Bukan Si Tanggang

   "Tak Mahu ! "Jerit Amir pada Wan Toknya  lalu dia turun berlari meninggalkan rumah ,dengan perasaan marah dan kecewa dengan pemintaan Wan Tok. Amir berlari sekuat yang mampu.
Ditelan rasa sedih dalam hati ,Amir cuba mencari ketenangan di tepi sungai lantas haluan lariannnya punya arah. Mengharapkan setenang air sungai mengalir mampu menenangkan hatinya gagal , Amir duduk sambil menangis teresak-esak.
"Eh Amir ,apa kau buat di sini ? "Tegur Naqib kawan sekampung sambil memegang buluh pancingnya.Amir mendongak lalu mengeleng ,sukar untuk dia menceritakan kecelaruan yang bersilang difikirannya.
"Kau menangis ya,kenapa ?"Tanya Naqib lagi sambil duduk  di sebelahnya. Amir senyap ,matanya dikesat.
"Tak ada apa ,aku gaduh dengan Wan Tok "Amir mengesat matanya lagi
"Bergaduh?Macamana kau boleh bergaduh dengan nenek kesayangan kau tu?"Naqib mengusik,sengih di bibir mengundang perasaan menyampah dengan gurauan Naqib tadi.
"Dahlah ,aku tengah sedih kau nak main-main"Suara Amir keras kedengaran.
"Baiklah aku tak akan usik kau lagi ,tapi..kenapa kau  bergaduh dengan Wan Tok?" Tanya Naqib sambil melontarkan joran buluhnya ke sungai.
Mata Amir memandang rumput dihadapanya.
"Wan Tok suruh aku pergi Kuala Lumpur jumpa Umi aku "
"Jumpa Umi kau?Dah tu pergi lah "Mata Naqib memandang joran di tangannya.
"Aku tak mahu jumpa dia ,Wan Tok cakap minggu ni aku kena jumpa ummi cuti sekolah nanti aku kena jumpa walid pula .Tapi mereka tak pernah nak balik jumpa aku kenapa aku kena cari mereka "Luah perasaan Amir yang membuak-buak.
"Kenapa kau marah sangat dengan mak dan bapak kau ,tak baik tau jadi anak derhaka.Mak aku cakap kita tak boleh jadi macan tanggang lupakan orang tua yang membesarkan kita "Nasihat Naqib pernuh bererti.
"Aku takkan lupa siapa yang besarkan aku yang pasti bukan ummi atau walid tapi Wan Tok ."Mata amir berkaca ,teringat kembali kenangan sewaktu sebumbung dengan ummi dan walid.Tak pernah Amir mendengar mereka berbicara dengan lembut jauh sekali merendahkan suara paling tidak mereka langsung tak bersuara.Umminya akan menguncikan diri di bilik manakala walid keluar entah kemana.
"Dulu masa kau datang sini ,aku perasaan asyik Wan Tok saja yang hantar dan ambil kau dari sekolah .Aku tak pernah tengok mak bapak kau ,nak tanya takut kau marah "Naqib menoleh memandang Amir di sebelahnnya .
"Ummi dan walib dah bercerai "Jawap Amir dengan pendek.
"Mereka tak pernah jenguk kau kat kampung?"Naqib bertanya lagi,Amir mengeleng lagi.
"Biasanya aku kena pergi ke rumah ummi dan dari rumah ummi, walid akan datang bawa aku bersiar-siar  kemudian hantar aku pulang ke rumah ummi semula "Tangan Amir mencabut rumput-rumput kecil di tepinya.
"Pelik ...kenapa jadi macam tu ?"Naqib mengerutkan dahinya.
"Ummi dan walid dah bercerai 4 tahun sudah , aku di hantar kerumah Wan Tok masa aku nak masuk darjah dua .Tak lama lepas tu aku dengar ummi dah kahwin lain ,itupun Paksu yang beritahu ."
"Bapak kau ?"
"Walid memang dah lama ada isteri lain ,ummi dan walid  bergaduh sebab ummi dapat tau walid ada orang lain."
Naqib senyap seketika.
"Kau tahu  bila ummi  nak  kahwin lain ,dia   beritahu Wan Tok ,katanya dia nak mulakan hidup baru dengan orang yang dia cinta, nak sehidup semati dengan lelaki tu .Lelaki yang memahaminya."Amir mencampakkan batu kecil ke dalam sungai.Naqib masih mendengar.
"Aku hairan ,dia tak tahu ke akulah orang yang setiasa temankan dia tidur bila walid taj pulang ke rumah ?Tak sedarkah dia akulah orang yang mendengar dan ada disebelahnya  setiap kali dia menangis ?Aku rasa akulah orang paling memahaminya tetapi kenapa bila dia merancang untuk mulakan hidup bahagia yang baru ,aku tidak ada dalam senarainya."Air mata Amir  mula berkolam di kelopak .
"Bapak kau tak sedih bila mereka bercerai ?”
"Walid? Sedih? Tak ! Dia memang bapa baik tetapi atas kesilapan dia menduakan ummi semuanya berantakkan.Kau tahu aku tak pernah pergi rumah dia sebab isteri walid tak bagi .Dia tak nak adik tiri aku tau yang dia ada abang.Aku rasa sedih dengan ummi dan walid ,tak ada sesiapa pun yang paksa mereka kahwin dulu dan aku pun tak minta lahir ke dunia nak menghadap semua ini "Amir menangis.
"Kali ni aku dah tak mahu pergi ke rumah mereka ,biar mereka pula  cari aku  “Tangisan Amir mengundang rasa hiba Naqib.
“Amir....”Tegur Naqib lembut.
“Tak semua anak di dunia ini lahir terus punya keluarga seperti kau ,bersyukurlah kerana mereka masih hidup, mereka masih ada dan kau masih berpeluang untuk berbakti pada mereka.Semalam aku tengok di TV ada budak tu kena buang didalam tong sampah,kau tak di buang macam tu pun .Kau di hantar ke rumah Wan Tok elok-elok,memang mereka tengah mulakan hidup yang baru, masing-masing cuba bangkit dari kesedihan dulu”Naqib menepuk-nepuk bahu Amir.Dia memujuk.
“Aku dah penat Qib ,tengok ummi dan walid punya keluarga  tetapi aku.....?setiap kali raya aku tak pernah ikut ummi balik rumah dia ,walid pula cuma masukkan duit untuk aku beli barang raya ,buat apa baju baru ,kasut baru tapi aku tak dapat cium tangan  mereka..”
“Kadang-kadang aku kesian tengok Wan Tok kena telefon ummi dan walid untuk tanya masa yang sesuai untuk aku berjumpa mereka,kena bangun pagi-pagi hantar aku naik keretapi sampai Kuala Lumpur dan terus balik kampung semula.”Amir menundukkan mukanya.
“Mereka ada kereta ,kenapa tak datang sahaja .Kenapa nak menyusahkan Wan Tok yang dah tua?”Getus Amir
Naqib memandang langit dia mencari jawapan rakannya itu di sebalik awan,dia tak mahu rakannya simpan sekelumit dendam pada orang tua yang pernah menyayanginya .Bagi Naqib Amir adalah budak yang baik, cukup bahaya bila dia punya dendam sebegitu,dia takut Amir akan menjadi seperti abang Razif ,budak paling nakal di kampung ini.gara-gara kurang didikan agama serta perhatian keluarga ,dia menyalahkan kedua orang tuanya atas kesilapan yang pernah mengheretnya ke pusat permulihan dadah dulu.
“Aku tak mahu apa-apa pun di dunia ini ,aku cuma mahukan keluarga seperti orang lain.Sekarang Wan Tok masih hidup kalau tiba-tiba dia dah tak ada nanti?Mesti ummi dan walid akan bergaduh lagi ,mesti aku akan di tolak ketepi.”Air mata Amir semakin deras mengalir.
“Sabarlah Amir ,tak baik cakap macam tu .Tak elok minta yang bukan-bukan”Pujuk Naqib
“Walid pernah salahkan ummi sebab perniagaanya tak menjadi ,katanya Ummi pakai bomoh.Bukankah rezeki itu datang dari Allah tapi kenapa nak salahkan ummi kalau rezeki dia tak menjadi.Walid sembahyang tak pernah tinggal tapi sedih hatinya masih berdendam pada ummi”Cerita Amir tentang dendam yang bersisa di hati bapanya.
“Ummi pula sentiasa salahkan walid,ungkit semua,janji-janji yang tak tertunai .bagi Ummi dia cuma mahukan suami seperti orang lain.sekarang dia dah dapat ,walid pun dah berkahwin lain tapi rezekinya tetap tak menjadi .Won Tok cakap sebab Walid meragui kebesaran Allah ,dia tak yakin rezeki yang tak ada selama ini adalah satu rahmat Allah untuk menyedarkan dia untuk bangkit semula .Aku tak ada kaitan semua itu  tetapi kenapa tak boleh sayang aku seperti anak-anak yang lain ?Esakkan Amir semakin menjadi.
“Jadi anak ni Amir bukan setakat nak balas budi mereka dengan menjaga mereka bila mereka dah tua,mungkin cara kau lain,mungkin dengan mendoakan kebahagian mereka.”Naqib menarik jorannya .
“Mak aku cakap seteruk mana mak bapak kita ,dosa mereka pada Allah ,bukan pada kita.Jangan ikut perasaan sangat  kesian pada Wan Tok ,tentu dia sedih bila tengok kau macam ni.Bersyukurlah yang Wan Tok cuba mendidik kau menjadi anak yang baik ,yang tak lupa pada orang tuanya.Dia tak mahu kau terus buat dosa ,dia tak nak kau masuk neraka.”
Amir berhenti dari esakkanya ,dia memandang Naqib.Rasa kagum pada Naqib yang sebayanya mampu menasihati dia sebegini.Tenang dengan kehidupannya.
“Jom balik dah petang nanti mak aku tanya :Naqib bangkit sambil menepuk-nepuk punggung seluarnya.Tangan dihulur untuk membantu Amir bangun .
“Terima kasih Naqib kerana sanggup mendengar luahan serta menasihati aku “
“Tak mengapa ,aku faham...”
“Kau faham?”
Naqib menganggung.
“Mak aku sekarang ni pun bukan yang melahirkan aku ,dia jumpa aku tepi pondok dalam kebun getah .”
“Mana kau tahu?”Amir terkejut dengan rahsia yang disimpan oleh Naqib selama ini.
“Arwah atuk yang cerita “
“Tapi mak bapak kau sayang kau , adik-adik kau pun baik dengan kau “
“Amir..bukan semua anak lahir dari rahim ibunya ,aku lahir dari hati mereka.Mak dan bapa aku nak aku jadi anak yang baik dan tak menyimpan dendam pada mak bapa kandung aku.Aku tak marah pada mereka kerana dengan berbuat begitu aku di temukan dengan keluarga aku sekarang ini.Aku bersyukur dan kau juga patut bersyukur kerana masih dapat merasa kasih sayang seorang ibu yang telah membesarkan ibu kau walaupun dia bergelar nenek.Allah itu adil Amir..”senyum Naqib

Ulasan

Catatan Popular