Gadis bersubang bintang



Pak Mail resah melihat langit yang terik , tiada tanda-tanda hujan akan di undang turun ke bumi. Matanya beralih pula melihat padinya yang semakin layu .

"Ini semua kerana Gadis , datangnya entah dari mana . Bala juga diusungnya "Getus Pak Mail sendirian .

"Apa yang digomelkannya tu "Tegur Mak Esah dari belakang membawa kopi.

"Itu padi tak menjadi , hujan tak turun dah hampir 2 minggu . Ini semua sial si Gadis, datang-datang bawa kemarau " Marahnya lagi .

"Gadis pula disalahkannya , diakan anak saudara Opah Siah . Sebelum arwah pergi dia yang minta Gadis datang menjaga rumah pusakanya . Opah Siah tu banyak tolong kita ,dari abang sakit kena sampuk sampai saya bersalinkan Aminah , Uda dan Alang bukan dia jadi bidannya ? Mak Esah membela Gadis yang dirasa tiada salahnya .

"Itu Opah Siah ,ini anak saudaranya . Biarpun 1 keturunan tapi hati lain-lain ,baik orang bukannya boleh di duga " Marah Pak Mail lagi .

Mak Esah senyap , lantas dia bangun menuju ke dapur .

Sebulan di musim kemarau

"Assalamualaikum " Umar memberi salam ketika melihat Gadis melintas di hadapannya. Gadis menoleh dan membetulkan selendang di kepala.

"Walaikumsalam " Balas Gadis lembut.

"Awak ni anak saudara Opah Siah ?" Tanya Umar

Gadis hanya mengangguk perlahan

"Saya Umar , cikgu sekolah di kampung ni " Umar memperkenalkan diri.

"Saya Gadis "

"Gadis ?" Ulang Umar , Gadis menganguk lagi .

"Cantik subang tu " Puji Umar bila matanya terlihat imbasan cuping telinga Gadis, cepat-cepat Gadis menutup telinganya dengan selendang dari terus terdedah secara tidak sengaja.

"Saya pulang dulu ya " Dengan segera Gadis melangkah berjalan menuju ke rumah Opah Siah , tidak selesa dengan perbualan dua mata di tepi jalan . Mata Umar mengekor gerak kaki Gadis.

"Tengok siapa Umar ? " tiba-tiba Sudin muncul dari belakang.

"Itu " tunjuk Umar pada Gadis yang semakin jauh.

"Ooo...anak saudara Opah Siah , ini Umar jom kita ke rumah penghulu Kudin .Nak bincang pasal kemarau yang sudah masuk 30 hari , banyak tanaman yang mati ." Kata Sudin sambil menepuk-nepuk bahu Umar. Segera Umar mengangguk ,kolam itik di rumahnya juga hampir kering .

*******

Zubedah memandang Gadis membawa bakul berisi parang dan cerek ,mungkin dia baru pulang dari kebun fikir Zubedah .

"Kiah kau tengok tu ,Gadis dari kebun agaknya tu .Pelik musim kemarau pun dia masih ke kebun? " Zubedah mengarukan kepalanya.

"Ala mungkin bersihkan semak samun agaknya . " Kata Kiah sambil mengunyah buah kedondong yang baru di petik dari pokok rumah Zubedah.

"Abang Man cakap dia tu bawa sial , hujan tak turun pasal dialah "

"Merepek ,hujan tak turun sebab dia,tak kanlah ?" Kiah menidakkan kata-kata Zubedah tadi.

"Betul ,abang Man yang cakap . Katanya sejak budak tu ada hujan dah tak turun-turun lagi. Kau tak perasan ke ?"

Seketika Kiah merasa ada betulnya kata-kata Zubedah , mulutnya masih mengunyah baki buah kedondong di tangannya.

*****

"Kita panggil pawang Non ,dia boleh hapuskan kemarau " Cadang Leman .

"Setuju !" Balas yang lain ,Tok penghulu Kudin mengusap-usap janggutnya ,cuba di pertimbangakan cadangan Leman tadi.

" Tok saya rasa kemarau ni puncanya dari anak saudara Opah Siah , semenjak dia ada di kampung ni hujan dah tak turun-turun lagi . " Suara Pak Mail kedengaran lantang .

"Betul tu semenjak dia ada , mana kampung ni ada hujan ?" celah Man menyokong dusta Pak Mail.

Umar mengerutkan dahinya , kemarau berpunca dari Gadis ? mustahil!

" Saya tak rasa begitu , kenapa nak kaitkan Gadis dengan kemarau ? Umar bangkit pertahankan Gadis.

"Kamu ni kenapa Umar ,tiba-tiba menyebelahkan budak tu? " Tanya Pak Mail kehairanan dengan tidakkan Umar tadi.

Dengan rasa malu Umar duduk semula .

"Jangan tuduh melulu Mail , periksa betul-betul " Tegas Tok Penghulu Kudin.

Pak Mail senyap , mukanya merah menahan marah.

"Begini kita tunggu dulu sehari dua ,mana tahu hujan turun " Kata Tok Penghulu Kudin.

Dua Bulan di musim kemarau

"Apa nak jadi ni ,hujan tak turun-turun habislah semua tanaman dan padi kita " Bidin merunggut sambil meneguk air kosong di warung Wak Ajis. Teriknya mentari terasa sampai ke tekak, Lokman turut meneguk air kosong d hadapannya.

Tiba-tiba mata mereka menangkap bayang Gadis yang lalu di hadapan gerai Wak Ajis.

"Kau rasa-rasa hujan tak turun fasal dia ke ?" Tanya Lokman sambil melihat Gadis menjijit plastik beg.

"Entah ,Mail kata macam tu tapi aku tak nampak pun kaitannya" Mata Bidin mengekori lenggok Gadis .

"Dia tu anak saudara Opah Siah , arwah masa hidupnya baik . Sentiasa tolong ubatkan kita di kampung ni " Celah Wak Ajis menghulurkan pinggan berisi pisang goreng.

"Tapi ada betulnya kata Mail , tak semua satu keturunan tu baik belaka . Dengar cerita adik arwah Opah Siah tu kahwin lari ke Siam . Lepas tu bila adik dia nak balik ke kampung ni arwah tak benarkan. Mana tau kalau-kalau memang dia berdendam pada arwah Opah " Lokman tampil dengan andaiannya.

Wak Ajis dan Bidin terdiam , masuk akal dengan apa yang di katakan oleh Lokman sebentar tadi . 6 biji mata memandang Gadis yang sedang berjalan, sehingga hilang dari pandangan mereka.

Langkah Gadis melintasi kawasan rumah To Penghulu Kudin ,perbincangannya dengan Raqib tergendala.

"Kenapa Tok?" tanya Raqib apabila perbualan mereka terhenti .

"Itu Gadis ,anak saudara arwah Opah Siah. Aku kesian dengannya . "

Raqib memanjangkan lehernya melihat Gadis berjalan seorang diri .

"Kenapa dengan dia Tok?" Tanya Raqib tak faham.

"Orang kampun tuduh dia bawa kemarau ,sejak dia di sini hujan tak pernah turun lagi " kata Tok Penghulu Kudin lagi.

"Tok percaya ? andaian orang bukan sahih Tok . Lagipun hujan ni urusan Allah ,turunlah dia jika izinNYA" kata-kata Raqib sedikit sebanyak mengembalikan akidahnya dari terhasut dengan kata-kata mereka yang syirik.

"Betul tu ,hujan ini rahmat Allah . Mungkin belum lagi tiba rahmat dariNYA" bisik Tok penghulu Kudin perlahan .

Gadis meneruskan perjalananya .

******

Umar berjalan beriringan dengan Leha juga seorang guru di sekolah yang sama ,sudah rutin Umar menghantar Leha pulang .Rasa bertanggungjawap terhadap keselamatan seorang wanita pulang bersendirian di tempat terpencil meskipun dia hanya seorang sahabat .

"Leha nak tanya kau pernah berbual dengan Gadis ,anak saudara arwah Opah Siah ?" Tanya Umar .

" Sekali sahaja ,itupun ayah tak izin kan . "

"Sebab?" Tanya Umar hairan .

"Kata ayah dia bawa sial ,takut sial tu melekat pada aku " Jujur Leha berkata .

Umar mengelengkan kepala ,kenapa ada tuduhan pada Gadis ? Sedangkan Gadis tidak menganggu orang kampung .

"Kau seorang guru pun percaya ?" Sindir Umar.

"Aku bukan percaya tetapi ayah ,mana boleh bantah ." Alasan Leha.

Tiba-tiba kaki Umar terhenti ,matanya memandang Gadis di kebun terbongkok-bongkok mencangkul . Leha turut melihat Gadis .

"Pelik ,tengahari terik ni dia di kebun, tanam apa tu ?" Tanya Leha bertalu-talu pada Umar di sebelahnya .

Umar senyap , kagum melihat Gadis tidak menghirau akan terik matahari yang mencubit kulit . Sedang kan Leha dari tadi berpayung ,risau kulitnya menjadi gelap.

"Jom balik Umar ,ayah marah kalau aku lambat sampai rumah " Leha menarik lengan Umar apabila dia perasan yang mata Umar tidak berkelip dari melihat Gadis yang leka bercucuk tanam .

Umar hanya mengikut biarpun matanya masih berlabuh pada Gadis ,rasa cemburu sedikit sebanyak menjentik perasaan Leha yang memang dari dulu menyimpan rasa sayang terhadap Umar.

"Aku suka tengok subang dia "Tiba-tiba Umar berkata,berdesing telinga Leha mendengarnya dia menoleh memandang Umar.

"Subang ?"

"Subang dia berbentuk bintang " Buat seketika fikiran Umar kembali pada saat terlihat imbasan cuping telinga Gadis .

Leha senyap , hatinya tiba-tiba merasa sakit .Umar rupanya sudah tertarik pada Gadis . Sepanjang jalan Leha hanya berdiam diri sedangkan Umar tak habis-habis bercerita tentang Gadis.

Tiga bulan di musim kemarau .

Kolam ikan Umar semakin cetek ,air di kolam itiknya hanya mencecah buku lali sahaja . Matanya tidak beralih dari kolam ikannya , tiba-tiba fikirannya berpaling kepada Gadis . Betul ke kemarau ni kerana dia ? Perasaannya bercampur baur , mungkin kerana Gadis tidak di senangi di sini sewenangnya fitnah dilemparkan padanya .

Mata Umar masih di atas permukaan kolam ikannya , tetapi mustahil orang kampung dengan sengaja menuduhnya . Dia di besarkan di kampung ni , mereka hidup aman dan damai . Walaupun semasa arwah Opah Siah hidup , tiada kata-kata nista di campakkan kepada arwah . Kenapa tibanya gadis di kampung ni , pandangan mereka tidak sama pada arwah Opah Siah terutama Pak Mail . Fikirannya melayang biarpun matanya masih bertaut pada kolam ikannya.

Peluh berjujuhan dari dahi Gadis , teriknya matahari ibarat tidak menujukkan belas kasihan terhadapnya yang menanam benih sayur bendi. Sesekali hembusansan angin menyapa dirinya , terasa sejuk sebentar.

"Assalamualaikum "

Gadis menoleh dan berdiri dari terus membongkok. Mak Esah bersama anak saudaranya Shuib datang .

"Walaikumsalam " Balas Gadis.

"Mak Esah bawakan kuih ini untuk kamu" Piring yang di tutupi dengan kertas surat khabar jelas kelihatan di tangan Mak Esah .

"Eh , Mak Esah kenapa susah-susah ni " Gadis mendekati Mak Esah dan Shuib lalu memperlawa mereka duduk berteduh di atas pondok kecil tidak berdinding itu.

"Ala Mak Esah buat lebih sikit , rezeki kamulah ni " pinggan diberi kepada Gadis , perlahan Gadis menyambutnya .Terharu , pertama kali dia dilayan dengan begitu baik . Sedangkan yang lain tidak menyenangi kehadirannya .

"Terima kasih Mak Esah , begitu baik sekali mak Esah pada saya "Gadis menundukkan mukanya ,matanya beralih kepada Shuib yang sedang bermain dengan lastik kayunya.

"Tak mengapa Gadis , dulu masa arwah Opah Siah hidup lagi Mak Esahlah yang selalu memnghantar kuih untuknya . "

Gadis memandang muka mak Esah sambil tersenyum .

"Tau tak arwah dulu suka makan lempeng pisang yang Mak Esah masak ni " ceritannya lagi .

Bagi gadis ,dia tidak berpeluang mengenali ibu saudaranya yang hanya sekali sahaja dia berjumpa ,itupun ketika dia masih kecil.

"Pak Mail tahu ke Mak Esah ke sini? " Nada Gadis bergetar , takut.

Mak Esah senyap dan cuma tersenyum.

"Kamu jangan takut dengan Pak Mail tu , Mak Esah tahu kenapa dia cukup tak suka pada kamu ." Kata-kata Mak Esah sedikit sebanyak mengurangkan rasa takut yang ada .

Pandangan mereka berlabuh pada coklat padi yang semakin layu di seberang kebun , hujan masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu turun .

******

"Shuib demam" Hawa memberitahu suaminya Ayob.

"Shuib demam ,kemana dia pergi hari ni sampai boleh demam ?" Dahi Ayob berkerut.

"Pergi rumah Mak lah " Hawa duduk bersimpuh di depan Lukman sambil memangku Shuib.

Tangan Lukman didahi Shuib , terasa habanya.

"Abang pergi rumah mak dulu ambil ubat " Lukman bingkas bangun dan terus menuju ke rumah ibu mertuanya.

"Kenapa bawa Shuib ke tempat perempuan tu ? Tempat tu berhantu ,berpuaka !" bentak Pak Mail pada Mak Esah yang sedang duduk membungkus ubat untuk Ayob yang sedang menunggu dari tadi.

"Ala saja bawa dia ,lagipun kita sekampung . Tak salah saya bawa lempeng pisang untuknya , dulu Opah Siah pun saya selalu hantar lempeng pisang ." Mak Esah membela Gadis.

"Barangan di rumah ni aku beli untuk makan kita sekeluarga ,bukan untuk perempuan tu . Kalau nak beri lempeng pisang pada Opah Siah aku tak kisah tapi Opah dah mati !" Marah Pak Mail lagi .

Mak Esah senyap , malas hendak melayan baran Pak Mail.

"Kamu letak ubat ni dikepala Shuib , esok tu baiklah dia " Mak Esah menghulurkan bungkusan ubat kepada Ayob.

Ayob menyambutnya perlahan .

"Saya balik dulu mak ,pak " kata Ayob .

"Baik-baik jalan "Pesan Mak Esah , dia memandan Pak Maik yang senyap dari tadi sambil mengeleng kepala . Pak Mail yang berdiri memandang keluar jendelanya dengan perasaan yang membara.

Bulan ke 4 di musim kemarau?

Riuh di rumah Tok Penghulu Kudin ,padi tidak menjadi .Tanaman mati .

Tok Penghulu Kudin mengurut-urut kepalanya.

"Kita halau saja Gadis !"Suara Pak Mail lantang kedengaran .

"Kenapa mahu halau dia ?" Tanya Umar .

"Sebab dia bawa sial , cucu saya Shuib demam semenjak pergi ke kebun dia ." kata-kata Pak Mail sedikit sebanyak meresap ke dalam pemikiran orang-orang yang hadir pada hari itu .

"Jangan buat tuduhan melulu Mail "Tegur Tok Penghulu Kudin .

"Saya bukan buat tuduhan tok ,saya tau ini semua pasal dia " Mari kita halau dia " Lantas Pak Mail turun dari rumah Tok Penghulu Kudin di ikuti dengan beberapa orang kampung termasuk Umar yang risau akan keselamatan Gadis.

"Gadis!"

Gadis terkejut ketika sedang mencuci beras di bawah rumahnya , dia melangkah keluar.

Panik seketika melihat segerombolan orang kampung datang ke rumahnya .

"Gadis keluar kau !"Jerit Pak Mail, dengan rasa takut yang menghurung diri Gadis beranikan kakinya melangkah keluar.

"Ya ada apa ?" tanya Gadis dengan teragap-agap.

"Sudah kau pergi bungkus semua baju-baju kau dan keluar dari kampung ini "

"Tapi ini rumah saya ,arwah Opah Siah wasiatkan saya menjaga hartanya " suara Gadis lancar bercakap .

"Jangan melawan ,aku kata keluar keluar kalau tak " Pak Mail sudah hilang sabar dan menghayunkan tangannya ke muka Gadis namun sempat di tahan Umar .

Langkah Gadis kebelakang ,air matanya mula tumpah seperti beras di dalam periuk tadi berderai ke tanah.

Pak Mail menahan malunya bila Umar menghalangnya .

"Ingat Gadis , keluar dari kampung ni kalau tidak mahu orang kampung ini kebuluran !" Amaran bisa Pak Mail mengunakkan perkataan orang kampung .Gadis tergamam.

Air mata Gadis masih laju menitik , Pak Mail dan orang kampung mula meninggalkan kawasan rumah Opah Siah termasuk Umar cuma seketika Umar menoleh melihat Gadis yang masih berair mata dan terkejut di situ . Dia tidak mampu berbuat apa-apa .

******

Pak Mail masih merasa resah melihat langit yang terik , masih tiada tanda-tanda hujan akan di undang turun ke bumi. Matanya tidak beralih pula melihat padinya yang semakin layu .

"Gadis masih di sini 'Bisik hatinya.

Dia bingkas bangun mencapai parang , Mak Esah hairan melihat kelakuan pelik Pak Mail .

Dengan parang di tangan dia menuju ke kedai kopi Wak Ajis.

"Nak kemana Mail" Tegur Bidin sambil di perhatikan Lokman .

"Pergi kerjakan si sial tu " Marah Pak Mail.

"Gadis maksud kamu ?" teka Wak Ajis.

"Siapa lagi kalau bukan dia "

"Assalamualaikum " Tok Penghulu Kudin bersama Raqib dan Umar baru tiba di gerai Wak Ajis.

"Eh nak kemana dengan parang ni Mail?" Tanya Tok Penghulu Kudin.

"Nak pergi halau punca kemarau kita Tok"

"Astarfirullah Mail...Mail " Tok Penghulu Kudin beristifar .

"Dah hampir 4 bulan kampung kita kemarau Tok , punca dari dia .Kita kena halau juga sial tu " Pak Mail semakin berapi-api .

"Aku ikut Mail " Bidin dan Lokman bangun lalu berdiri di belakang Pak Mail.

"Jangan Mail , jangan ikut perasaan " pujuk Tok Penghulu Kudin .

"Saya tidak perlu Tok ,saya tak boleh biarkan anak cucu saya mati kebuluran pada kemarau bawaan Gadis "

"Mail bawa mengucap "

"A'ah saya tak perduli Tok , saya tetap nak halau ....."

Boom! Boom! Bunyi kilat berdetum

Ayat Pak Mail tidak sempat di sambung , bunyi kilat kedengaran.

Mereka semua memandang ke langit , gelap. Terasa titisan air di wajah mereka dan menjadi semakin lebat .

Umar terus berlari dengan rasa girang , Gadis bukan pembawa sial ,Gadis bukan pembawa sial.

"Gadis !!! Hujan !!! "Teriak Umar di kawasan rumah Opah Siah .

Rumah berkunci ,Umar berlegar-legar mencari Gadis lalu dia berlari dalam basah mencari Gadis di kebun pula.

"Gadis Hujan!!!! kampung kita dah tidak kemarau lagi " Pekik Umar.

Kebun Gadis berbunga , tanamannya menjadi . Ini bermakna Gadis tahu kemarau cuma 3 bulan sahaja . Dia ternampak anak muridnya Talib sedang mengayuh basikal dalam hujan

"Talib kamu nampak tak kak Gadis ?" Tanya Umar dengan nafas tercungap.

"Kak Gadis ? dia ada di tempat bas cikgu " Beritahu Talib.

Tempat Bas ? Tanpa berlenggah lagi dia terus berlari sepantas yang mampu .

Ya ,Gadis sedang menunggu bas bersama begnya .

"Gadis mahu kemana tu ?" bisik hati Umar.

"Gadis!"

Gadis berdiri menahan bas yang hampir sampai sambil memegang payung .

Umar terasa langkahnya berat dek kerana hujan dan lecak tanah , dia menjerit sekuat yang mampu .

"GADIS!!!!!"

Gadis mengangkat begnya dan terus menaiki bas namun dia sempat menoleh memandang Umar dengan satu senyuman ketika Gadis menutup payungnya di pintu bas.

"Gadis ,hujan! kampung kita dan ada hujan!!!" Teriak Umar lagi ,dia tidak mahu kehilangan Gadis .

Bas terus berlalu tanpa menunggu lama.

"Gadis ,kemarau dah tak ada " bisik Umar dengan perasaan yang luluh bersama bayangan Gadis .


New laptop for a more beautiful story 

 đź’—Support me, please 


 

 

 

 

Ulasan

Catatan Popular