dan masalahnya. Menenangkannya saat dia tertekan dan
sentiasa di sisinya saat dia memerlukan," tambah Nayla lagi.
"Hairan.
I yang lebih lama bersama Daniel pun tidak tahu apa yang Daniel suka dan tidak.
Apalagi, Daniel tidak pernah bercerita tentang ibunya, mahupun
keluarganya," fikir Suzy sendiri.
"Awak
boleh beri Daniel pada saya?" tanya Suzy lagi.
"Saya
memang tidak akan lama dengan Daniel. Lusa, tarikh saya sebagai isteri akan
tamat. Saya akan pulang ke kampung," terang Nayla.
"Awak
tak sedih tinggalkan Daniel?" tanya Suzy meminta kepastian. Nayla tersenyum
nipis.
"Tempat
saya bukan di sini," jawab Nayla pendek.
Dia
mengeluarkan sebuah buku berwarna kelabu dari beg kertas dan memberikannya pada
Suzy. Suzy menyambutnya perlahan.
"Buku
kanak-kanak?" Suzy melihat buku tersebut.
"Impian
saya adalah menghasilkan buku kanak-kanak untuk saya bacakan pada waktu tidur
anak-anak saya satu hari nanti. Tetapi, ia mustahil untuk saya tunaikan. Jadi,
bacakan buku tu untuk anak yang akan dilahirkan nanti," kata Nayla.
Baru Suzy
tahu mengapa Daniel suka pada Nayla. Kerana hatinya.
Nayla
sudah pulang, tetapi Suzy masih lagi di kafe berkenaan. Dia membelek buku
tersebut sambil menyelak setiap muka surat.
Buku itu mengisahkan seorang
budak bernama Alyan yang tinggal bersama neneknya. Suatu hari, Alyan tersesat
di dalam sebuah hutan pada malam hari. Dia kesunyian dan dikelilingi banyak
haiwan buas. Pada malam yang gelap, muncul bulan menemaninya. Bulan membawanya
mencari makanan dan air dengan cahayanya. Bulan juga melindunginya dari bintang
buas dengan menyembunyikan cahayanya di sebalik awan dan menjadikan tempat itu
gelap dan terlindung dari musuh. Alyan dan bulan melalui pelbagai cabaran
bersama, dari memasuki hutan yang gelap hingga ke taman yang penuh dengan
bunga-bunga. Akhirnya, dengan bantuan bulan, Alyan berjaya pulang ke rumah
neneknya dengan selamat.
Suzy
menutup buku dan melihat nama yang tertera di bawah buku tersebut, "Oleh
Nayla Fendy". Air mata Suzy bergenang.
Malam itu
adalah malam terakhir Nayla menjadi isteri Daniel, tetapi Daniel kelihatan
seperti biasa. Dia pulang ke rumah, makan, dan mandi sambil membuat kerjanya.
Sesekali dia menoleh melihat Nayla di sebelahnya sambil tersenyum.
"Air..."
Nayla menghulurkan teh herba wangi kepada Daniel. Tiba-tiba, telefon Daniel berbunyi.
Dia mencapainya lalu berdiri menuju ke balkoni. Muka Daniel kelihatan sungguh
serius. Dia meletakkan telefonnya dan berjalan menghampiri Nayla.
"I
ada hal penting untuk diuruskan, nanti I balik," kata Daniel dengan suara
serius. Nayla hanya mengangguk.
Daniel
terus ke bilik dan menukarkan pakaiannya.
Nayla
berdiri di hadapan pintu untuk menghantar Daniel. Entah kenapa dia rasa itu
akan menjadi detik terakhirnya melihat Daniel. Baginya, Daniel bukanlah orang
yang jahat, cuma dia tidak dibesarkan dalam keadaan penuh kasih sayang dan
perhatian.
"Awak..."
panggil Nayla dengan cukup lembut. Daniel sedang memakaikan kasutnya menoleh.
"Jaga
diri," kata Nayla dengan rasa sebak sambil tangannya membetulkan jaket
Daniel.
Daniel
tersenyum. "Jangan risau, I akan balik nanti," kata Daniel sambil mengusap
kepala Nayla.
Daniel
keluar dan Nayla memandang ke arah luar balkoni. Hujan.
Kepulangan yang dinanti
Keesokan
harinya, Mak Cik Lin dari tadi mengesat air matanya sambil membersihkan dapur.
Nayla pula sudah bersiap untuk pulang ke kampung dengan beg pakaiannya. Dia
memegang sekeping sampul surat besar yang baru sampai semalam, berisi surat
tanah yang berjaya ditebus. Dia meletakkan seutas gelang emas di dalam uncang
kecil dan memasukkannya ke dalam sampul tersebut. Lalu disimpan ke dalam beg
tote-nya. Dia bangun dan memandang sekeliling buat kali terakhir.
"Mak
Cik Lin," panggil Nayla. Mak Cik Lin mengesat air matanya yang tidak
berhenti menitis.
"Terima
kasih kerana menjaga saya dengan baik. Ini untuk mak cik. Boleh bacakan untuk
cucu nanti," Nayla menghulurkan bukunya.
"Kamu
tak mahu menunggu Daniel dulu?" tanya Mak Cik Lin sambil menangis. Nayla
menggeleng.
"Saya
pergi dulu, mak cik," Nayla memeluk Mak Cik Lin dengan erat. Dia berasa
begitu sebak untuk meninggalkan Mak Cik Lin yang baginya seperti ibunya
sendiri.
"Saya
pergi dulu," kata Nayla dengan air mata yang bergenang. Dia paksa untuk
tersenyum. Mak Cik Lin masih menangis.
Di
hospital, Daniel menjaga Suzy semalaman. Suzy cuba membunuh diri dengan
mengelar pergelangan tangannya akibat tekanan dan tidak dapat mengawal diri.
Dia terpaksa dibius untuk menenangkannya. Daniel menongkatkan kepalanya sambil
menutup mata. Dia masih tidak tahu yang Suzy mengandung.
"Daniel..."
Suzy memanggilnya dalam keadaan lemah. Daniel terjaga.
"You
nak air?" tanya Daniel, cuba mencapai gelas dan botol.
"Daniel,
You janji tidak akan tinggalkan i, tetapi kenapa semalam you hantar mesej minta
putus?" tanya Suzy sambil menangis. Daniel terdiam, tidak tahu apa jawapan
yang perlu diberi. Hatinya kini hanya pada Nayla.
Daniel
bangun. "Kalau you dah okey, i nak pulang," katanya, cuba melangkah
keluar.
"I
mengandung!" kata Suzy dengan nada tinggi. Daniel tergamam. Dia menoleh
memandang Suzy.
"I
mengandung, Daniel.You dengan I malam
tu," kata Suzy lagi, cuba menyakinkan Daniel.
Kali ini
Daniel betul-betul terpukul. Dia tidak percaya. Kenapa bukan Nayla yang
mengandung, fikir Daniel.
"Dia
tahu I mengandung, Nayla tahu,"
kata Suzy yang masih menangis.
"Apa?!"
suara Daniel meninggi.
"Dia
tahu, dan hari ni you dan dia bukan lagi
suami isteri. Dia dah pergi. I perlukan you, Daniel, dan anak ini juga perlukan
you," Suzy bangun dan memeluk belakang Daniel sambil menangis.
Dada
Daniel berombak laju. Dia berdiri kaku tanpa membalas pelukan Suzy. Dalam
kepalanya hanya ada Nayla.
Penghujung rindu
Di stesen
bas, Nayla mencari pondok pos berhampiran untuk menghantar surat tersebut
kepada sepupunya, Emily. Itulah sahaja ahli keluarga yang rapat dengannyal.
Kini giliran Emily pula menjaga harta pusaka tersebut. Dia berjalan menuju ke
bas yang akan bergerak sebentar lagi. Perasaannya bercampur baur, sedih dan
suka. Sedih untuk meninggalkan Daniel dan Mak Cik Lin, tetapi gembira kerana
dia akan pulang ke tempat yang dia rindui.
Turun
sahaja dari bas, Nayla berjalan menuju ke rumahnya. Dia melalui sekolah tadika
tempat dia mengajar dulu yang kini dalam proses pengubahsuaian. Kemudian dia
berjalan hingga lalu di kedai makan pakciknya. Dia berdiri sebentar melihat
kedai makan yang sudah lama tidak dibuka. Khabarnya, terpaksa ditutup kerana pakciknya
mengalami strok. Dia berjalan lagi dan lalu ke kedai runcit keluarga Fendy,
yang kini bertukar tangan. Kedai tersebut diambil alih oleh mak cik Fendy.
Keluarga Fendy telah berpindah kerana terlalu sedih atas kehilangan anak sulung
mereka. Tak sangka, dalam masa setahun, banyak perubahan. Nayla berjalan lagi
di bawah awan yang mendung.
Rumah
kayu bertangga kelihatan agak lusuh, tidak terjaga. Nayla menaiki tangga dengan
berhati-hati lalu membuka pintu. Dia masuk sambil melihat sekeliling. Dia
menjadi sebak. Di sinilah dia dan neneknya berteduh, di mana semua kasih sayang
tercurah padanya. Dia meletakkan begnya lalu membuka tingkap. Dia teringat di
tingkap inilah dia selalu melihat Fendy. Airmata menitik setitik demi setitik.
Rindu pada yang tiada sungguh menyakitkan baginya.
Kepala
Nayla semakin sakit, tetapi dia gagahkan diri meneruskan kerja mengemas. Dia
lupa untuk mengambil ubat sebelum pulang ke kampung. Malam sudah pun tiba.
Kepalanya terasa macam nak pecah. Selesai mandi, dia keluar untuk duduk di
serambi halaman rumah.
Matanya
kian kabur, sakit kepalanya tidak tertanggung. Dia terus baring menatap langit
yang gelap. Bulan terang betul-betul berada di depan matanya, bersama
bintang-bintang yang turut bersinar. Dia tersenyum.
"Hai,
Fendy..." kata Nayla seolah-olah cuba mencapai bulan tersebut, dengan tangannya
yang lemah.Matanya semakin kabur dan akhirnya.......dia menutupkan matanya.
Together, we can make stories take flight and inspire souls <-CLICK HERE

Ulasan
Catat Ulasan