Menantu untuk abah



Dari semalam lagi,Rashidah terasa dengan kata-kata ibunya. Biarpun usianya sudah mencecah 32 tahun, adakalanya dia dilayan seperti budak -budak. Ada saja yang tidak kena di mata ibunya, sebab itu Rashidah lebih rapat dengan abah. Bagi ibu adik kembar mereka Zulhelmi dan Zulham, adalah segala-galanya. Topik yang buat dia tersentap semalam adalah tentang menantu, abah sendiri meluahkan rasa ingin mempunyai menantu.

"Kakak tak ada ke berkawan dengan sesiapa ?" Tertiba soalan itu diajukan sewaktu mereka minum petang semalam.

"Berkawan,ramai bah" Jawap Rashidah dengan ringkas.

"Maksud abah dengan kawan lelaki, mungkin lebih dari seorang kawan " Rusman sekali lagi cuba mengorek jawapan.

Rashidah terkesima sebentar dengan soalan tersebut. Dahinya berkerut
.
"Mana ada abah, kakak ni siapa yang nak " sambil tersenyum Rashidah menjawap,dia sedar keadaan dirinya yang tidak seperti cikgu-cikgu baru di sekolahnya.Sudahlah cantik,putih, pandai bergaya  sedangkan dia yang berkulit sawo matang dan berbadan agak gempal .Mana mungkin akan ada yang mahukannya, apatah lagi hidupnya sebagai cikgu sekolah rendah yang tidak pandai bersosial .
"Kakak tak nak cuba-cuba ke cari jodoh ?" sekali lagi Rusman bertanya.

"Abah bukan apa, abah rasa dalam usia kakak ni sudah sesuai untuk berkahwin. Abah pun teringin nak ada menantu, nak tunggu si kembar tu kahwin lambat lagi. Mereka tu baru saja masuk kolej, budak - budak lagi “Luah Rusman membuatkan Rashidah terpinga-pinga.

"Abah nak Rashidah kahwin?" Dia rasa seperti tidak percaya yang Rusman boleh kemukakan permintaan tersebut. Ini mesti disebabkan oleh mak fikirnya .

 Sebelum ini Rusman sering didesak oleh isterinya, untuk menyuruh Rashidah mencari pasangan.
"Abang ni perasan tak Rashidah tu dah semakin meningkat usianya?" Zalina ibu Rashidah bertanya sambil melipat baju. Rusman hanya mendiamkan diri, dari kecil dia memang rapat dengan puterinya tu.Agak sukar untuk membiarkan Rashidah,punya teman hidup. Namun apa yang di katakan oleh Zalina, ada betulnya Rashidah perlu melalui fasa kehidupan seterusnya.

"Agaknya sebab abang rapat sangat dengan dia, itu punca dia tidak cari pasangan. Jangan macam tu bang, berdosa kita simpan dia sampai ke tua. Ramai kawan -kawan saya bertanya, bila Rashidah tu nak naik pelamin. Sampai bila dia nak hidup bujang ? Rashidah tu perempuan , anak lelaki lain dah berkahwin pun tetap bertanggungjawap menjaga kita "bebel Zalina lagi. Lipatan kainnya semakin meninggi, tetapi bebelannya masih tidak berhenti.

 Itulah punca Rusman bertaya, secara peribadi dia tahu Rashidah tidak pernah merahsiakan apa-apa darinya. Termasuk ketika Rashidah berusia 15 tahun,buat pertama kalinya punya cinta monyet. Rusmanlah orang pertama dia cari, ketika itu Rusman Cuma tergelak dan merasakan Rashidah terlalu muda untuk menyukai seseorang . Oleh kerana curiga dengan rahsia dua beranak itu, Zalina masuk ke bilik Rashidah dan membaca diari yang disimpan di bawah bantal. Atas sebab terlalu kecewa dengan sikap tidak jujur ibunya, Rashidah tidak pernah mempunyai diari selepas itu. Bagi Zalina perbuatannya tidak salah kerana dia seorang ibu, perlu tahu semuanya. Seperti biasa Rusman tidak mempunyai kata-kata untuk tidak bersetuju, dengan tindakan tersebut.

“Macam mana nak ada calon, dengan badan berisi , tak pandai bersolek. Macam mana dia bangun tidur macam tu jugaklah dia pergi kerja. Siapa nak pandang?” Tiba-tiba Zalina menyampuk sambil menghantar kuih dalam pinggan. Suasana menjadi senyap, hanya mendengar bunyi kereta yang sesekali lalu di hadapan rumah mereka. Abah memandang muka Rashidah yang semakin merah, dia tahu Rashidah marah tetapi sepanjang membesarkan puterinya itu Rashidah tidak pernah kurang ajar pada mereka terutama pada Zalina. Yang kerap menyakiti hati Rashidah, secara sengaja atau tidak.

“Eh, jodoh yang datang bukan tengok rupa. Anak abah ni dah cukup manis, cantik tentu ada peminat di luar sana yang mungkin kakak tidak tahu “ Rusman cuba mencairkan hati anaknya itu. Rashidah Cuma membalas dengan senyum tawar,dia tak faham kenapa perlu mengubah diri bagai untuk cari pasangan.
“Hurmm… saya ni kalau bercakap ada salahnya pada abang,semuanya baik –baik  pada Rashidah “ dengan rasa sedikit menyampah, Zalina meninggalkan mereka berdua di serambi rumah setelah kuih tadi diletak di depan mereka.

“Eleh, mak kamu tu dulu pun bukanya pandai bersolek . Masa bercinta dengan abah dulu, mak kamu tu pakai lipstik ,merah menyala macam bibir Anita Sarawak .Kalau tak sebab atuk kamu nampak abah keluar dengan mak kamu, tak kahwin kami. “ Kata Rusman seperti berbisik pada Rashidah takut-takut Zalina terdengar.

“Apa bang? Anita Sarawak?” Laung Zalina dari dalam rumah dan Rashidah tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar cerita dari Rusman.

******
“Rashidah !” Khadeja memanggil.
Rashidah berhenti berjalan dari terus menuju ke bilik guru dan lalu menoleh kebelakang.
“Ya?” Tanya Rashidah

“Esok malam keluarga mertua aku ada buat kenduri doa selamat sikit untuk adik bungsu Sufian, yang baru habis belajar. Jadi nak jemput kau sekeluargalah datang”
“Oh ye ke? Insha Allah aku datang . Lepas maghrib bukan?” Rashidah minta kepastian.
“A’ah lepas maghrib” Balas Khadeja merangkap teman sejati Rashidah, dia tahu luar dalam tentang Rashidah.

“Ingatkan keluarga Sufian nak buat kenduri untuk kau” Tangan Rashidah mengusap –usap perut Khadeja

“Ish baru 2 bulan aku mengandung la” Khadeja menepis lembut tangan Rashidah sambil ketawa.
“Keluarga Sufian mesti sangat teruja , cucu sulung katakan”

“Terujalah juga tapi masih barukan, jadi tak nak terlalu gembira” Tangan Khadeja pula mengusap-usap perutnya.

“Macam mana rasa 2 bulan mengandung ni?” Tanya Rashidah sambil mereka berjalan menuju ke bilik guru bersama.

“Morning sickness, itu yang rasa tak larat nak bangun pagi. Aku sekarang tak boleh masak, tak tahan dengan bau menumis. Jadi Sufian akan beli makanan di luar ,setiap hari ” Terang Khadeja lagi.
“Kesian Sufian “ Kata Rashidah sambil ketawa kecil.

“Kalau kau kahwin nanti kau taulah, harap-harap dapat suami yang memahami “
Rashidah terdiam, itulah impiannya kini untuk punya keluarga macam orang lain.
“Siapalah nak kat aku ni ?” Suara Rashidah semakin perlahan.

“Rashidah, jodoh ni rahsia Allah. Mana tahu esok lusa kau jumpa seseorang . Macam aku dengan Sufian, siapa sangka aku boleh berkahwin dengan orang yang paling aku menyampah sekali semasa di universiti dulu “ Kata Khadeja dengan harapan semoga kata-katanya boleh meredakan rasa sedih teman baiknya itu.

“Entahlah” Keluh Rashidah.

“Aku sentiasa doakan pada kawan baik aku ni, suatu hari nanti kau akan berjumpa dengan jodoh yang abadi “ Tangan Khadeja menunjuk ke langit sambil tersenyum. Rashidah mencuit kawannya.
“Eh, jangan mengarutlah “

“Rashidah doa ibu mengandung ni insha allah makbul tau “ senyum Khadeja masih kelihatan, Rashidah Cuma mengelengkan kepala sambil tersenyum mendengar kata-kata kawan baiknya itu.

********           
Oleh kerana mak dan abah tidak dapat ikut serta ke kenduri Khadeja, Rashidah terpaksa pergi bersendirian. Agak kelam kabut Rashidah malam tu,tertinggal telefon bimbitlah, kunci kereta salah letaklah. Bagai ada je yang tidak kena , Rashidah merungut-rungut  dalam hati.

“Alamak, nak parking kereta macam mana ni ?” Rashidah bercakap seorang diri , apabila melihat banyak kereta di kawasan rumah mertua Khadeja. Nak tak nak dia terpaksa double parking pada sebuah kereta honda hijau tua. Tanpa buang masa dia terus turun dan menuju ke dalam rumah mertua Khadeja, saat dia cuba melangkah masuk dia nyaris terlanggar seseorang.

“Ops ! “ Kata lelaki tersebut cuba mengelak dari terkena Rashidah, dan Rashidah terus menahan diri dari tersembam mukanya ke dada lelaki tersebut. Untuk 3 saat pertama mata mereka bertembung, 3 saat yang mampu membuatkan dua jantung berdegup serentak.

“Maaf” Pinta Rashidah dengan rasa malu.

“Eh tak mengapa “ Balas lelaki tersebut, dengan laju Rashidah terus masuk ke dalam rumah. Mukanya masih merah dan Khadeja menegurnya.

“Rashidah, kenapa lambat. Majlis dah nak mula, dan kenapa muka tu merah?” Tanya Khadeja sambil perhatikan perubahan warna muka Rashidah .

“Tak ada apa-apa” Tangan Rashidah mengusap pipinya berkali-kali.

Sepanjang majlis berjalan, Rashidah dan lelaki tersebut sempat mencuri –curi pandangan . Adakalanya Rashidah terleka memandang wajah lelaki tersebut, yang kusyuk membaca yassin di tangan.Nampak seperti lelaki yang soleh, bisik hatinya sendiri. Dan adakalanya lelaki tersebut pula memandang Rashidah, dan cepat-cepat Rashidah mengalihkan pandangannya. Sesekali Rashidah tersenyum sipu bersendirian, secara tidak langsung mencuri perhatian Khadeja di sebelahnya.

“Kau ok ke Rashidah ?” Tanya Khadeja

“Eh ok je, kenapa?”

“Lain macam perangai kau malam ni “Kata Khadeja sambil mencuit-cuit dagunya sendiri.
Pada mulanya Rashidah tidak mahu bertanya apa-apa pada Khadeja, tetapi hatinya meronta-ronta untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang lelaki tersebut. Mana tau dia adalah kenalan rapat atau saudara mara Khadeja atau Sufian.

“Khadeja, nak tanya kau kenal ke lelaki tu ?” Tanya Rashidah sambil menarik lengan Khadeja.
“Yang Mana ?” Khadeja memanjangkan lehernya untuk tengok sekumpulan lelaki di ruang tamu .
“Itu yang pakai baju melayu warna biru” Jarinya menujuk lelaki yang agak cerah kulitnya, berbadan sederhana tinggi dan memakai cermin mata.

“Kamil ”

“Kamil , siapa dia tu ?” Sekali lagi Rashidah bertanya.

“Kalau tak salah, dia tu Cuma kenalan Sufian. Tak rapat pun tetapi sebab mereka pernah bekerjasama dalam perniagaan” Terang Khadeja lagi.

“Dah kahwin?” Soalan terakhir di tanya .

“Kenapa ni , berkenan ? Usik Khadeja.

“Ish, tak delah. Tanya je “ Rashidah buat pura-pura macam tidak ada apa-apa di dalam hatinya.

“Rasanya belum lagi, dia sebaya kita tau “ Tambah Khadeja lagi.

Rashidah Cuma mengangguk faham, dia tersenyum sendiri lagi.

Ketika dia Cuma melangkah ke ruang tamu, dia perasan Kamil seperti tercari-cari sesuatu. Dia 
beranikan diri untuk bertanya, mana tahu dia boleh membantu.

“Maaf ya, encik cari apa ?” Tanya Rashidah dengan suara yang agak tergagap sedikit.

“Cari telefon saya , “

“Encik salah letak agaknya, nak saya cuba telefon ke ? Mana tahu berbunyi dan boleh tahu lokasi telefon tersebut” Rashidah memberi cadangan.

“Panggil saja saya Kamil, boleh juga guna idea tu “ Kamil memperkenalkan diri.
“Saya Rashidah, boleh bagi nombor telefon bimbit encik untuk saya hubungi?

Kamil terus menberi nombor telefonnya sambil jari Rashidah mendail.

“Kring..kring..kring”

Bunyi telefon bimbit Kamil jelas kedengaran. Kuat.

“Eh dalam poket seluar saya rupanya “ Senyum nakal Kamil jelas kelihatan, dan Rashidah ketawa kecil dengan tektik Kamil tadi. Dia mati-mati ingatkan telefon Kamil memang hilang.Nakal.

Dengan rasa malu yang amat, Rashidah terus meluru masuk ke dapur. Jantungnya berdegup laju, sempat dia memandang wajah Kamil dari jarak yang dekat dan perasan ada sebiji tahi lalat kecil di tepi dagu Kamil. Manis juga orangnya. 

Khadeja dan Rashidah duduk berbual –bual sementara menunggu tetamu lelaki pulang .
“Kak long tahu tak kereta Myvi merah kat tepi rumah  encik Samad tu, siapa punya ye ?” Tanya adik ipar Khadeja.

“Myvi merah ?” Khadeja bertanya lagi sekali lalu mengalihkan padangannya pada Rashidah.
“ Kereta tu block kereta orang”  

“Kereta kau agaknya Rashidah ?” Teka Khadeja.

“Mungkin ” Rashidah terus bingkas bangun dan mengambil kunci kereta di dalam beg.
Dengan laju Rashidah terus berjalan keluar rumah, takut pemilik kereta tersebut marah.

“Maaf encik saya halang kereta encik” Tanpa buang masa Rashidah memohon maaf, apabila dia sedar keretanya sudah menjadi penghalang kenderaan lain keluar. Pintu kereta Honda terbuka luas dan seorang lelaki keluar.
Kamil !

Dari tergopoh – gapah cuba membuka pintu kereta, Rashidah terus berdiri seakan kaku seketika.
Kamil tersenyum .

“Hurmm … ini kena belanja saya makan malam nanti . Sebab kereta awak menghalang kereta saya, saya dah lambat pulang ke rumah “ sekali lagi Kamil memancing hati Rashidah.

Tanpa bersuara, Rashidah terdiam dengan rasa bersalah.

“Tadi tu nombor awak bukan, nanti saya telefon ya “ Kata Kamil sambil tersenyum lagi sebelum masuk ke dalam kereta .

Rashidah jadi tidak keruan,mukanya merah. Dadanya berombak laju,terasa seperti nak terjun dari bangunan .Dia rasa pelik pada dirinya sendiri, rasanya sangat lain dari perasaannya ketika dia mula-mula kenal erti cinta monyet.

Senyumannya berlarutan sehingga keesokkan pagi .

********
Selang beberapa hari, seperti biasa Rashidah bangun subuh untuk solat dan menyiapkan diri ke sekolah. Tiba- tiba aplikasi whatsapp telefonnya berbunyi. Hairan, tak pernah ada whatsapp masuk pagi-pagi ni. Dia mencapai telefonnya lalu membaca

“Assalamualaikum
Salam subuh,
Mulakan hari anda dengan al-fatiha dan selawat kepada Rasullulah S.W.T
semoga hari ini lebih baik dari semalam
-Kamil

Rashidah terkejut, dia tidak sangka Kamil akan menghantar pesanan setelah beberapa hari kejadian pertembungan mereka berlaku. Sejenak dia berfikir seketika, perlukah dia membalas pesanan Kamil ?
Dia sendiri tidak berapa mengenali Kamil, takut di katakan tergedik –gedik membalas pesanan orang lelaki. Rashidah masih tidak membalas apa-apa biarpun sudah sampai ke sekolah, fikirannya melayang – layang.

“Balaslah ! “ Khadeja separuh teruja apabila Rashidah bercerita tentang kejadian pagi tadi,Rashidah masih rasa tidak selesa untuk membalas apa-apa untuk Kamil.

“Takutlah, takut di katakan tergedik-gedik “ Rashidah cuba mengelak.

“Rashidah, dia Cuma hantar pesanan berbaur nasihat bukan?. Sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih dah orang doakan kita “ Mata Khadeja mengecil dan mengalihkan mukannya memandang Rashidah yang duduk di tepinya.

“Seganlah “ Rashidah masih cuba mengelak.

“Segan apa pula, dah kalau kau takut nak balas mari sini aku tolong balaskan “ Cadang Khadeja.
“Nak tulis apa ?” seolah-olah otak Rashidah tersekat. 

“Ucaplah terima kasih ke apa ke ?” Sekali lagi Khadeja memberikan cadangan, dia tahu biarpun kawannya sudah menginjak usia 30an tetapi ini semua terlalu baru baginya. Rashidah banyak menghabiskan masa muda dengan keluargannya, dia yang menanggung adik kembarnya belajar selain mengisi masa lapang dengan membaca bersama abahnya.

******
 Waktu rehat pukul 10 pagi itu , terasa panjang. Dia masih lagi mempertimbangkan cadangan Khadeja, dengan perlahan dia berjalan menuju ke surau untuk solat dhuha. Rutinnya begitu, solat yang menjemput rezeki tetapi baginya waktu yang terluang adalah untuk Allah. Selesai solat dhuha, dia mencapai telefon di dalam begnya dan mula menaip.

Assalamualaikum,
Terima kasih atas doa yang dihantar pagi tadi, semoga hari ini juga lebih baik dari semalam untuk encik Kamil sekeluarga.
-Rashidah-

Selesai menaip pesanan tersebut , dia masih duduk memandang ke tirai di depannya. Tirai yang memisahkan antara jemaah lelaki dan perempuan . Dia mengembalikan semula kisah, di mana dia nyaris terlanggar Kamil. Dia tersenyum sendiri, fikirannya bermain-main dengan pelbagai persoalan.
“Adakah dia jodohku? Adakah dia yang Allah hantar untuk menjadi imam dalah hidup ini ?” Fikirnya lagi.

“Hurmm” nafas dihela laju, terlalu cepat untuk dinilai. Mungkin Kamil hanya akan menjadi seorang sahabat biasa, atau sekadar kenalan. Tetapi jika dia bertemu jodoh dalam masa terdekat ini, makin hampir impiannya punya keluarga . Dia tahu mak dan abah sentiasa berdoa agar dia bertemu jodohnya, lalu dengan perlahan tangan ditadah dan berdoa.

“Ya Allah, Kau temukanlah jodoh untukku dan menantu yang bermanafaat untuk ibu dan bapaku . Seorang menantu lelaki yang akan mencintai dan menemaniku di syurga Mu nanti, amin…” Dia meraupkan tangannya ke muka.

Tepat pukul 1 petang, kelas mengajar tamat. Dia keluar membawa beg dan fail sambil menuruni tangan untuk ke bilik guru tiba-tiba whatapps berbunyi.

“Waalaikumsalam,
Terima kasih atas ucapan pagi tadi, tetapi rasanya Cik Rashidah masih berhutang untuk makan malam
dengan saya. Kerana menghalang kereta saya malam tu, bukan ? :P
-Kamil-“

Rashidah tersentak, tak sangka Kamil  serius tentang makan malam . Namun Rashidah juga rasa bersalah kerana membuatkan Kamil lewat pulang ke rumah selepas kenduri tersebut.

Encik Kamil, saya betul –betul minta maaf atas kejadian malam tu. Kalau makan malam  bersama saya rasa agak sukar, tetapi untuk minum petang insha allah tiada masalah”

Rashidah mengetap bibirnya,tiba-tiba datang beraninya untuk bersetuju keluar makan dengan Kamil.Dadanya berdebar – debar kencang, kalau pertemuan ini menjadi bermakna ini adalah temujanji pertamanya.

“Insha allah, boleh tiada masalah. Cik Rashidah beritahu tarikh, masa dan tempatnya dan saya akan datang”

Sekali lagi Rashidah mengetap bibirnya, dia berfikir sejenak. Mana datang berani yang tidak dipelawa hadir ketika ini ? berani untuk keluar minum bersama seorang lelaki yang baru dia kenali.

“Kau nak keluar dengan Kamil tu naik apa, bukan kereta kau tengah baiki?” Tanya Khadeja sebaik saja Rashidah menceritakan tentang perancangan dia dan Kamil untuk keluar minum petang.
“Teksilah, tak pun minta abah aku hantarkan “ cadang Rashidah sendiri. Fail di tangan Khadeja diletak ke tepi lalu menolak kerusi beroda tersebut ke sebelah  Rashidah.

“Cik kak awak tu bukan budak-budak lagi nak minta mak ayah hantar, memang tak salah jika mereka tahu tetapi ini Cuma permulaan pertama untuk kau mengenali seseorang. Berkawan-kawan dahulu, dah pasti antara kau dan Kamil ada jodoh baru bawa dia bertemu dengan keluarga kau. “ Khadeja memberikan pendapatnnya. Rashidah Cuma diam dan berfikir, ada betulnya apa yang Khadeja katakan tadi. Dia mengangguk perlahan.

*********
Teh limau panas masih hangat, dia terasa begitu kekok. Kamil menghirup teh tarik yang masih lagi jelas berbuih.
“Kenapa tak minum ?” Tanya Kamil apabila dia mula perasan Rashidah hanya menundukkan wajah dari tadi.

Rashidah senyap, kelu.

Kamil cuba curi-curi memandang wajah Rashidah yang dari tadi asyik tunduk.

“Janganlah malu, awak malu saya pun malu “ Usik Kamil, Rashidah tergelak kecil.
“Awak memang berminat jadi cikgu ke ?” Kamil cuba mencari topik agar dia dan Rashidah boleh berbual seperti biasa. Rashidah mengangguk.

“Encik Kamil pula ?” Tanya Rashidah perlahan.

"Jangan panggil saya encik, panggil Kamil sahaja. Saya menguruskan perniagaan pembinaan, kecil-kecilan sahaja.” Sekali lagi Kamil menghirup teh tarik yang masih berbuih. Dengan perlahan Rashidah menghirup teh limaunya pula, dia mula merasa sedikit selesa. Hampir pukul 6 petang, Rashidah dan Kamil asyik berbual di dalam kereta di depan rumah Rashidah . Abah dan mak mengendap dari cermin tingkap di rumahnya, 4 mata itu terlalu asyik memandang Rashidah dan Kamil yang masih tidak keluar dari kereta. 
“Bakal menantu kita ke tu bang ?’ Tanya Zalina.
“Entah, tengok mesra semacam. “ Balas Rusman.
“Tak pernah tengok kakak keluar dengan lelaki, ini pertama kali “ Sambung Zalina lagi.
“Kalau itu menantu kita, sukalah awak bukan ?” Rusman menjeling pada Zalina .
“Nampak macam kacak orangnya, pakai kereta honda. Mesti elok kerjanya“ Kata  Zalina.
“Ish awak ni, tak kisahlah dia kerja apa,janji anak kita tu bahagia. “Balas Rusman.
Ayat itu terpalit pada Zalina,dia menjeling pada Rusman sebelum matanya memandang ke luar semula.

*********
Semenjak itu, Rashidah dan Kamil kerap menghubungi antara satu sama lain. Setiap hari pasti ada pesanan dihantar untuk mengucapakan selamat pagi dan malam , adakalanya mereka keluar berdua pada hujung minggu. Selain itu Kamil juga ada membawa Rashidah ke tempat kerjanya dan memperkenalkan Rashidah kepada setiausahanya Nadia.

“Eh awak masak ?” Kamil terkejut melihat Rashidah meletakan bekas makanan di atas meja di biliknya.
“Ala masak yang ringkas saja “ Rashidah membuka bekas makanan, dikeluarkannya lauk asam pedas, telur dadar, sambal belacan dan ulam –ulaman.

“Asam pedas !” Kata Kamil dengan teruja.

“Duduklah, awak baru habis mesyuarat bukan. Tentu lapar “ Rashidah memandang ke arah jam yang hampir menunjukkan pukul 4 petang. Kegigihan Rashidah pulang ke rumah dan terus memasak mendapat pujian Nadia.

“Untunglah encik Kamil dapat Cik Rashidah, kalau saya memang taklah nak masak “ Kata Nadia sambil menghulurkan fail pada Kamil yang menguntum senyum memandang Rashidah.
“ Mari makan sekali Nadia”Jemput Rashidah.

“Tak apa Cik Rashidah, saya dah makan tadi dengan tunang saya .” Balas Nadia sebelum dia melangkah keluar, meninggalkan mereka berdua di dalam bilik Kamil.

“Betul kata Nadia tu, beruntung saya punya bakal isteri macam ni. Mak saya pesan, nak cari isteri cari yang pandai jaga perut suami “ Kamil menghidu asam pedas di depannya , Rashidah Cuma  ketawa.
“Saya serius ni, saya dah beritahu mak yang saya akan bawa awak jumpa keluarga nanti” Kata Kamil, ketawa Rashidah terhenti. Dia memandang tepat pada wajah Kamil.

“Tak rasa cepat sangat ke ?” Tanya Rashidah

“Eloklah cepat, kenapa nak lambatkan perkara yang baik. Saya pun dah kena jumpa keluarga awak ni, asyik bawa anak dara orang keluar je”Kamil menyambung ayatnya.

“Awak serius ke ?” Rashidah meminta kepastian berulang kali.

“Saya tidak pernah main-main tentang perkahwinan Rashidah, saya tahu awak akan jadi seorang isteri dan ibu yang baik pada anak-anak kita nanti “ Suara Kamil bertukar nada,matanya tepat membalas pandangan mata Rashidah. 

********
Rusman mula perasan kelainan pada diri Rashidah, dia sentiasa tersenyum dan ketawa. Selain sudah pandai pakai tudung berlilit-lilit , dan jaga pemakanan .Semenjak Kamil datang ke rumah mereka, dia dapat rasakan bahawa Rashidah memang sudah bersedia untuk melangkah ke fasa yang lebih serius.Tiba-tiba Rusman diterjah rasa sayu untuk melepaskan anak gadis kesayangannya, pada bakal suami Rashidah nanti. 

“Kakak” tegur Rusman pada Rashidah yang sedang leka dengan telefon bimbitnya.

“ Ya abah “ Rashidah menyahut sambil menoleh memandang abahnya.

“Senyum sendirian tu dah kenapa, berbual dengan Kamil ke dalam telefon ?” Teka Rusman.

“Tak la abah, dengan Khadeja. Kamil sibuk tu “

“Abah suka pada Kamil , sejuk hati tengok dia. Mak kamu boleh di katakan setiap hari berangan angan nak meng hias majlis kamu nanti mengikut tema yang dia pilih “ Kata Rusman di sambut ketawa Rashidah.

“Abah suka Kamil?”Tanya Rashidah ,Rusman mengangguk.

“Abah suka dia, sebab abah tahu dia boleh bahagiakan anak perempuan abah yang satu ni “ 
Rashidah Cuma tersenyum sambil menundukan mukannya.
“Abah bersyukur kalau dia tu jadi menantu abah “ Tambah Rusman lagi membuatkan muka Rashidah merah padam menahan malu.

“Merah pula muka dia “ Usik Rusman

“Abah…. “ Kata Rashidah sambil diiringi gelak Rusman.

“Assalamualaikum,
Ibu kepada anak-anak saya,petang ni saya akan ada mesyuarat. Mungkin lambat
Untuk minum petang bersama.
Yang tersayang :P
-Kamil- “

Rashidah tersengih sendiri, dia mula membayangkan hidup berdua dengan Kamil.Seperti Khadeja dan Sufian, terasa lengkap hidupnya. Apatah lagi mak dan abah sangat sukakan Kamil, jika tidak hubungan ini   menjadi tentu akan menghancurkan hati orang tua Rashidah.

“Dulu mak dan abah nak kakak jadi jurutera, tetapi bila kakak pilih jurusan pendidikan. Mak sangat-sangat kecewa, jurutera lebih menjamin masa depan. Sekarang cuba tengok, dapat jodoh dengan ahli perniagaan yang mengurusakan pembangunan.Kalau kakak jadi jurutera dulu , dah boleh kerja bersama Kamil ” Ayat Zalina bermain-main di fikiran Rashidah, dia tahu hingga sekarang Zalina terkesan dengan keputusannya itu. Hingga kini rasa bersalah masih bersisa, bukan niat nak menyakiti hati ke dua ibu bapanya. Tetapi kerana minat untuk menjadi pendidik, telah tertanam dari kecil.Sebab itu kali ini , dia cuba untuk mengembirakan keluarganya dengan kehadiran Kamil .

************
Syarikat Kamil jatuh, banyak projek terpaksa dibatalkan atas sebab tiada dana. Kamil mula berubah, banyak terdiam dan murung. Rashidah tidak tahu apa yang perlu di buat, dia cuba mengembirakan Kamil tetapi tetap tiada kesan.

“Rashidah, kau tidak boleh tinggalkan Kamil macam tu. Lelaki diduga bila dia ada segala-galanya, dan perempuan diduga saat lelaki tiada apa-apa. Ingat saat ini Allah sedang menduga kau, melalui dia “ Nasihat Khadeja, untuk seketika Rashidah berfikir sejenak. Ada betulnya juga , dia tahu Khadeja lebih memahami keadaan Kamil.

Sedari itu Kamil menjadi tidak terurus, dia semakin sibuk ke hulur kehilir mencari projek dan tender. Rashidah mencari inisiatif sendiri, dia perlu menjaga Kamil walau apa juga keadaan. Betul kata Khadeja, ini dugaan untuknya, untuk terus membina bahagia bersama orang yang dia sayang.

“Awak dah makan belum?” Tanya Rashidah apabila dia mula perasaan Kamil semakin kurus. Kamil tidak menjawap,sebaliknya dia sibuk meneliti kertas kerjas di atas mejanya. Rashidah  hanya memandang Kamil dengan rasa sayu, dia terasa sakit melihat Kamil begitu. Rutin kehidupan harian Rashidah juga sudah berubah, setiap pagi sebelum ke sekolah dia akan singgah di pejabat Kamil untuk menghantar makanan, pulang tengahari dia akan masak untuk makan petang dan malam. Begitu setiap hari, kerana takut Kamil akan jatuh sakit .

Pagi itu Rashidah terasa kepalanya begitu berat, badannya mula terasa panas. Dia mencapai telefon lalu menghubungi sekolah, untuk memaklumkan dia tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Sedang elok dia menarik selimut kerana terasa begitu sejuk, tiba-tiba dia teringatkan Kamil.

“Kalau aku tak belikan makanan , dia nak cari makan sendiri ke?” Fikir Rashidah, dia tahu Kamil pasti tidak akan menjamah apa-apa kerana terlalu fokus pada kerjanya. Kamil sedang berusaha untuk membangunankan kembali  perniagaannya. Rashidah gagahkan dirinya, bangun dan bersiap seringkas mungkin untuk membeli makanan. Sepanjang perjalanan ke pejabat Kamil, dia asyik berhenti di tepi jalan. Tak larat, tetapi dia gagahkan jua dirinya untuk menghantar nasi lemak ayam untuk Kamil . Sampai saja di pintu pejabat Kamil, dia terus mencari Nadia.

“Muka cik Rashidah pucat, cik Rashidah tidak sihat ke ?” Tanya Nadia apabila dia perasaan muka Rashidah yang jelas tak bermaya.

“Ala sikit je “ Kata Rashidah sambil menghulurkan bungkusan nasi lemak pada Nadia, untuk diberikan kepada Kamil.

“Cik Rashidah” Nadia mengetap bibirnya sebelum meneruskan berkata.

“Ya” Rashidah memusingkan badannya sebelum melangkah menuju ke keretanya.

“Bulan ni,adalah bulan terakhir saya bekerja di sini. Encik Kamil kata dia dah tidak mampu nak bayar gaji saya lagi. “Terang Nadia Lagi. Rashidah mengeluh kecil, nampaknya keadaan Kamil semakin sukar.

“Saya faham Nadia, awak juga perlu teruskan hidup. Tidak lama lagi dah nak berkahwin, terima kasih kerana selama ni menjaga dan membantu Kamil “ Rashidah memegang tangan Nadia, lalu memeluknya.

“Saya doakan semoga cik Rashidah dan encik Kamil cepat –cepat naik pelamin. Saya juga berharap perniagaan encik Kamil akan pulih seperti biasa. Encik Kamil sangat beruntung punya cik Rashidah” Suara Nadia tersekat-sekat. Sebak. Tiada kata yang terkeluar dari mulut Rashidah, dia Cuma tersenyum pahit.

Sampai saja di rumah, Rashidah terus makan ubat setelah pulang dari klinik. Kepalanya semakin berat, dia melelapkan mata akhirnya.

“Nak ke mana tu ?” Tanya Zalina apabila melihat Rashidah menyediakan bekal, setelah menghidangkan makanan tengahari untuk keluargannya.

“Nak hantar makanan pada Kamil “ jawap Rashidah dengan ringkas.

“Eloklah, jaga Kamil tu baik-baik. Bukan senang nak cari lelaki macam tu, rupa ada dan harta. Kita yang hidup biasa ni biasanya bukan pilihan orang yang berjaya macam Kamil, bersyukurlah Kakak” ayat berbisa yang keluar dari mulut Zalina, Rashidah Cuma berdiam diri. Ibu tetap ibu , syurganya di situ biarpun Zalina kerap menyakiti hati anak sendiri.

*******
Setiap malam Rashidah akan bangun untuk solat tahjjud, hajat dan taubat. Dia ikhlas mendoakan Kamil dan berharap agar hidup Kamil pulih seperti biasa. Dia rindukan keadaan dulu, di mana Kamil sentiasa bergurau dan ketawa.

Pagi itu seperti biasa , Rashidah ke pejabat Kamil terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Sebaik sahaja Rashidah masuk ke bilik Kamil, dia nampak Kamil sedang tersenyum sambil membaca email di komputer riba. Rashidah menjadi hairan, pintu dikuak perlahan sebelum memberi salam

“Assalamualaikum “

“Walaikumsalam , masuk Rashidah saya ada perkara gembira nak beritahu awak” Ceria suara Kamil pagi itu, wajahnya juga turut mengambarkan keriangan tersebut. Sudah lama dia tidak melihat senyum tersebut selepas pudar 6 bulan lepas. Kerusi ditarik perlahan lalu dia duduk di hadapan Kamil.

“Tengok ni, saya ditawarakan projek di Taiwan. Projek terbesar di dalam sejarah syarikat ini selama ia beroperasi “ Kata Kamil sambil menunjukkan email yang diterima awal pagi tadi.

“Taiwan? “Rashidah meminta kepastian

“Ya, Taiwan” Kamil memberi pengesahan.

“Awak akan pindah ke sana ?” Sekali lagi Rashidah bertanya .

“Bukan pindah terus, Cuma menguruskan projek di sana. Saya tetap akan pulang ke sini dengan kerap. “ sambung Kamil lagi.

“Alhamdullilah, rezeki awak setelah hampir –hampir jatuh “ Air mata Rashidah bergenang, doanya akhirnya dimakbulkan.

“Terima kasih Rashidah, sebab awak sentiasa ada dengan saya biarpun saya hampir kehilangan segala-galanya “ Mata Kamil memandang Rashidah, dan dia tersenyum .

Seminggu sebelum ke Taiwan, Rashidah menemani Kamil membeli sedikit barang persiapan untuk ke Taiwan. Dia membuat senarai untuk barang yang perlu Kamil bawa, ubat, baju sejuk dan sedikit makanan kering yang halal sebagai bekalan. Biarpun begitu Rashidah sedikit sebanyak merasa risau Kamil tidak ada di depan matanya, dia risau sakit pening Kamil dan makan minumnya selama Kamil di sana.

“Dia bukan budak kecil lagilah , Rashidah “ Khadeja memandang Rashidah di depannya, mee hoon goreng masih panas di biarkan sejuk seketika.

“Memanglah dia bukan budak kecil, tapi Kamil tu kalau ada masalah dia tak nak makan. Demam pun dia tidak akan cari ubat, kita yang kena sediakan” Luah Rashidah .

“Amboi… manjanya budak tu “ Perli Khadeja di sambut ketawa kecil Rashidah.
“Tapi lepas ni mesti Kamil tu jadi jutawan, Sufian beritahu projek Kamil dapat tu nilainya berbillion”
“Aku tak kisah Khadeja, yang penting Kamil dah tak sedih macam dulu “ Rashidah menundukkan wajahnya sedikit.

“Nasib kau sabar dengan keadaannya, lepas projek di Taiwan tu berjalan elok kalian cari tarikh bertunang dulu “ Cadang Khadeja.

“Aku terfikir juga, tapi biarlah Kamil selesaikan satu persatu dulu. Insha allah aku sentiasa ada di sini menunggu dia “ Suara Rashidah semakin perlahan.

*********
 Tidak ramai yang menghantar Kamil, hanya 3 teman rapat dan Rashidah. Keluarga Kamil tidak dapat menghantar kerana ayahnya tidak berapa sihat. Sepatutnya Kamil membawa Rashidah berjumpa dengan keluarganya tetapi oleh kerana masalah yang menimpa hasrat itu terpaksa ditunda. Biarpun suasana riuh dengan gelak dan ketawa, tetapi tidak di dalam hati Rashidah. Dia memandang ke arah Kamil yang kelihatan begitu teruja untuk ke Taiwan, bergurau dengan teman-teman yang hadir membuatkan Rashidah bertambah sedih.

“Lepas ni ada orang tu balik terus jadi jutawan “ Kata Amir kawan rapat Kamil.

“Insha allah” Balas Kamil ringkas sambil tersenyum lebar.

“Lepas dah jadi jutawan, rasanya dah tiba masanya kalian berumah tangga “ Laily isteri kepada Amir pula menyampuk.

Kamil Cuma tersenyum, memandang Rashidah yang sedang duduk di sebelahnya yang juga Cuma tersenyum tanpa kata. Sudah tiba masanya Kamil masuk ke dalam ruang perlepasan, dia dengan tiba-tiba menarik lembut lengan Rashidah ke tepi untuk mengatakan sesuatu.

“Rashidah, saya nak ucapkan terima kasih atas semuannya” Kata Kamil.

Rashidah mendongak memandang Kamil sambil tersenyum.

“Awak sentiasa ada dan tidak pernah mengalah dengan keadaan saya walau apapun yang terjadi. Terima Kasih” sekali lagi ayat terima kasih diulang. Tiada kata –kata untuk diucapkan dari Rashidah, apa yang dilakukan sebelum ini sememangnya ikhlas.

“Rashidah, jika kita tiada jodoh saya berharap kita masih boleh berkawan “

Mata Rashidah memandang tepat mata Kamil, terkejut. Kawan? Semalam kau bagi harapan dan hari ni kau mahu kita berkawan? Mana mungkin perasaan ini boleh berubah- ubah.

“Saya tak minta awak tunggu saya, jika ada jodoh adalah” sekali lagi ayat Kamil mencengkam jiwa Rashidah.

“Saya akan tunggu awak Kamil ” itulah perkataan yang mampu Rashidah katakan. Matanya berjernih menahan sebak. Kamil hanya mengangguk perlahan. 

Ketika Kamil sedang bergambar dan bersalaman dengan rteman-teman yang lain, Rashidah dengan perlahan-lahan menyelitkan surah Yassin di dalam poket komputer riba Kamil.

“Semoga kau tidak lupa pada Allah Kamil” Bisik hati Rashidah.

Lambaian Kamil dari bawah membuatkan hati Rashidah luhur.

“Aku akan tunggu kau Kamil” sekali lagi hati Rashidah berbisik.

*******

Rusman mula perasan perubahan diri Rashidah, tiada senyum pada wajahnya. Hatinya menjadi galau melihat perubahan tersebut, Zalina pula tak habis-habis bertanyakan tentang Kamil. Dia tahu Kamil akan pulang suatu hari nanti dan melamar Rashidah, dia yakin Kamil tidak akan mempersia-siakan pengorbanan Rashidah.Dia yakin.

“Dah hampir 4 bulan Kamil ke Taiwan, dia ada telefon, hantar pesanan ke ?’ Tanya khadeja sambil mengosok-gosok perutnya, yang semakin membesar. Rashidah mengelengkan kepala.

“Ada cuba hubunginya?” sekali lagi soalan diajukan, Rashidah menganggukan kepala.

“Jadi ?” Khadeja memandang Rashidah,menunggu jawapan.

“Dia tidak jawap, adakalanya telefonnya tidak berbunyi langsung “ Kata Rashidah sambil menundukkan kepalanya memandang lantai.

“Dia sibuk agaknya” pujuk Khadeja, cuba berfikiran positif. Tiada kata dari mulut Rashidah, dia senyap.

“Dia tak rindukan aku ke ?” Tiba-tiba Rashidah pula bertanya, Khadeja hanya memandang Rashidah tanpa berkata. Dia tahu Rashidah terlalu rindukan Kamil.

“Aku takut nak balik Khadeja, aku takut mak dan abah aku bertanya tentang Kamil” Rashidah menelan air liurnya,suaranya bertukar perlahan.

“Itu sebab ke kau selalu lambat pulang?” Teka Khadeja.

Rashidah mengangguk.

“Aku akan duduk di depan pejabat Kamil, setiap hari selepas waktu sekolah.Biarpun pejabat tu tertutup rapat,cukup untuk melepaskan rasa rindu pada dia “ Air mata Rashidah bergenang, Khadeja memengang tangan Rashidah untuk menenangkannya.

****
Hati Rashidah sakit, sudah hampir 5 bulan Kamil pergi tanpa berita. Dia bangun saat matahari masih belum mahu muncul, bersaksikan embun dia mengerjakan solat . Sujudnya semakin hari semakin lama, tangisnya pada tikar sejadah mampu menenangkannya.

“Ya Allah, Kau peliharalah Kamil dan lindunginya dalam rahmat-Mu Ya Allah “ Doannya sebelum menghadiahkan al fatiha untuk Kamil. Rindunya untuk menatap dan mendengar suara Kamil, hanya mampu direalisasikan dalam mimpi sahaja.

Dengan senyap- seanyap, Khadeja membuka facebook dan mencari nama Kamil. Kebetulan Sufian adalah mutual friend Kamil , dia menjeling pada Rashidah yang sibuk menanda buku. Dia tahu Rashidah bukan seorang yang aktif dalam sosial media, facebooknya tu mesti dah bersarang. Tiba –tiba keluar profile Kamil.

“In Relationship with Diyana “ Terbeliak mata Khadeja membacanya , dia menekan semua gambar Kamil bersama seorang perempuan. Jelas menunjukkan Kamil sudah mempunyai penganti Rashidah di Taiwan, tanpa membuang masa Khadeja terus  menghantar pesanan di Facebook Kamil dengan menceritakan keadaan Rashidah.Laju jarinya menaip, bersama rasa marah dan geram.

“Buat apa tu ?” tanya Rashidah yang tiba-tiba berdiri di hadapannya, dengan laju Khadeja menutup komputer ribanya.

“Tak ada apa, Cuma tengok pakej baju bayi je” Jawap Khadeja dengan tergagap-gagap. Rashidah mengerutkan dahi, melihat dengan kelakuan Khadeja.

“Kau ok ?” Rashidah bertanya lagi, Khadeja mengangguk laju. Tanpa menunggu lama Rashidah keluar dari bilik guru untuk mengajar, Khadeja menghela nafas lega.

“Siap kau Kamil ! “ Gerutu Khadeja, sekali lagi jarinya laju menaip memaki hamun Kamil kerana membuat Rashidah begitu.

“Kamil ada telefon ?” Tanya Zalina apabila melihat Rashidah sedang baring sambil membaca buku di atas Sofa.Rashidah tersentak dengan soalan tersebut, dadanya berombak laju tetapi cuba untuk bertenang.

“Tak ada “ Jawap Rashidah ringkas, Rusman memandang Rashidah sambil membetulkan cermin matannya. Surat khabar yang dibaca direndahkan sedikit ,supaya dapat melihat Rashidah di hadapannya.

“Kenapa kakak yang tidak menelefonya ? “ Soal Zalina lagi.

“Malaslah “ Rashidah menipu, sudah beratus-ratus kali dia cuba hubungi Kamil tetapi gagal.

“Tengok tu, macam mana nak ada hubungan yang kekal. Kamil jauh sikit je dah mula tawar hati, tidak ada sifat prihatin pada Kamil. Kalau dia sibuk, kakak saja yang telefon. Susah sangat ke ?” Suara Zalina semakin tinggi, Rashidah memejamkan mata baginya tak mengapa dia terkena tempias marah ibunya . Dia tidak mahu memberitahu hal yang sebenar, dia sanggup telan semua itu.

“Nanti dia balik, dia carilah kakak.Lagipun kakak sibuklah dengan sekolah, peperiksaan nak dekat. Kakak kena buat persiapan untuk murid-murid kakak” Sekali lagi Rashidah memberi alasan .

“Murid-murid yang nak periksa, macam kamu yang nak ambil juga” Kata Zalina dengan nada geram lalu pergi meninggalkan Rashidah dan Rusman .

Kepala Rusman berpusing memikirkan keadaan Rashidah, hairan kerana sebelum ini Rashidah tidak begitu. Adakah perasan Rashidah sudah berubah arah, atau mati macam tu saja kerana hubungan jarak jauh? Fikir Rusman sambil mengangkat surat khabar semula. Namun fikirannya melayan memikirkan kisah antara Rashidah dan Kamil.

*******
“Nasi lemak lauk ayam ke dik ?” Tanya makcik yang berniaga nasi lemak di simpang jalan. Rashidah tersenyum sambil mengangguk.

“Dulu tiap-tiap hari adik singgah membeli nasi lemak lauk ayam ni, sekarang jarang nampak “ Kata makcik tersebut sambil menceduk lauk sambal ayam.

“Sibuk sikit “ Ringkas ayat Rashidah. Nak saja dia beritahu bahawa orang yang suka makan nasi lemak lauk ayam ni dah lama menyepi. Kamil sangat suka nasi lemak makcik ni, biarpun ketika dia mengalami masalah syarikat Kamil tetap berselera makan nasi lemak makcik ni.

Rashidah mengambil bungkusan nasi lemak tersebut dan terus masuk ke dalam kereta. Nasi lemak di letakkan di tempat duduk kirinnya, mata Rashidah asyik menjeling pada bungkusan tersebut .Lalu dia memberhentikan kereta di tepi jalan dan terus menangis.

“Aku rindukan kau Kamil, terlalu rindu ” Tanpa sempat menahan tangisnya , Rashidah menyandarkan kepalanya pada stering kereta. Air matanya semakin laju.

“Nah nasi lemak untuk kau, aku belanja “ Rashidah meletakkan bungkusan nasi lemak di atas meja Khadeja, dia melangkah longlai ke tempatnya.

“Errr… terima kasih “ Kata Khadeja yang agak kehairanan, dia membuka komputer ribanya lalu melihat facebook mana tahu kalau Kamil ada membalas apa-apa. Tiada pesanan.
Khadeja menghela nafas dengan rasa berat.

 Waktu tengahari Khadeja masuk ke bilik guru, perutnya semakin memboyot menyebabkan langkahnya agak terhad. Dia bersandar seketika dan lalu membuka komputer ribanya.

Ada pesanan dari Kamil, Mata Khadeja terus membulat dan dia bangun dari sandarannya.
“Eh… Kamil sedang online “ Bisik Khadeja .

Khadeja :Assalamualaikum Kamil,
Ini Khadeja , isteri Sufian dan kawan Rashidah. Maaf kalau aku hantar pesanan ini kerana aku tidak sampai hati melihat keadaan Rashidah sekarang, aku juga perasan gambar –gambar dalam  facebook menunjukkan kau sedang bercinta dengan perempuan lain . Sampai hati kau buat Rashidah menunggu , setiap hari dia rindu kat kau. Kau tidak rasa bersalah ke?

Kamil:Walaikumsalam .
Aku tak faham yang kau marah sangat pada aku kenapa? Aku tak suruh pun Rashidah tunggu aku, sudah 7 bulan berlalu sepatutnya dia dah boleh lupakan aku. Betul, aku dah ada orang lain, Diyana namanya. Kami akan bertunang bulan depan, aku baru saja pergi merisik minggu lepas di rumah Diyana kat Bukit Kiara.

Khadeja terkejut, rupanya Kamil memang selalu pulang ke Malaysia. Hatinya semakin panas lalu dia sambung menaip.

Khadeja :Kenapa nak merahsiakan dari Rashidah, kalau dah tak nak pada Rashida apa salahnya berjumpa dan beritahu sendiri. Susah ke ?

Kamil :Sepatutnya dia dah boleh faham-faham sendiri, 7 bulan kami tidak menghubungi antara satu sama lain .Maknanya kami dah putus, tak perlu berjumpa atau beritahu. Sudah cukup dewasa untuk faham sendiri , suruh  dia  pergi cari penganti, cakap pada Rashidah jangan tunggu aku lagi. Aku harap dia boleh terima dan teruskan hidup seperti biasa.

Dengan rasa marah Khadeja terus menutup komputer ribanya lalu mengigit kuku, geram ! Kamil ni memang tidak sedar diri, tak apa Allah ada bisiknya lagi.Kepala Khadeja sedang memikirkan bagaimana caranya untuk memberitahu Rashidah, tanpa melukakan hatinya.

 Bagaimana ?

 Mata Rashidah leka memandang sekumpulan kanak-kanak bermain bersama keluarga mereka di taman , dia mengimbau semula kenangan di saat Kamil sering memberi gambaran tentang mereka dan anak-anak. Kata Kamil dia mahu Rashidah memberi sepenuh perhatian pada pembesaran anak-anak mereka, Kamil mahu 3 anak perempuan. Kamil suka anak perempuan kerana baginya kanak-kanak perempuan sangat comel. Rashidah tersenyum sendiri.

“Nah pau “ Khadeja menghulurkan pau di dalam plastik yang masih panas pada Rashidah, lalu dicapai dengan perlahan.

“Kenapa ajak aku datang ke taman ?” Tanya Rashidah lagi.

“Saja, menghirup udara yang segar.” Khadeja cuba menceriakan Rashidah sebelum dia memulakan perbincangan yang lebih serius.

Rashidah menundukkan kepalanya.

“Rashidah, kalau aku cakap kau jangan marah ya. Dan apa yang aku cuba katakan adalah kerana aku ikhlas dan sayang kau sebagai seorang kawan dan sahabat” Ayat Khadeja semakin serius, sambil tangannya menyuap cubitan pau kari ayam . Rashidah mengerutkan dahi dan memandang Khadeja di sebelahnya.

“Maksud kau” Tanya Rashidah. Khadeja cuba mencari kekuatan untuk terus bersuara.

“Apa kata kalau kau lupakan saja Kamil tu “ Mata Khadeja menutup rapat saat perkataan itu diluahkan.
“Kenapa kau cakap macam ni, Kamil ada hubungi kau atau Sufian ke ?” Rashidah memalingkan badannya menghadap Khadeja.

“Eh…tak ada “ Laju Khadeja berkata, dia terpaksa menipu . Rashidah memusingkan badannya semula ke posisi asal lalu menundukkan wajahnya semula.

“Macam mana aku nak lupakan dia Khadeja, setiap doa aku ada dia “ Air mata Rashida mula menitik sedikit demi sedikit. Khadeja menjadi lebih serba salah namun dia terpaksa buat begini , dia nak Rashidah teruskan hidup seperti dulu.

“Aku rasa dah tiba masanya kau mula berdoa untuk diri sendiri, anggap saja kehadiran kau dalam hidup Kamil adalah untuk ada disaat dia mengalami kesukaran . Allah dah aturkan semua ini untuk kau dan Kamil, kau dah lalui ujian ini dengan baik. Jika Kamil betul-betul sayangkan kau, dia akan cari jalan dan masa untuk  menghubungi kau tetapi ini tidak. Redha Rashidah, Allah akan hadiahkan sesuatu di atas kesabaran kau selama ini ” Mata Khadeja memandang Rashidah dengan rasa simpati.

“Sakit Khadeja, sakit rindukan orang yang dah lupakan kita “ Tangisan Rashidah semakin menjadi, Khadeja terus memeluk sahabatnya.

“Aku tahu Rashidah, aku tahu …sabar ye,jangan menghukum diri jika hubungan ini tidak seperti yang kita harapkan. Sabar …Allah ada ” Kata Khadeja terus memujuk Rashidah.

Pukul 4 pagi, seperti biasa solat ¾ malam membuatkan Rashidah semakin tenang. Tetapi sujud terakhirnya itu penuh dengan tangisan yang bermakna.

“Ya Allah, Kau ampuni ku ampuni kedua ibu bapaku. Kau bukakanlah pintu taubat buatku, yang terlalu mencari cinta dunia hingga aku terlupa pada cinta yang pernah Kau berikan. Aku redha atas semuannya Ya Allah, aku redha demi –Mu. “Doa Rashidah diselangi esakkan pada sujud yang paling indah.

********
Biru langit dan matahari mula menunjukkan cahaya. Lama dia tidak menikmati keindahan dunia yang Allah ciptakan . Rashidah mendongak ke langit, dia duduk di serambi rumah sambil melihat awan. Dia tersenyum sendiri, ketenangan dirasakan .

“Aku tahu kau akan bahagia Kamil, biarpun bukan dengan aku. Aku redha asalkan kau tidak lagi sedih dan berduka” Mata dipejam rapat dan perlahan-lahan nafas dihembus , seperti melepaskan segala sengsara di dalam jiwa. Rashidah masih lagi tersenyum dan membuka matanya memandang awan.
Senyuman yang sama pada wajah Rusman, dia gembira melihat Rashidah mula tersenyum. Matanya meneliti pergerakkan Rashidah di celah-celah cermin tingkap.

“Kamil dah nak pulang agaknya, alhamdullilah Ya Allah “ Rusman membuat andaiannya sendiri.

Semakin hari hidup Rashidah semakin tenang, dia mula sedar kebahagiaan ada kalanya bukan bersama dengan orang yang kita cinta. Tetapi bahagia itu wujud pada orang yang cintakan kita, dia bersyukur dia masih punya keluarga dan teman rapat yang menyayanginya . Usai sudah solat subuh, Rashidah akan mengaji. Lalu bersiap ke sekolah, dan kembali mendedikasikan hidupnya sebagai pendidik.

“Kakak, mak nak tanya ni . Kamil dan kakak apa status hubungan kalian sekarang ?” Tanya Zalina pagi itu.

“Kakak dah tidak tunggu dia mak “ Balas Rashidah sambil tersenyum dengan ikhlas.
Rusman berhenti dari mengunyah mee hoon goreng yang dimasak oleh Rashidah, lalu menoleh memandang Zalina. 

“Apa!” Zalina terkejut.

“Ya mak abah. Kakak dah tak tunggu dia lagi. Kakak rasa kakak lebih bahagia macam ni, kakak serahkan yang terbaik pada Allah “Dengan tenang Rashidah berkata.

“Kakak ni tak pandai bersyukur, dapat Kamil yang baik macam tu. Kenapa kakak suka sakitkan hati mak dan abah ? Dulu kakak tolak tawaran belajar bidang kejuruteraan, itu pun membuatkan mak dan abah masih terkilan. Jika tidak hidup kakak lebih senang, dan berjaya “ Sekali lagi Zalina mengungkit kisah lama, kisah yang masih dia pendam hingga ke hari ini.Rashidah mendiamkan diri, cawan ditangannya diletakkan perlahan. Lalu dia mengangkat beg dan berjalan ke arah Zalina , Rashidah memeluk Zalina.

Zalina terkedu, dan Rusman mengerutkan dahinya kehairanan dengan tindakan Rashidah tadi. Tanpa kata Rashidah terus keluar menuju ke keretannya dan sempat menoleh pada Rusman dan Zalina sambil menguntum  senyuman. Saat kereta Rashidah berderum keluar, Rusman diam dan tunduk .

“Zalina, duduk sebentar “ Kata Rusman.

“Ada apa ?Saya nak siapkan bekalan Zulhelmi dan Zulham “ Balas Zalina sambil membuka langkah menuju ke dapur.

“Aku kata duduk, duduk ! “ Tempik Rusman membuatkan Zalina terus duduk dengan jantung yang hampir gugur. Tidak pernah Rusman menempik begitu, sepanjang perkahwinan mereka ini adalah yang pertama.

“Saya tidak pernah marah bila awak selalu cakap saya melebihkan Rashidah dari adik-adiknya. Saya berdiam diri bila awak kerap menyakiti hati Rashidah, dengan mengungkit kisahnya dulu. Saya senyap, sebab saya hormat awak sebagai ibu kepada anak-anak saya. Syurga mereka ada pada awak, tetapi hati saya semakin hari semakin sakit bila melihat awak tidak redha dengan apa jua keputusan Rashidah. Adakah dengan menjadi seorang jurutera layanan awak pada Rashidah akan berubah ? adakah dengan bermenantukan Kamil awak akan berhenti mengungkit kisah lama ?”Pertanyaan Rusman membuatkan Zalina diam seribu bahasa.

“Awak rasa gagal membesarkan dia untuk menjadi seperti mana awak rancang, tetapi cara saya membesarkan Rashidah untuk menjadi apa yang Allah telah tetapkan dari azali lagi. Rashidah anak yang baik, sangat baik. Masa awak dan saya kemalangan 6 tahun lepas, siapa yang mandikan awak dan saya ? siapa yang membersihkan kita? Siapa yang menghantar kita menjalani sesi fisioterapi ? “ Sekali lagi Rusman bertanya sekaligus menyingkap ingatan mereka berdua pada kejadian yang hampir membuatkan mereka  lumpuh akibat kemalangan tersebut.Berkat usaha Rashidah menghantar mereka berdua menjalani sesi tersebut akhirnya mereka pulih seperti biasa.

“ Setiap anak yang dilahirkan bukan perlu menjadi seperti yang kita rancang dan mencorak masa depannya. Allah dah tentukan dalam luth mahfus dan hari ini awak merasa kecewa atas perancangan Allah ? Awak sentiasa merasa gagal mendidik Rashidah, kita tidak gagal Zalina. Kita berjaya mendidik Rashidah menjadi anak yang beri manafaat pada manusia lain, dia memberi manafaat melalui ilmunya. “ Rusman menelan air liurnya sebelum menyambung kata-katanya lagi , dia nak luahkan apa yang terbuku di hati selama ini. Air mata Zalina bergenang.

“Saya tahu awak teruja jika dapat bermenantukan Kamil, seperti mana awak canang pada kawan-kawan awak. Dengan kelebihan Kamil dari segi rupa dan harta, awak memperkecilkan anak sendiri. Betul Rashidah mungkin tidak secantik mana, Cuma seorang guru sekolah sahaja. Tetapi jika dengan bersendirian Rashidah lebih bahagia, saya rela dia begitu . Kita rasa bahagia dia pada seorang lelaki bernama suami, tetapi mungkin bagi Rashidah bahagia dia ada pada kita “ Ayat terakhir Rusman mengundang titisan air mata Zalina yang mengalir laju di pipi.

******
“Aduh” Khadeja mengadu sakit, Rashidah menoleh sambil memanjangkan lehernya memandang Khadeja.

“Kenapa tu ?” Tanya Rashidah

“Baby tendang “ jawap Khadeja sambil mengosok –gosok perutnya. Rashidah ketawa kecil, sambil mengelengkan kepalanya lalu menyambung memeriksa kertas peperiksaan.

“Aku dah tak boleh bawa kereta, Sufian tak izinkan. Jadi selepas ini Sufian akan hantar dan jemput aku setiap hari “ Terang Khadeja tanpa  apa-adapa pertanyaan dari Rashidah.

“Ala aku boleh hantarkanlah, bukan jauh pun” Balas Rashidah pula.

“Tak mengapa Sufian risau dengan aku yang semakin sarat ni.”

“Sayangnya Sufian pada kau ya “

“ Dah aku  bini dia, berani tak sayang. “ Khadeja membulatkan matanya menjeling pada Rashidah yang menyambung ketawanya .

Oleh kerana hari ini ada tetamu dari Jabatan Pendidikan Negeri, Rashidah terpaksa meletakkan keretanya di seberang jalan. Matanya dari tadi tidak terlepas melihat gelagat Khadeja dan Sufian yang berpimpingan tangan, sesekali terdengar suara mereka ketawa . Rashidah tersenyum sambil kakinya terus melangkah
Tiba-tiba................

*******
Tangisan Zalina masih belum berhenti, dari tadi dia asyik menangis sambil ditenangkan oleh Zulhelmi dan Zulham.Rusman tidak berganjak dari duduk di sebelah katil Rashidah, bunyi mesin penafasan benar-benar mengugat ketabahanya. Rashidah masih lagi tidak sedarkan diri, biarpun pembedahan membuang darah beku di kepala telah selesai akibat kemalangan yang tidak di sengajakan di hadapan sekolah tengahari tadi.
Tangannya erat memengang tangan Rashidah, secara tidak langsung membawa Rusman pada saat kelahiran Rashidah 32 tahun dahulu. Setelah 2 tahun menunggu cahaya mata akhirnya Rashidah lahir ke dunia.

“Tahniah encik Rusman, dapat bayi perempuan “ Masih teringiang-ngiang ucapan tersebut.

“Bayi perempuan ? ” Mata Rusman memandang bayi yang berbalut dengan kain berwarna merah jambu, jelas terpancar  keterujaan tersebut sambil menyambut Rashidah buat pertama kalinya.

“Allahuakbar allahuakbar” Rusman meniqamatkan Rashidah dan ketika itu juga Rashida membuka mata dan tersenyum pada Rusman yang sedang memangkunya. Sebak, terharu berbaur seribu rasa Rusman ketika itu.

“Anak abah “ bisik Rusman pada Rashidah yang masih merah , air matanya bergenang.

Tiba-tiba Rusman terasa seperti tangannya dipegang, dia mengangkat mukanya lalu memandang tangannya yang sedang memegang tangan Rashidah. Tangan Rashidah membalas pegangan tersebut dengan lembut , Rusman terus memandang Rashidah. Kelihatan Rashidah membuka matanya  dan memandang Rusman  sambil tersenyum dalam keadaan yang lemah. Air mata Rusman gugur akhirnya
.
********
“Bila arwah meninggal ?” Tanya Othman salah seorang ahli surau.

“Pagi tadi dalam pukul 5 “ Jawap Nizam juga salah seorang ahli surau yang dijemput ke rumah Rusman.

“Kesian keluarga Rusman, kehilangan satu-satunya anak perempuan. “ Othman meluahkan rasa simpatinya.

“Itulah, belum sempat berumahtangga dah di jemput Allah terlebih dahulu “Kata Nizam pula.

Othman menoleh ke belakang dan memandang Rusman

“Tak sangka menantu encik Rusman ahli syurga “balas Othman yang melihat Rusman dengan tenang  membaca yassin 

-Tamat-

★☆★Fuel the Words, Touch the Hearts
My laptop is fading fast, but my passion for writing is stronger than ever. If my words have touched you, please help me keep creating
Together, we can make stories take flight and inspire souls <-CLICK HERE











Ulasan

Catatan Popular