Rendang Syawal
Syawal berlari berkejaran dengan Jalak ,sijantan yang menjadi teman dikala sepi dikala sunyinya .
"Syawal...! ."panggil Mak Tok di atas serambi .
"Ya Mak tok " sahut Syawal
"Kamu buat apa tu ?"Tanya Mak Tok. Syawal senyap,dia mengambil Jalak lalu di simpan didalam reban .Syawal berjalan menghampiri Mak Tok, melihat Mak Tok sedang menganyam ketupat dia duduk bersila didepan Mak Tok.
"Mak Tok esok nak raya ,umi dan babah balik tak?"Tanya Syawal.Mak Tok senyap.Syawal bertanya lagi.
"Mak Tok ,Umi dan Babah balik tak?"
"Tak balik "Mak Tok menjawap dengan laju.
'Kenapa tak balik ?"
"Tak ada rendang "
"Kenapa tak buat ?"
"Tak ada duit nak beli daging" tangan Mak Tok masih ligat menganyam.
"Kalau ada rendang umi dan babah balik raya ?" Syawal memandang Mak Tok.
Mak Tok senyap.Syawal turun dari serambi .
"Nak kemana tu ?"Tanya Mak Tok.
"Nak pergi cari daging "kata Syawal.Mak Tok senyap.
Syawal berjalan menuju ke kedai dan dia terserempak dengan Aki Man.
"Assalamualaikum Syawal nak kemana tu ?"
"Nak ke kedai Makcik Juni , beli daging "
"Nak buat rendang ke ?"Tanya Tok Man dan Syawal mengangguk.
"Aki ...Syawal nak tanya kalau daging nak buat rendang berapa ringgit?”Tanya Syawal.
“Eh Mak Tok tak beritahu ke ?”Aki Man hairan.
Syawal menggeleng.
“Ikut kilo ,tapi biasanya setengah kilo dah cukup buat rendang .Dalam lapan ringgit sahaja“ Jawap Aki Man.Syawal senyap dalam poketnya cuma ada dua ringgit.
“Tak apalah kamu pergilah ke kedai ,baik –baik jalan “pesan Aki Man.
Perasaan Syawal dalam gundah ,duitnya tidak cukup untuk mengumpan ibu dan bapanya pulang beraya .Namun dia nekad duit perlu di cari .
“Syawal ! “ Tegur Mukmin dari belakangnnya.
Syawal menoleh .
“Mukmin”
“Nak kemana ?”Tanya Mukmin tercunggap-cunggap mengejar Syawal.
“Nak pergi kedai Makcik Juni beli daging tapi......duit tak cukup “luah Syawal.
“Kalau nak duit mari ikut aku tolong Lebai Herman kemas surau ,semalam aku tolong dia bagi aku lima ringgit” ajak Mukmin.
“Marilah “ Syawal menarik tangan Mukmin.
“Assalamualaikum Ija “ Aki Man memberi salam pada Mak Tok yang masih lagi duduk di serambi .
“Waalaikumsalam ,ada apa Aki ?”tanya Mak Tok.
Aki Man duduk di sudut serambi .
“Tak ada apa,aku nampak Syawal tadi dia nak ke kedai beli daging .Kau tau tak dia pergi ke kedai ?”Tanya Aki Man.Mak tok senyap.Dadanya berombak resah.
“Mansur atau Azah balik tak tahun ni ?”Tanya Aki Man lagi.
“Tak balik ,Mansur dan Azah dan berapa tahun tak balik. “Jawap Mak Tok .
“Lepas mereka berdua bercerai takkan tak pernah balik langsung ?” Aki Man hairan.
“Ada itu pun hantar Syawal suruh aku jaga.”
“Dah berapa tahun tu ,masa dia hantar dulu Syawal baru 3 tahun sekarang budak tu dah masuk 6 tahun “
Mak Tok senyap,dulu dia meratap mengenangkan nasib anaknya menjadi janda kini dia menitiskan airmata hanya kerana Syawal ditinggalkan begitu sahaja.
“Masing-masing dah berkeluarga ,nak buat macamana”
“Takkan tak kisahkan Syawal ni langsung?”Aki Man mula merasai beban yang Mak tok tanggung.
“Cuma duit setiap bulanlah di hantar ke aku dan Syawal itu sahaja “
“Nasib baik mereka bagi duit “
“Ala nak duit kalau aku kerja menoreh kat kebun Haji Yussof tu pun cukup untuk aku dan Syawal “
Aki Man menoleh kiri dan kanan .
“Mana pula Syawal ni kata nak beli daging tapi lamanya “
Airmata Mak Tok bergenang,dia tunduk.
“Aku tipu Syawal ,dia tanya aku mak dan bapak dia balik tak .aku cakap kalau ada rendang daging mereka baliklah “Airmata Mak Tok tumpah.
Aki Man memandang Mak Tok dengan simpati yang berbekas dihati ,kasihan....itulah satu-satunya Syawal yang tidak di rai....
“Assalamualaikum Tok lebai “Syawal dan Mukmin serentak memberi salam.
“Waalaikumsalam “jawap Lebai Herman.
“Kami berdua datang nak tolong kemas surau “
“Alhamdullilah.....nanti Tok bagi lima ringgit seorang “
Mukmin dan Syawal mengangguk.
Sejadah dilipat dan disusun satu tempat.
Karpet berwarna ungu disapu bersih .Hapus debu dan pasir beralas dikaki umat sebelum ini,sebelum wudhuk membersih secara mutlaknya.
Pinggan dan mangkuk di cuci ,sabun dan buih menjijih ke lengan
Keseronokan dan keiklasan mereka membersihkan rumah Allah dapat di lihat olehLebai Herman.Dia tersenyum sendiri.
“Mukmin kau dah beli baju raya ?” Tanya Syawal
“Dah mak aku beli kelmarin,kau ?”
“Mak Tok buat dah satu.”
“Mak dan abah kau balik tahun ni ?”
“Balik kalau ada rendang “
“Kenapa macam tu ?” tanya Mukmin hairan.
“Entah Mak tok cakap macam tu “
“Berapa lama mak dah abah tak balik ?Mukmin bertanya lagi sambil mencuci cawan.
“Entah “Syawal sendiri sukar mengingati siapa ibu dan bapanya,sukar untuk di gambarkan.
Cuba dilisankan dia tak pasti ,cuba diilusi namun gagal digambari .
Dulu cuma sekeping gambar yang diambil sewaktu pernikahan orang tuanya digantung di bilik sekarang dah tiada,Namun Syawal yakin dia lahir atas nama cinta diwaktu fajar Syawal menjelma dimana seluruh umat dunia meraikannya,tetapi kini rayanya hanya berdua .Mencium tangan Mak Tok di pagi raya dia rasa ada kekurangannya ,dia hanya ingin mencium tangan ibu dan bapanya pula.Itu yang wajib ,di sekolah pun Syawal diajar untuk memulakan yang wajib dahulu namun seandainya ibu dan bapanya masih tidak pulang untuk beraya tiadalah istimewanya hari yang di nanti seluruh umat islam didunia.Dia mesti buat rendang juga.
“Assalamualaikum anak-anak” tegur Lebai Herman.
“Walaikumsalam Tok lebai “jawap mereka berdua.
“Suka tok tengok kamu berdua ni buat kerja ,dah nanti dah siap cuci ambil duit dengan tok.Tak payah kemas semuanya, esok nak raya”Kata Lebai Herman .
“Baik tok “Balas Mukmin.Syawal hanya diam.
Mak Tok mendail nombor telefon anaknya Azah.
“Assalamualaikum ...Azah”
“Walaikumsalam mak ...
“Kamu sihat ,mak nak tanya kamu balik tak esok?” Mulut Mak Tok mengulum.
“Tak lah mak saya nak ikut abang Fauzi dan anak-anak pergi balik singapura malam ni “
“Syawal bukan anak kamu ?”Nada Mak Tok meninggi.
“Mak ni itu anak abang Mansur,sekarang saya dah ada anak dengan abang Fauzi . Saya dah ada keluarga baru mak...”Azah berdengus.
“Dulu aku tak bagi kahwin ,kau cakap tak kahwin dengan Mansur kau tak sanggup nak hidup.Sekarang ni dah berpatah arang berkerat rotan.Syawal jadi mangsa perbalahan...”Mak Tok merasa sedih.
“Dahlah mak ,saya nak bersiap ni .Duit saya dah masukkan kelmarin .Cukup untuk beli baju dan kuih muih untuk rumah tu.Assalamualaikum “Suara Azah dimatikan.
Mak Tok memandang keluar jendela,dari matanya yang sudah berkedut seribu ,dia masih mampu melihat dengan terang.dia melihat seorang ibu yang hilang perananya.
Dia cuba menelefon Mansur,dia cuba lagi namun talian gagal di sambungkan.
Mak Tok duduk termenung dan mengelengkan kepalanya.
“Nah ini duit yang tok janjikan “Lebai herman mengukurkan lima ringgit pada Syawal dan Mukmin.
“Terima kasih tok “Mereka berdua menyambut duit yang di beri.
“Selamat hari ya nak ‘
“Selamat hari raya tok “Syawal senyum .Dia melihat duit lima ringgit di tanggannya.
“Syawal kau nak buat apa duit ni ,beli mercun?aku pun nak beli juga”
“Aku nak beli daging tapi tak cukup juga.Aki Man cakap daging setengah kilo lapan ringgit.Aku cuma ada tujuh ringgit sekarang .”Mata Syawal memandang duit di tanggannya.
Mukmin memandang Syawal lalu di hulurkan duit lima ringgit .
“Kau pakailah duit ni.Aku puasa penuh puasa tahun ni jadi bapak aku janji seringgit sehari.”
Syawal memandang Mukmin.Dia tersenyum
“Terima kasih Min”Syawal menyambut duit dari tangan Mukmin.
“Pergilah cepat kedai nanti tutup”Kata Mukmin.
“Baiklah...”
“Syawal berjalan menuju kekedai Makcik Juni dan dia ternampak Makcik Juni sedang bersiap menutup kedainya.
“Makcik,makcik tunggu Syawal nak beli daging!!! “jerit Syawal
Makcik Juni memandang menoleh memandang Syawal.
“Daging dah habis “Kata Makcik Juni.
“Daging dah habis,tak ada sedikit pun?”Tanya Syawal resah.
“Daging lembu dan ayam langsung dah tak ada.Kenapa lambat datang...?”Kata Makcik Juni.
“Daging ayam??”Syawal berlari pulang....
“Mak Tok!!!Mak Tok!!!! Mak Tok !!!” Jerit Syawal mengejutkan Mak Tok dari lamunannya.
“Kenapa?”Tanya Mak Tok melihat Syawal memeluk Jalak sambil menangis.
“Daging lembu dan habis ,Mak Tok ambil la Jalak .Sembelihlah Jalak,Syawal nak raya dengan ummi dan babah,sembelihlah Jalak ambilla Jalak buat rendang.Ummi dan babah sedang tunggu rendang kita”Syawal menangis sambil mencium Jalak...Mak Tok terdiam....

Ulasan
Catat Ulasan