Hikmah sebenarnya cinta

Allah menganugerahkan cinta untuk setiap hambanya dan dalam cinta ada hikmah ,saya nak kita sama- sama cari hikmahnya “ itulah ayat yang suami aku ucapkan ketika dia melamarku dulu , cinta yang berputik dari zaman kolej lagi telah diakui tulusnya takkala cincin disemai di jari manisku.Indah sungguh waktu itu…

“Hai sayang “Sapaku sambil mencium dahinya .
“Cantik tak bunga ni ,saya nak tukarlah .Bunga lama dah layu “ kataku .Suamiku kelihatan tenang baring di katil.Selesai menukar bunga ,aku duduk di sisi sambil menyikat rambutnya .
 “Awak tahu hari ni Anuar salah buat akaun ,Nasib baik Sarah ada kalau tak kelam kabut jadinya “ Itulah rutin harianku menceritakan apa yang berlaku sambil menjaganya yang telah koma selama 6 bulan akibat kemalangan
 Berbekalkan mesin pernafasan yang membantu jantung suamiku terus berdenyut ,hikmah dalam cinta tak putus-putus aku minta dari YANG MAHA ESA .

“Terima kenyataan Natalie suami kamu tak akan sedar ,dia tak akan bangun .Dah 3 bulan kita menunggu ,tandatangan sahaja surat kebenaran tu untuk doktor tanggalkan mesin tersebut”Ayat ibu yang tajam menusuk .
“Lepaskanlah dia Natalie ,jangan seksa dia lagi “Pujuk ibu mertuaku pula.
“Tak nak! Dia akan bangun ,dia akan buka matanya nanti Natalie percaya ! “Jeritku mengendahkan nasihat ,aku cuma mahu terus menunggu dan menunggu biarpun untuk selama-lamanya .Setia seorang isteri takkan berganjak seinci ,aku indahkan hariku di dalam mimpi walaupun di siang hari biarpun diri diuji cinta ini tak kan pernah mati.

   Suatu hari disebelah bilik kami sudah pun berpenghuni ,bila masa pindahnya ke situ pun aku tak tahu dan aku pergi menjenguk .Kelihatan seorang wanita bersama 2 orang anak yang kecil sedang menolong seorang lelaki yang lemah diatas katil ,mungkin itu suaminya fikirku sendiri .Dia menoleh memandangku .
‘Hai saya Natalie “ aku memperkenalkan diri.
“Riena “Dia menghulurkan tangan dan aku menyambutnya.
“Suami?” tekaku,dia mengangguk.
‘Sakit apa ?”
“Jantung “jawapnya pendek.
“Saya pun jaga suami juga “
“Dia pun sakit jantung ?”dia pula meneka
“Tak, dia koma.Kemalangan .”
“Sudah berapa lama ?”
“6 bulan ,itu anak-anak awak? “ Perbualan kami terganggu seketika takkala aku terperasan keletah 2 orang kanak-kanak yang cuba membantu bapa mereka ,yang si lelaki menyuapkan makanan dan yang si kecil perempuan leka menyikat rambut bapanya yang kelihatan jarang.
“Ya, Remy 7 tahun dan Julia 5 tahun .Awak dah ada anak ?”
‘Tak ada lagi baru setahun kami berkahwin .”
“Ooo… tak kerja hari ni ?” mungkin dia hairan kerana aku berada di hospital di tenghari isnin dimana waktu begini orang sedang sibuk di pejabat.
“Saya dan suami buka perniagaan jadi adalah masa sendiri untuk keluar ,awak bekerja juga?”
“Cikgu piano di  Petaling Jaya “
‘Kebetulan saya juga tinggal di Petaling Jaya ,seksyen berapa?”
“Seksyen 8”
‘Ada ke sekolah muzik di situ" ‘aku mengerutkan dahi .
“Memang ramai yang tak perasan ada sekolah muzik disitu ,berada di tingkat 1 bawah kedai tayar Brigdestone “Terangnya lagi.
“Baguslah, wanita zaman sekarang elok bekerjaya “aku luahkan pendapat
“Betul. Sekurang-kurangnya ada persediaan seandainya perkara sebegini terjadi “katanya sambil menudukan kepalanya memandang ke lantai,aku senyap.
“Saya masuk dululah ya ,masa untuk lapkan suami .Ada masa kita bual lagi ya “Pintaku mengundurkan diri.Dia mengangguk dan hanya tersenyum.

   Semenjak hari tu aku dan Riena berkawan baik ,kami sering berkongsi bekalan makanan, berkongsi buah tangan, berkongsi kata-kata semangat ,berkongsi derita juga sengsara dan juga berkongsi harapan.Inilah Kisah 2 orang isteri yang menghargai cinta dari suami dan menantikan hikmah yang mungkin tiba biarpun tarikh tamat sebuah penantian itu tiada.
   “Riena….’Aku memanggilnya ,tiada jawapan.
Aku mencarinya dibilik dan kelihatan Riena sedang membincangkan sesuatu dengan doktor ,dia raut wajahnya ,dia kelihatan sedih.Aku menunggu di tepi pintu sambil memerhatikannya.Doktor tersebut beredar.
“Riena …’tegurku perlahan saat dia menoleh dan memandangku,dia melangkah lalu memelukku sambil menangis .
“Natalie kami kesuntukan masa , kami gagal mendapatkan penderma jantung yang sesuai untuk suami saya dan….”ayat itu tergantung seketika di sulami tangisan yang tiada nadanya.
“Doktor kata suami saya dah tak boleh bertahan lama lagi .”Ayat tadi bersambung.Aku tersentap seketika dan menoleh melihat suaminya yang kian lemah dari hari ke sehari .
“Sabar Riena pasti ada jalan penyelesaiannya ,percayalah “Pujukku .

  Aku berdiri di tepi pintu bilik Riena melihat dia tertidur di tepi katil suaminya dan pandangan aku beralih kepada 2 orang anak mereka yang comel sedang lena di sofa kecil .Perlahan aku melangkah mendekati Remy dan Julia , aku betulkan selimut mereka untuk seketika aku memikirkan nasib mereka .Aku ke bilik semula.
Aku perhatikan suamiku yang sentiasa tenang ,aku baring disisi sambil membetulkan butang bajunya.Rasanya sudah terlalu lama aku tidak baring di sisinya , rindu mula menerjah jiwa.
“Sayang …awak tahukan saya cintakan awak?awak tahu saya sanggup menunggu awak sampai bila-bila?andainya awak boleh mendengar sekarang ,saya nak awak tahu yang cinta saya tiada penghujungnya.Bila pertama kali awak melamar saya dan berkata Allah menganugerahkan cinta untuk umatnya dan dalam cinta ada hikmah ,awak minta kita mencarinya dan saya rasa saya telah jumpa”Aku menangis didadanya.
“Terima kasih kerana mencari hikmah itu bersama saya dan terima kasih kerana menyintai saya “Aku terus menangis.
Akhirnya suamiku membukakan matanya…… tetapi disisi YANG MAHA ESA ,aku berdiri dibawah pokok melihat perkebumian suamiku dari jauh.
“Tik..Tik..Tik..”Bunyi message handphone,aku membacanya.
“Natalie ,suami saya telah selamat menjalankan pembedahan.Syukur jantung itu sesuai dengannya dan doktor kata suami saya akan pulih seperti biasa dalam 4 bulan dari sekarang.Terima kasih Natalie ,terima kasih banyak-banyak.-Riena “
Aku tersenyum sendiri ,membiarkan suami orang lain hidup sedangkan suami aku terkubur disana ,membiarkan keluarga mereka bersama semula sedangkan keluargaku sudah tiada ,memberi peluang mereka kecapi bahagia yang pernah aku rasa .Belajar melepaskan suamiku dari kepentingan diri sendiri  dan memahami erti sebenarnya cinta biarpun tidak di miliki  ,itulah HIKMAHNYA….

Ulasan

Catatan Popular