Pemilik hati


Nadirah berjalan ke hulu dan ke hilir tanpa arah di wad ,kemudian langkahnya menjangkaui kawasan larangan .Dek kerana kebosanan menjadi penghuni di hospital selama 6 bulan ,dia keluar dari kebiasaan.
Langkahnya semakin panjang hingga memasuki ke kawasan larangan  wad ICU ,dari tingkap yang besar Nadirah dapat melihat pesakit yang tidak pernah dia tahu ,ada orang tua,kanak-kanak dan orang muda.Dia terus berjalan lagi sambil melihat mereka yang terlantar ibarat menunggu mati.
   "Aku pun nanti di sini "Bisik Nadirah sendiri,tiba-tiba dia berhenti.Matanya menangkap tubuh seorang pemuda yang terlantar dan dibantu oleh alat pernafasan.Lama matanya memerhati ,dan dengan perlahan dia terus berjalan keluar.
"Ha! kamu buat apa di situ Nadirah ?" Sergah Nurse Zainah dengan perlahan sebaik sahaja ternampak Nadirah keluar dari wad tersebut.
"Saja ambil angin" Balas Nadira dengan selamba.
"Kamu ni memang suka merayaukan?"
"Dah tu takkan nak terbang" Nadirah terus berlalu tanpa menghiraukan Nurse Zainah
"Nadirah...nak kemana tu ,awak kena duduk di dalam bilik berehat " Kata nurse Zainah
"Saya nak ke tasik tepi taman " Kata Nadirah tidak mengendahkan nasihat Nurse Zainah yang hanya mengelengkan kepala sahaja.
   Senja menginjak malam ,mata Nadirah masih segar .Sesegar ingatnya pada pemuda di wad ICU petang tadi , lalu dia bangun dan dengan berhati-hati dia berjalan menuju ke wad tersebut tanpa sebarang kebenaran. Sekali lagi dia menepis larangan.
Dan sekali lagi matanya melihat pemuda tadi ,seribu satu soalan yang menerjah di kepalanya.
"Siapa lelaki itu? berapa umurnya? macam mana dia boleh berada di situ ? tiada siapa yang menjaganya ke? "
"Nadirah ......" Tegur Nurse Zainah dari belakang,Nadirah terus menoleh.
"Apa awak buat di sini ,ini tempat larangan" Kata Nurse Zainah.
"Kata wad ICU ...so i see you lah" Nadirah melawak,namun tiada tidak balas dari nurse Zainah .
"Dah ..awak kena berehat Nadirah "
"Nanti dulu saya nak tanya ,siapa tu nurse" Tanya Nadirah sambil menujuk ke arah pemuda tersebut.
"Itu Amsyar ,dia peguam baru balik dari London "
Nadirah memandang Amsyar .
"Macam mana dia boleh ada di sini ?" Tanya Nadirah lagi.
"Dia accident ,hati dia rosak .Perlukan hati yang baru oleh kerana masih tiada penderma kami terpaksa komakannya ". Terang nurse Zainah.
"Tak ada orang melawat dia ke?"Nadirah memandang semula pada Nurse Zainah.
"Ada mak dia , bapa dia, atuk,nenek dan ramai lagilah"
Nadirah senyap.
"Dia ni mesti jadi kesayangan semua orang ,ramai yang melawat."Bisik hati Nadirah.
Sedangkan Nadirah sendiri terpaksa menelefon umi dan ayah untuk datang melawatnya.
"Dah ..jom masuk ke bilik awak "Nurse Zainah memegang tangan Nadirah .

     Amsyar membuka matanya perlahan -lahan ,rasa lemah untuk bergerak.Dadanya terasa perit.
"Amsyar jangan bangun nak "
Amsyar menoleh melihat mamanya di sebelah.
"Am di mana mama ?
"Am ada di hospital ,Am baru je operation "Kata mamanya lagi.
Mata Amsyar terasa berat ,dia melihat sekelilingnya .
"Papa...." Panggil Amsyar dalam keadaan lemah ,ubat bius masih bersisa di dalam darahnya.
"Ye..nak " Papanya mendekati Amsyar lalu mencium kepala puteranya yang sorang tu.
"Am kena berehat ,papa dan mama ada di sini.Rehat dulu ya " Pujuk Papa Amsyar agar Amsyar melelapkan matanya semula dari terus bergerak.Amsyar mengangguk lemah,mata dipejamkan.
  Hampir sebulan Amsyar menjadi penghuni hospital itu,biarpun ramai yang melawatnya namun bila tamat waktunya dia menjadi bosan.
"Boringnya .....baik aku keluar " Amsyar menyarungkan baju sejuknya dan berjalan tanpa tujuan.
Hampir seluruh bangunan dipusingnya ,Amsyar berjalan pulang ke katilnya namun langkahnya terhenti .
"Wad Wanita dan Kanak-kanak sahaja " Amsyar membaca dan berjalan menghampirinya.
"Encik Amsyar, kenapa berjalan ?" Tegur Nurse Zainah apabila melihat Amsyar berada di luar dari biliknya.
"Dah tu nurse takkan nak terbang " Balas Amsyar disambut ketawa oleh Nurse Zainah.
Amsyar mengerutkan dahinya kehairanan melihat nurse Zainah ketawa bagaikan langsuir yang tersangkut atas pokok.
"Encik Amsyar ni tak ubah seperti Nadirah "
"Nadirah?" Amsyar memandang tepat pada wajah nurse Zainah dengan seribu persoalan.
"Nadirah ....penderma hati encik Amsyar "Kata nurse Zainah tanpa sengaja membocorkan maklumat .
Amsyar terpana !
  
 Tok Wan datang memberi kuih keria kesukaan Amsyar, semenjak dua ni selera Amsyar makin baik . Tok Wan melihat Amsyar makan dengan takungan air mata.
"Kenapa Tok Wan sedih ?" Tanya Amsyar bila dia terperasan Tok Wan mengesat mata.
"Tok suka tengok Amsyar dah sihat ."Jawap Tok Wan.
Amsyar tersenyum ,kuih keria makin laju disuap ke dalam mulutnya .Malam berganti pagi ,terik mentari mengundang petang untuk menunggu bulan yang diundang. Amsyar asyik teringatkan Nadirah ,puas dia pusing ke kiri dan ke kanan di atas katil.
Amsyar masih gagal melelapkan matanya , lalu dia bingkas bangun dan terus menyarungkan baju sejuknya.Amsyar berjalan keluar dari biliknya , dia ingin tahu siapa itu Nadirah.
Bagaimana perempuan tu boleh menderma hati padanya?
"Aku perlu tahu semua ni " Tegas Amsyar ,terasa beban dengan persoalan di kepalanya.
  Amsyar berjalan menuju ke kaunter untuk mencari nurse Zainah .
"Cik....nurse Zainah ada ?" Tanya Amsyar pada seorang nurse yang duduk di situ.
"Kejap ye " Nurse tadi terus bangun dan berjalan menuju ke bilik belakang.
5 minit kemudian nurse Zainah muncul
"Ya encik Amsyar ,apa yang boleh saya bantu "Tanya nurse Zainah .
"Saya nak tahu pasal Nadirah " Amsyar berterus-terang
"Nadirah? penderma hati encik Amsyar tu?"
Amsyar mengangguk.
"Saya tak kenal sangat dia tu , walaupun menetap hampir 7 bulan di sini .Nadirah tak berkawan  ,dengan saya pun tak lama serapat mana kecuali saya rajin menegurnya sebab selalu  merayau " Terang nurse Zanah .
Amsyar tunduk dengan perasaan hampa.
"Macam nilah encik Amsyar ,sebelum ni pihak hospital ada menyimpan barang milik arwah .Tetapi selepas 3 bulan tiada seorang pun ahli kelurganya datang menuntut,akhirnya barang tersebut terpaksa dibuang .Tapi... saya sempat mengambil dairi beliau ,tunggu ye " Nurse Zainah masuk semula kebelakang sebentar.
Amsyar menunggu dengan sabar.
"Ini dairinya "Nurse Zainah muncul bersama dairi tersebut,Amsyar menyambutnya dengan perlahan-lahan.
"Saya tak tahu kenapa saya boleh mengambil dairi tersebut , tapi saya yakin ini semua ada sebabnya " Nurse Zainah tersenyum .
"Terima kasih nurse " Ucap Amsyar
Amsyar berjalan keluar menuju ke tasik di tepi ,dia duduk berhampiran dengan lampu jalan di belakangnya. Diari Nadirah dibuka , helaian demi helaiaan dibacanya dengan tenang.
Amsyar mendongak memandang tasik di hadapannya , tak sangka ada persamaan antara mereka berdua .Tasik adalah tempat kegemaran Amsyar semenjak dia mula membuka mata, pandangannya jatuh pada muka surat seterusnya.

Ahad 16/5/2010
   Ummi datang membawa gulai lemak daging salai setelah hampir sebulan mengidamnya.
Aku memandang muka ummi ,biarpun lambat nak memasak makanan kegemaran aku tetapi aku tetap bersyukur .Aku senyum pada ummi yang dari tadi sibuk berbalas sms pada abang Nadim.
Di sebabkan terlalu boring aku mula merayau -rayau di luar ,entah kenapa aku boleh tergerak hati nak masuk wad ICU .Nak tahu bagaimana keadaan aku nanti ,bila aku dah tak mampu untuk bernafas sendiri.
Dan secara tak langsung aku terpandang pada seorang pemuda yang sedang bertarung nyawa di dalamnya.Kenapa dia ada di situ ? siapa ?
Pelik kenapa aku nak tahu sangat ,bukan ada kena mengena pun .Lantaklah !

Isnin 17/5/2010
Pagi-pagi buta aku menyelinap keluar untuk mengetahui siapa lelaki itu .Tak puas hati selagi aku tak tahu .
Namanya Amsyar -kata nurse Zainah .
Baru balik dari London ...fuhhh mak bapak mesti tahap VIP ni ,sampai boleh pergi London . Peguam ! Dahsyat ......
Nurse Zainah kata dia kemalangan dan hatinya rosak ,sebab itu dia berada di situ.Hati aku dah lama remuk ,sepatutnya aku berada disitu lebih awal darinya .
Kesian.....harap-harap dia dapat penganti hati suatu hari nanti.

Selasa 18/5/2010
  Lagi sekali aku pergi melawat Amsyar , kali ni aku masuk ke bilik dan melihatnya dari jarak dekat. Entah kenapa aku seakan-akan terasa dia seperti bercakap dengan aku ,seperti.....sedang bersedih . Jangan risau Amsyar ,saya dah lama berhijarah ke dalam dunia kesedihan .Awak tidak keseorangan.

Sabtu 22/5/2010
 Aku semakin kerap melawat Amsyar , tetapi aku mula perasan yang Amsyar sentiasa punya tetamu yang melawat .Agak ramai biarpun Amsyar tidak boleh bercakap dan bergerak, tetap ada yang datang .
Aku yang boleh bercakap ,berborak ,bergerak pun kena paksa keluarga aku sendiri datang melawat .Dan kini aku tidak lagi mencari mereka semenjak Amsyar ada .

Ahad 1/6/2010.
Ya aku semakin lemah , namun aku gagahkan diri mencari ketenangan dan keredhaan Allah di surau .
Sedang aku solat tiba-tiba ada seorang wanita di sebelah aku menangis ,aku pun mendekatinya dan bertanya.
Katanya anaknya sedang sakit ,dan dia tak sanggup lagi melihat anaknya menderita .Aku pun terus memelukanya agar kesedihannya meresap ke dalam diri aku yang kebal pada air mata.
Dia mula bercerita tentang anaknya ,aku mendengar sambil tersenyum.
Anaknya seorang yang sangat taat pada setiap kata ,selalu menjadi pelajar cemerlang di sekolah ,aktif dalam sukan terutama dalam bola sepak dan menjadi ketua pasukan .Selain itu dia juga punya kumpulan musik sendiri , dia suka main drum.
Anaknya juga seorang yang sangat pemurah ,rajin membantu orang di dalam kesulitan . Kini anaknya sendiri di dalam kesusahan .
Rupanya ...itu ibu Amsyar ....Aku tertanya kenapa ummi dan ayah tak pernah menangis kerana aku ?

Selasa 3/6/2010
Pagi ni ummi datang bersama abang Nadim , dan aku terus bertanya mengenai aku .Aku yang mereka kenal.
Ummi kata aku anak yang degil , nakal ,mulut celupar ,panas baran ,dan suka cari pasal. Abang Nadim pula menyampuk dan berkata yang aku ni seorang yang sangat menyusahkan ,asyik nak bergaduh je .Itulah punca kenapa ayah lebih kan kak Nadia, tak memeningkan kepala.
Aku cuma senyap ,dah tak larat nak bercakap lagi.
Aku pergi melawat Amsyar dan berdoa agar dia cepat sembuh ...
"Amsyar saya berharap awak akan sedar suatu hari nanti , jangan risau saya di sini menunggu awak"

Khamis 6/6/2010
Buat pertama kalinya aku belajar memaafkan orang , aku maafkan ummi ,ayah ,abang Nadim dan kak Nadia.
Aku mohon maaf kerana secara tak sengaja menyakiti hati mereka , aku tak boleh buat mereka suka pada aku .Tetapi aku tetap sayangkan mereka.
Biarpun aku orang pertama yang mengamuk memecahkan barang dan maki Ummi dan ayah bila mereka bercerai , hingga mereka ingin berkahwin lain .Aku sedar yang aku punca huru-hara pada keluarga sendiri.Doa aku semoga ummi dan ayah temui kebahagiaan yang dicari biarpun bukan aku di sisi.
Aku mohon ampun dan maaf pada Ummi ,ayah ,abang Nadim dan kak Nadia kerana kelahiran aku di dunia ini menyusahkan.Aku cuma mahukan  kasih sayang yang tak pernah aku rasa,dan hari ni baru aku tahu untuk mendapat kasih sayang itu dimulai dengan memberi.

Jumaat 7/6/2010
Nurse Zainah kata hari ni birthday Amsyar ,aku pun pergi wad beliau  untuk mengucapkannya.
Banyak kad ,bunga dan belon menghiasi  bilik Amsyar ,aku suka melihatnya biarpun birthday aku cuma ucapan dari Sms..itu pun jika ada yang ingat .
 
""Amsyar .....buat pertama kalinya saya ingin belajar memberi ,saya ingin berikan awak "HATI " ini....biarpun hati ini dah lama remuk namun ianya kuat....dan saya yakin  awak akan boleh bertahan dengannya.Percayalah... bila awak membuka mata nanti ...sayalah orang yang paling dekat sekali dengan awak selamat hari lahir Amsyar"


     Buku ditutup .Mata Amsyar memandang matahari yang mula menjejak langit ,air matanya bergenang.
 
"Amsyar ! di sini rupanya kau puas aku cari .Kau buat apa sorang-sorang ? " Tegur Qabil kawan karib Amsyar dari kecil.
Amsyar menoleh dan mendongak memandang Qabil .
"Aku rasa aku dah jatuh cinta " Kata Amsyar dengan perlahan
"Dengan siapa ?" Tanya Qabil kehairanan  sambil memandang kiri dan kanan .
"Dengan pemilik hati ini " Air mata Amsyar jatuh.

Ulasan

  1. cerita yg sgt bgs.. terima kasih kerana berkongsi... rekaan atau realiti tak penting.. yg penting maksudnye... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular